| |
|
| PTL Dan Isteri Bertanya Khabar Kepada LK PGM Rafi'ee. |
PTL Bersalaman dengan adik Nurul izzatee Hazwanee binti md. Rafi'ee. |
Laskar Kanan Rafi’ee staf Tim Kajian Pembangunan di bawah naungan Markas Pendidikan dan Latihan telah kehilangan isteri Zamzila binti Isharuddin, 38 tahun pada 17 Februari yang lepas. Allahyaraham Zamzila turut meninggalkan 2 orang cahayamata perempuan dan seorang lelaki iaitu Nurul Izzatee Hazwanee, Nurul Qaisah Syazwanee dan Muhammad Hazeq Hazezee yang kini dibawah jagaan Laskar Kanan Rafi’ee. Dalam kunjungan ini Panglima Tentera Laut menyampaikan ucapan takziah dan meluangkan masa bertanya khabar keluarga ini.
| |
|
| PTL menyampaikan sumbangan peribadi kepada LK PGM Md.Rafi'ee. |
Puan Seri Sarah memberi cenderahati kepada adik Muhammad Hazeq Hazezee bin Md.Rafi;ee. |
Turut sama hadir ialah Panglima Armada Laksamana Madya Dato’ Abd Hadi bin A. Rashid, Panglima Sistem Armada Laksamana Muda Dato’ Hj Khairuddin bin Khalid, Panglima Bantuan Laksamana Pertama Abdul Aziz bin Md Sani dan Ketua Staf Markas Armada Laksamana Pertama Dato’ Chin Yoon Chin.Kunjungan Pengurusan Tertinggi TLDM ini ke atas Laskar Kanan PGM Rafi’ee dan keluarga menunjukkan keprihatinan beliau terhadap kebajikan warga dan nyata sekali keprihatinan ini sedikit sebanyak mengukir kegembiraan buat keluarga ini.
Rujukan: 020313/06
Sumber: Perhubungan Awam Markas Armada & Markas Pendidikan dan Latihan
Artikel: BM PWP Nordin, BK TLS Rizan & LK TLS Badrul