| |
| Panglima Bantuan membalas hormat Pegawai Perbarisan. |
Perbarisan ini terdiri daripada 4 platun dan Lt Mohd Khairul Faizi bin Mohd Zain sebagai Pegawai Perbarisan. APT telah berlangsung mulai 25 hingga 28 Feb 13. Ketua Audit turut dibantu oleh Ketua Staf Kept Khairuddin bin Mohd Arif TLDM sebagai Timbalan Ketua Audit bersama-sama Tim Audit Markas Bantuan yang telah dilantik. APT Wisma Samudera merangkumi 3 fungsi iaitu Fungsi Pengurusan, Fungsi Logistik dan Fungsi Operasi.
| |
| Bacaan doa. |
Pemeriksaan dokumentasi dan fizikal terhadap Wisma Samudera telah dilaksanakan secara teliti dalam mencapai objektif APT yang telah ditetapkan. Selesai perbarisan, Ketua Audit telah melakukan lawatan pemeriksaan sekitar kawasan pentadbiran dan persekitaran Wisma Samudera. APT masih berlansung dan Taklimat Hasil Audit akan dikemukakan oleh Tim Audit pada hari terakhir.
| |
| Sesi bergambar |
Rujukan: 250213/07
Sumber : Perhubungan Awam Markas Bantuan
Artikel: Lt Fazlan Fahme bin Puzi TLDM
Jurugambar: LK TLR Rosni/BM PWP Nordin