Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disampaikan Panglima Pendidikan dan Latihan (PPL) TLDM, Laksamana Muda (Laksda) Dato’ Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman di Anjung Serbaguna MPL TLDM di sini, hari ini.
Bagi Anugerah Laskar Kreatif dan Berkualiti Suku Keempat pula, Laskar Kelas I (LK I) PWP Azlan Syah Ahmad telah terpilih untuk menerima anugerah tersebut.
| BINTARA KREATIF DAN BERKUALITI…PW II Husin menerima sijil penghargaan daripada Laksda Dato’ Pahlawan Syed Zahiruddin Putra |
LASKAR KREATIF DAN BERKUALITI…LK I Azlan menerima sijil penghargaan daripada PPL TLDM |
Mereka berdua terpilih berdasarkan beberapa kriteria termasuklah komitmen terhadap tugas, kualiti kerja (di tahap membanggakan), kreativiti dalam tugasan, berkepimpinan, ikhlas dan bertanggungjawab dalam pelaksanaan kerja.
Selain itu, seramai 19 warga MPL TLDM telah diraikan sempena tarikh kelahiran mereka pada November 2012 hingga Januari 2013.
|
SEMOGA PANJANG UMUR…warga yang diraikan memotong kek harijadi |
Turut hadir di majlis tersebut adalah Ketua Staf MPL TLDM, Kepten (Kept) Syed Ahmad Hilmi Syed Abdullah TLDM dan Asisten Ketua Staf (AKS) Logistik, Komander (Kdr) Mohd Jaafar Jelani TLDM.
Rujukan: 180213/03
Sumber: Seksyen Perhubungan Awam MPL TLDM
Artikel: Lt Kdr Karimah Awi TLDM
Jurufoto: PW II TNL Md Shamsuzuri Maulud