PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DI DEWAN CAKERAWALA WISMA SAMUDERA 2 MAC 13

Lumut  2 Mac 13 – Bertempat  di Dewan Cakerawala, Wisma Samudera satu kali majlis sambutan Tahun Baru Cina telah diadakan pada jam 1200. Majlis tersebut telah dikoordinasikan oleh Persatuan Masyarakat Cina Pangkalan TLDM Lumut dan dibantu oleh Wisma Samudera.

 Ketibaan PTL disambut oleh Menteri Pengangkutan Malaysia  Pemberian Angpow oleh PTL

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar Panglima Tentera Laut dan YB Dato’ Seri Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lumut. Majlis tersebut telah dimulai dengan persembahan tarian singa seterusnya tulisan Kaligrafi oleh Panglima Tentera Laut sebagai simbolik masyarakat cina. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari YBhg  Kept Ir Ow Kiat Bit Aks Log Markas Armada selaku wakil masyarakat cina.

 Tulisan kaligrafi nama PTL  Persembahan akrobatik yang mengagumkan

Jamuan makan dimulai dan diserikan dengan persembahan Tarian Singa dan Akrobatik. Secara keseluruhan sambutan pada kali ini telah berlangsung dengan amat meriah dan diharap sambutan perayaan-perayaan yang akan datang sama seperti majlis ini.



Rujukan: 020313/07
Sumber: Perhubungan Awam Markas Bantuan
Artikel & Jurugambar: Lt Dya Azanshah bin Kamaldin TLDM  

Last modified on Saturday, 02 March 2013 21:23
Rate this item
(1 Vote)

Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version