| Sebahagian yang hadir Kursus Kesedaran 5S MPL TLDM | KOMITMEN…kursus 5S MPL TLDM turut dihadiri Asisten Ketua Staf (AKS) Kawalan Mutu MPL TLDM, Kdr Mohamed Salleh Shahdan TLDM |
Kursus yang telah dihadiri 40 warga MPL TLDM itu memfokuskan beberapa tajuk utama merangkumi Pengenalan dan Definisi 5S, Manual 5S, Jawatankuasa 5S dan Pelaksanaan 5S. Menurut Kdr Chandramohan, amalan 5S menuntut komitmen semua peringkat warga dan bukan hanya dalam kumpulan minoriti. “Pembudayaan amalan 5S memerlukan penglibatan semua pihak dan peringkat kerana ia dilakukan secara berkumpulan. “Jika hanya segelintir sahaja daripada warga yang terlibat, amalan 5S ini tidak akan berjaya,” katanya memberi ceramah dalam kursus tersebut. Menurutnya lagi, amalan 5S itu merupakan salah satu faktor yang menjadi pendorong sesebuah organisasi itu mampu menghasilkan mutu kerja yang lebih efektif dan kreatif.
| Penerangan 5S turut diberikan oleh ahli tim 5S KDP, Pegawai Waren Masilamani |
Kdr Chandarmohan menerangkan cara pelaksanaan 5S berpandukan Manual 5S |
“Keadaan ini berlaku disebabkan persekitaran kerja yang lebih kemas dan teratur. Secara langsung ia merangsang minda dan semangat individu tersebut untuk menghasilkan kerja yang lebih baik dan bermutu,” katanya. Beliau berharap kursus yang diadakan sehari itu dapat memberi impak positif yang maksima bagi memulakan persekitaran budaya 5S di MPL TLDM.
Rujukan: 150213/06
Sumber: Seksyen Perhubungan Awam MPL TLDM
Artikel & Jurufoto: Lt Kdr Karimah bte Awi TLDM