KELAYAKAN LASKAR MUDA (LAIN-LAIN PANGKAT)

KELAYAKAN AKADEMIK


Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.  Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


LAIN-LAIN KELAYAKAN


a. Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 23 tahun pada tarikh angkat sumpah.
b. Sihat tubuh badan dan tidak cacat anggota.
c.
Taraf perkahwinan bujang.
d.
Berat badan minima 47.5 kg (Lelaki) 46.5 kg (Wanita), tinggi sekurang-kurangnya 1.62 meter (Lelaki) 1.60 meter (Wanita) Body Mass Index (BMI) di antara 18 – 25 (Lelaki) 18 – 23 (Wanita). Cara pengiraan BMI: Berat(kg) / Tinggi (m) x Tinggi (m)
e.
Ukuran dada minima 76 sm (lelaki).
f. Penglihatan hendaklah terang dan jelas (6/6) tanpa cermin mata atau kanta sesentuh serta tidak rabun warna.
g.
Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik, pemeriksaan dokumentasi dan pemeriksaan fizikal. Kecermerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.


KEISTIMEWAAN LLP TLDM

 

a. Peluang mengikuti Pengajian di bawah Program Skim Pengajian Tinggi.
b.
Rawatan perubatan dan pergigian percuma.
c.
Kemudahan pinjaman Perumahan, Kenderaan dan komputer.
d.
Bayaran insentif bagi yang berkhidmat di Sabah/Sarawak (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
e.
Bayaran insentif Semenanjung Malaysia (Tertakluk kepada syarat/kelayakan).
f.
Pakaian seragam percuma.
g.
Makan dan tempat tinggal percuma.
h.
Waren perjalanan tahunan percuma untuk cuti bersama keluarga.


PERMOHONAN


Calon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara online di laman sesawang apps.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA.

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi

Markas Tentera Laut
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Sumber Manusia – Bantuan
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak,
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel Pengambilan LLP)
Telefon: 03 – 2071 3177 / 03 – 2071 6925
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh Kemaskini: 26 Jan 16        

Read 168314 times

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 96

Semalam 517

Bulan ini 12009

Keseluruhan 661451

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM