| |
|
| Kdr Chandra TLDM sedang menyampaikan ceramah | Antara warga KDP yang hadir dalam ceramah tersebut. |
Kdr Chandramohan menerangkan Visi, Misi, Skop Pelaksanaan, Dasar Kualiti, Manual Kualiti dan Prosedur Kualiti dengan lebih lanjut dalam ceramahnya. Disamping itu, beliau juga turut memberi panduan Audit MS ISO 9001:2008 untuk semua warga KDP. Seterusnya, ceramah diteruskan dengan Ceramah Kesedaran ISO oleh Lt Kdr Md Salleh bin Abdullah TLDM. Diharapkan dengan ceramah yang disampaikan ini akan memberi panduan dan kesedaran kepada warga KDP agar lebih bersedia untuk mengekalkan persijilan dan meningkatkan kecemerlangan KD PELANDOK sebagai salah sebuah unit yang unggul dalam TLDM dan ATM.
| |
| Lt Kdr Md Salleh TLDM menyampaikan ceramah ISO. |
Rujukan: 280213/03
Sumber: Perhubungan Awam KD PELANDOK
Artikel & Jurugambar: Perhubungan Awam KD PELANDOK