Ogs 25

ANUGERAH KUALITI SIRIM

PENGENALAN

Anugerah Kualiti SIRIM telah mula diperkenalkan pada tahun 2013 untuk memberi pengiktirafan kepada pelanggan SIRIM yang telah berjaya mencapai tahap pengurusan kualiti dan produk yang cemerlang. Setiap permohonan yang menyertai Anugerah ini perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan memenuhi keperluan penyertaan Anugerah ini.


LATAR BELAKANG

Mulai tahun 2013, SIRIM telah mengumumkan melalui lawan web untuk memperkenalkan satu anugerah tahunan yang dikenali sebagai Anugerah Kualiti SIRIM.  Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelanggan yang berjaya mencapai tahap pengurusan kualiti dan produk yang cemerlang.

Para pemenang Anugerah Kualiti SIRIM akan diraikan pada Majlis SIRIM-Industri yang akan berlangsung pada setiap penghujung tahun di salah satu hotel terkemuka di sekitar Lembah Klang.  Majlis SIRIM-Industri (MSI) merupakan acara tahunan SIRIM yang memberi penghormatan kepada penerima pensijilan SIRIM QAS di dalam pelbagai sistem pengurusan kualiti.

Pengiktirafan Anugerah Kualiti SIRIM ini adalah satu usaha oleh SIRIM untuk mewujudkan suasana yang dapat menyemarakkan budaya cemerlang yang berteraskan kualiti. Ia juga menggunakan kaedah pendekatan dengan mendorong dan menggalakkan pelanggan-pelanggan SIRIM untuk memberikan penekanan kepada kualiti serta menyahut cabaran untuk tampil ke hadapan untuk dinilai prestasi mereka.

Untuk makluman, penyertaan untuk anugerah ini adalah percuma dan setiap permohonan penyertaan hanya perlu mengisi borang permohonan. Tiada laporan yang perlu disediakan kerana borang permohonan berkonsepkan ‘Self-Assessment’ dengan penilaian markah dilakukan oleh pemohon sendiri. Walau bagaimanapun, peserta yang telah disenaraipendek dikehendaki membuat persembahan pada tarikh yang akan ditetapkan bagi menerangkan kembali penilaian markah yang dilakukan oleh para peserta seperti di dalam borang permohonan.

Pemenang Anugerah Kualiti SIRIM akan menerima insentif berupa:
     a. Rebat ke atas mana-mana perkhidmatan di bawah Kumpulan SIRIM.
     b. Penggunaan logo Anugerah sebagai bahan publisiti bagi tempoh tiga (3) tahun dari tarikh penerimaan.
     c. Trofi dan sijil kemenangan.
     d. Peluang untuk penganugerahan lain di peringkat kebangsaan seperti Anugerah Perdana Menteri.

Anugerah ini terbahagi kepada dua iaitu Anugerah Kualiti bagi Organisasi dan Anugerah Kualiti bagi Produk.  Markas dan Unit TLDM yang telah dipersijilkan oleh SIRIM QAS layak untuk menyertai Anugerah Kualiti bagi Organisasi yang membuka penyertaan kepada pelanggan-pelanggan SIRIM dari Agensi Kerajaan.

Anugerah Kualiti bagi Organisasi terbuka kepada pelanggan-pelanggan SIRIM dari dalam dan luar negara yang meliputi sektor-sektor Perkhidmatan, Pembuatan dan Agensi Kerajaan.

Anugerah Kualiti bagi Organisasi untuk sektor Perkhidmatan dan Pembuatan dibahagikan pula kepada tiga kategori di dalam sektor masing-masing seperti berikut:

     a. Kategori 1: Syarikat dengan nilai jualan tahunan melebihi RM 100 juta.
     b. Kategori 2: Syarikat dengan nilai jualan tahunan di antara RM 25 juta sehingga RM 100 juta.
     c. Kategori 3: Syarikat yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM 25 juta.

Penyertaan dari Agensi Kerajaan pula hanya akan bersaing sesama agensi bagi menentukan pemenang.

Anugerah Kualiti bagi Produk pula dibahagikan kepada empat kategori iaitu:

      a. Kategori 1: Syarikat tempatan dengan nilai jualan tahunan melebihi RM 100 juta.
      b. Kategori 2: Syarikat tempatan dengan nilai jualan tahunan di antara RM 25 juta sehingga RM 100 juta.
      c. Kategori 3: Syarikat tempatan yang mempunyai jualan tahunan kurang daripada RM 25 juta.
      d. Kategori 4: Kategori terbuka - Syarikat asing yang diperbadankan di Malaysia.
      e. Anugerah Kualiti Organisasi – 7 pemenang.
      f. Kategori Perkhidmatan – 3 pemenang.
      g. Kategori Produk – 3 pemenang.
      h. Agensi Kerajaan – 1 pemenang.
      i. Anugerah Kualiti Produk – 4 pemenang.

Satu pemenang sahaja akan dipilih bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Jumlah keseluruhan pemenang ialah seperti berikut:

Aliran proses kerja pertandingan adalah seperti berikut:

 Siri  Proses
1. Memajukan borang permohonan
2. Semakan borang dan penilaian kelayakan
3. Persembahan kepada pasukan penilai
4. Lawatan tapak
5. Penilaian akhir oleh panel penilai
6. Pemilihan pemenang
7. Pemenang dimaklumkan melalui surat
8. Penyampaian Anugerah


MAKLUM BALAS

Berpandukan kepada garis masa dan proses aliran kerja penganugerahan, Bahagian ini ingin mendapatkan pandangan Markas/Unit/Bahagian/Cawangan untuk menyertai pertandingan ini dan mengambil peluang untuk menimba pengalaman bagi meningkatkan pengetahuan dan memperkasakan pembangunan Sistem Pengurusan Kualiti.  Setiap unit perlu membuat penilaian kendiri (self-assessment) mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan di dalam borang permohonan.


PENUTUP

Bahagian ini menghendaki semua Markas/Unit/Bahagian/Cawangan yang mendapatkan pensijilan dari SIRIM QAS mengambil peluang menyertai anugerah ini sebagai pendedahan serta peningkatan pengetahuan dalam Sistem Pengurusan Kualiti.  Sila lengkapkan borang penyertaan Anugerah Kualiti SIRIM (Organisasi) 2014 yang disertakan bersama surat ini dan beri pandangan terhadap penyertaan TLDM dalam Anugerah ini sebelum 5 Sep 14.

Sila klik DISINI untuk memuat turun Borang Penyertaan Anugerah Kualiti Sirim (Organisasi)



Read 15524 times Last modified on Isnin, 25 Ogos 2014 10:19

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 695

Semalam 801

Bulan ini 8566

Keseluruhan 802226

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM