PORTAL RASMI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM)

Register Login

PENYERAHAN CEK KEPADA WARIS ALLAHYARHAM 826327 LK PAP (PKL) KUSHAIRY BIN ZAIKASI

Pada 13 Feb 13 satu majlis penyerahan cek telah disempurnakan di rumah Allahyarham 826327 LK PAP (PKL) Kushairy bin Zaikasi. Cek wang terkumpul pemberhentian Koperasi Tentera telah diterima oleh ibu Allahyarham Siti Maznah bte Muhammad berjumlah RM 7900.00 dan bagi cek khairat kematian diterima oleh  balu  Norbizura bte Omar dan anak berjumlah RM 2000.00. Selain itu, sumbangan dari Tim Ops FAJAR berjumlah RM 1200.00 berjaya dikutip dan diserahkan kepada waris arwah. BAKAT juga telah menghulurkan sumbangan melalui tabung Sejambak Kasih dengan jumlah RM 300.00. Majlis penyerahan cek telah disempurnakan oleh Komander Markas PASKAL merangkap Pegawai Memerintah KD PANGLIMA HITAM Kept Saifudin bin Kamarudin TLDM bersama isteri puan Siti Khalijah bte Abd Aziz di rumah Allahyarham dan turut disaksikan oleh Lt Wan Mohd Aminuddin bin Wan Mohd Yusoff TLDM merangkap pegawai bahagian di Kampung Berchang, Kuala Lipis Pahang.

 

Penyerahan Cek Khairat Kematian Bagi Arwah 826327 LK PAP(PKL) Kushairy bin Zaikasi
Oleh
Pegawai Memerintah KD PANGLIMA HITAM Kept Saifudin bin Kamarudin TLDM
Kepada Balu (Norbaizura bt Omar)

Allahyarham telah meninggal dunia di rumah ibunya di Kampung Berchang, Kuala Lipis Pahang pada 5 Oktober 12. Punca kematian disyaki Kanser Kulit (Malignant Melanoma) kerana sebelum ini Allahyarham pernah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur(HKL).

 

Rujukan: 050313/03
Sumber: KD PANGLIMA HITAM
Artikel: Lt Wan Mohd Aminudin Bin Mohd Yusoff TLDM
Gambar: BM PKL Rosli

 

Last modified on Tuesday, 05 March 2013 21:05
Rate this item
(1 Vote)

Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Paparan terbaik: Google Chrome/Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1600x900.

Top Desktop version