Sep 14

LAWATAN OPERASI KAPAL TENTERA DARAT AMERIKA SYARIKAT, CW3 HAROLD C CLINGER KE PULAU PINANG

George Town, 13 Sep 15 – Sebuah kapal Tentera Darat Amerika Syarikat, USAV CW 3 Harold C Clinger daripada General Frank S. Besson Class (LSV 2) telah berlabuh di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) pada 13 Sep 15 jam 10.00 pagi. Kapal merapat di SPCT hingga 21 Sep 15. Kapal ini diterajui oleh Chief Warrent Officer 3 A. Hosni.

1  2 
                                             Kapal Sedang Merapat di Jeti


Tujuan lawatan kapal ke Pulau Pinang adalah untuk rekreasi dan beristrirehat sebelum meneruskan pelayaran ke Pelabuhan Klang bagi mengambil aset Tentera Darat Amerika Syarikat (TDAS) yang terlibat dengan Exercise Keris Strike 2015 di Ipoh yang bermula pada 9 Sep 15. Tiada sebarang acara rasmi diadakan dan kapal hanya melaksanakan rutin bebas sepanjang berada di Pulau Pinang. Kapal seterusnya akan belayar pulang ke pangkalan mereka di Hawaii pada 23 Sep 15. Untuk makluman, Exercise Keris Strike merupakan latihan tahunan di antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan TDAS.

 3 4 
 USAV CW3 Harold C CLinger  Sesi Perjumpaan dan Taklimat
Keselamatan Kepada Pegawai
Memerintah dan Pegawai-pegawai
Kapal


Ketibaan kapal di SPCT telah disambut oleh Pegawai Memerintah dan Pegawai Laksana Pegawai Wakil Tentera Laut Pulau Pinang iaitu Lt Kdr Muhamad Nazer bin Abdullah TLDM dan Lt Muhammad Fahmi bin Mohd Zainuri TLDM. Pihak Polis Pelabuhan dan wakil ejen yang dilantik turut berada di jeti bagi menyambut ketibaan kapal. Sesi perjumpaan dan taklimat keselamatan kepada Pegawai Memerintah dan pegawai-pegawai kapal telah diadakan sejurus kapal selamat merapat di jeti.



Rujukan:140915/02
Sumber:PWTL Pulau Pinang
Artikel:Lt Muhammad Fahmi bin Mohd Zainuri TLDM
Jurufoto:LK TLR Zaidi bin Abd Rashid

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 217

Semalam 525

Bulan ini 6881

Keseluruhan 203480

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM