PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

MPL AUDIT SISTEM LATIHAN KDSI

Tanjung Pengelih  21 Feb 13, buat pertama kalinya MPL TLDM melaksanakan Audit Sistem Latihan sejak prosedur ini dijadikan sebagai salah satu daripada Prosedur Kualiti MS ISO MPL TLDM.  MPL TLDM merancang untuk melaksanakan Audit Sistem Latihan terhadap semua unit bawah naungannya dan Bahagian Latih KD PANGLIMA HITAM serta Bahagian Latih KD DUYONG.  Unit pertama terpilih adalah  KD SULTAN ISMAIL (KDSI) yang diaudit  mulai 19 hingga 21 Feb 13. Audit selama 3 hari ini diketuai oleh Kdr Mohamed Salleh bin Hj Shahadan TLDM selaku Ketua Juruaudit.

   
Aktiviti Audit Sedang Dilaksanakan. Penilaian Kursus dan Dialog Bersama Perajurit Muda.

Pelaksanaan audit ini berdasarkan Sistem Latihan TLDM  dan objektif utama audit ini adalah untuk memastikan pengurusan dan pelaksanaan latihan KDSI sentiasa berada di landasan yang ditetapkan serta memastikan ianya memenuhi keperluan pelanggannya.

   

Juruaudit MakanTengah Hari  Bersama PtM.

Pembentangan Penemuan Audit.

Dalam masa yang sama juga, juruaudit telah mengadakan sesi Penilaian Kursus dan dialog bersama Perajurit Muda Pengambilan 207 serta dialog bersama jurulatih KDSI.  Melalui aktiviti ini, permasalahan pelaksanaan latihan di KDSI  dapat dirungkaikan. Dikesempatan ini juga, AKS Pembangunan MPL TLDM Kdr Suhana bte Hassan Basri TLDM telah memberi taklimat Pengurusan Strategik kepada pegawai-pegawai KDSI. Peluang ini digunakan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai KDSI apabila hampir kesemua pegawainya hadir sesi taklimat tersebut. Perjalanan yang jauh juruaudit dari Lumut ke KDSI tidak disia-siakan apabila objektif Audit Sistem Latihan kali ini telah tercapai.




Rujukan: 220213/02
Sumber:  Perhubungan Awam MPL TLDM
Artikel: Lt Kdr Chin A/L In TLDM
Jurugambar: PW I TMK Aanuar Bin Nuruddin 

Last modified on Friday, 22 February 2013 08:25
Rate this item
(0 votes)

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version