PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

ACARA SENAMROBIK PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU (PTKK)

KOTA KINABALU, 16 Feb 13 – ‘‘Badan Sihat,Keluarga Bahagia’’. Acara senamrobik bulanan ini telah diadakan bertempat di Stadium Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK). Acara telah bermula sekitar jam 0700H dengan dihadiri oleh seluruh Warga Pangkalan bersama-sama keluarga dalam memeriahkan program bulanan ini.

Acara senamrobik bermula Warga PTKK memeriahkan acara

Program ini telah berlangsung dengan meriah dan telah mendapat sambutan oleh seluruh Warga Pangkalan dan ahli keluarga. Ianya penting dalam memastikan keseimbangan antara kerja dan kesihatan.

Kaum ibu pun turut serta si cilik pun turut serta

Senamrobik ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silatulrahim diantara keluarga dan Warga PTKK amnya. Jurulatih khas telah dijemput hadir dari Kompleks Sukan Likas iaitu Encik Abdul Rahman bin Kusairi bagi memberikan senamrobik dengan cara-cara yang betul.Kehadiran warga pangkalan bersama-sama keluarga telah menambahkan lagi kemeriahan semasa acara berlangsung.



Rujukan: 170213/01
Sumber: Perhubungan Awam Markas Wilayah Laut 2
Artikel & Jurufoto: Lk I  PBK Ahmad Tarmizi bin Zainol  

Last modified on Sunday, 17 February 2013 14:22
Rate this item
(1 Vote)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version