PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

ANGGOTA TLDM SAMBUT KETIBAAN JENAZAH ANGGOTA POLIS

Kuala Lumpur, 2 Mac –   Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut bersimpati dan berasa sedih di atas kejadian dua anggota Polis Diraja Malaysia yang terkorban di dalam insiden pertempuran dengan sekumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada hari semalam.

Pegawai dan anggota TLDM yang hadir menyambut ketibaan jenazah 

Seramai 10 orang pegawai dan anggota LLP yang bertugas di Markas Tentera Laut telah turut serta bersama anggota PDRM dan ahli keluarga menyambut ketibaan jenazah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud di Pangkalan Udara TUDM Subang tepat jam 1230 tengahari tadi yang dibawa dengan pesawat Charlie 130 dari Tawau. 

 
YAB Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah menaiki pesawat Charlie 130
untuk melihat dengan lebih dekat kedua-dua jenazah

Turut hadir menyambut ketibaan jenazah tersebut adalah Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Ali Hamsa serta beberapa menteri Kabinet dan Pegawai Tertinggi ATM dari ketiga-tiga perkhidmatan. 

 
Anggota ATM dan PDRM yang mengangkat jenazah ke dalam
pesawat untuk diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Subang

 

 




Rujukan: 020313/05
Sumber: Perhubungan Awam Markas Tentera Laut
Artikel & Jurugambar: BM PNK Md Nasir Mohamed 

Last modified on Sunday, 03 March 2013 05:54
Rate this item
(3 votes)

Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version