| Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman menggucapkan selamat datang kepada Laksamana TNI Dr Marsetio M. M |
Lawatan ini merupakan lawatan pengenalan beliau ke Malaysia setelah menjawat jawatan tertinggi di dalam Angkatan Laut Indonesia pada 17 Dis 12. Ketibaan Laksamana TNI Dr Marsetio M. M bersama delegasi disambut oleh Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman serta isteri Datin Mariam Suri Ahmad, Kepten Zahari Samsuri TLDM, selaku Pegawai Kanan Pengiring dan Leftenan Komander Norhasram Mohd Muharami TLDM sebagai Pegawai Pengiring Wanita.
| Laksamana TNI Dr Marsetio M. M bersama delegasi di bawa ke bilik tetamu VIP untuk berehat seketika | |
Lawatan dua hari ke Malaysia yang bermula hari ini dan berakhir 6 Mac ini adalah untuk mengeratkan hubungan pertahanan dua hala bersama TLDM. Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang berada di Malaysia. Antaranya adalah membuat kunjungan hormat ke atas YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar, Panglima Tentera Laut, makan malam dan lawatan ke beberapa lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur.
|
Laksamana TNI Dr Marsetio M. M bersama delegasi berangkat ke Kuala Lumpur |
|
Rujukan: 060313/02
Sumber: Perhubungan Awam Markas Tentera Laut
Artikel & Jurufoto: LK PNK Azamie