PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

MAJLIS PENUTUP PESTA PANGKOR LAUT 2013 DI BANDAR TLDM LUMUT

Lumut, 3 Mac 13 – Majlis penutup Pesta Pangkor Laut 2013 telah diadakan di pentas utama Dataran Putra, Lumut  pada jam 0830. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Zamri bin Man YDP Majlis Perbandaran  Manjung. Turut hadir dalam majlis ini ialah  Kept Khairuddin Bin Mohd Arif TLDM Pegawai Memerintah KD MALAYA.

   
Hadirin yang hadir. Persembahan Artis termuka tanahair

Majlis ini telah dikoordinasikan oleh Kerajaan Negeri Perak dengan bantuan Kementerian Pelancongan Malaysia. Majlis ini telah diadakan bagi mengakhiri Pesta Pangkor Laut yang telah berlansung bermula dari 28 Feb hingga 3 Mac 13. Pesta Pangkor Laut ini turut menarik perhatian ramai pelancong sekaligus meningkatkan kredibiliti Bandar Lumut sebagai Bandar TLDM. Secara keseluruhan penganjuran Pesta Pangkor Laut 2013 bukan sahaja memberi impak kepada Bandar TLDM malah memberi peluang kepada penduduk-penduduk setempat untuk memenuhi cuti hujung minggu mereka dengan aktiviti bermanfaat bersama keluarga.



Rujukan: 040313/02
Sumber: Perhubungan Awam Markas Bantuan
Artikel & JuruGambar: Lt Dya Azanshah Bin Kamaldin TLDM
 

Last modified on Monday, 04 March 2013 09:51
Rate this item
(2 votes)

Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version