SUASANA POLITIK SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA
Penjajah British yang bertapak di Tanah Melayu memperkukuhkan pengaruh ke atas raja-raja dan kuasa terhadap masyarakat Melayu melalui penguasaan ekonomi, pentadbiran dan aspek keselamatan. Tujuan jangka panjang pihak British bukan sahaja bendak menguasai Tanah Melayu malah keseluruhan Tenggara Asia. Oleh yang demikian keperluan menubuhkan satu pangkalan tentera laut di perairan Timur Jauh untuk melindungi kepentingan dan meneruskan kegiatan penjajahan amatlah nyata. Ini mendorong kerajaan British terus berusaha bagi menubuhkan pangkalan tentera lautnya di Singapura. Perbincangan awal mengenainya telah diadakan di England sejak tahun 1921.
Persidangan Imperial pada tahun 1918 menetapkan supaya pangkalan yang akan dibina dilengkapi dengan berbagai kemudahan seperti limbungan, jalanraya, stor, berek dan hospital. Peralatan untuk pertahanan pantai juga diperlukan bagi memperkukuhkan pertahanan pangkalan. Resolusi Persidangan Imperial bertambah kuat kerana didorong oleh Persidangan Washington yang berlangsung dari bulan November 1921 hingga Februari 1922. Antara persidangan lain ialah Persidangan Washington yang ditandatangani pada 6 Februari 1922 bersetuju supaya negara-negara yang bergabung menghadkan pernbinaan kapal perang masing-masing. Great Britain dan Amerika Syarikat masing-masing dibenarkan memiliki kapal-kapal hingga ke jumlah 525,000 ton, sementara Jepun hanya 315,000 ton sahaja, iaitu dalam nisbah 5:5:3
Perjanjian itu juga telah menentukan supaya saiz kapal perang dan persenjataannya dihadkan. Kapal jenis Aircraft Carrier tidak boleh dibina melebihi dari 35,000 ton, sementara kapal jenis Cruiser pula dihadkan hingga ke 10,000 ton sahaja. Kaliber meriam yang dipasang di kapal pula tidak boleh lebih dari 8 Inci.
Nisbah 5:5:3 yang ditetapkan nyata sekali amat pincang dan ia menyebelahi pihak Amerika Syarikat dan Great Britain. Rasional keputusan itu ialah kerana pihak Amerika Syarikat/British mendakwa mereka terpaksa mengawal kawasan yang jauh lebih luas berbanding dengan tanggungjawab yang diperuntukkan kepada Jepun. Tambahan pula di kawasan operasi Jepun tidak ada negara yang mempunyai kekuatan tentera, dan ini menjadikannya sebagai sebuah negara yang terkuat di rantau Timur Jauh pada ketika itu.
Sebaliknya pada pendapat Jepun tujuan resolusi itu adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan Amerika Syarikat dan Great Britain. Ia menghadkan perlumbaan senjata, terutamanya dari segi pembinaan kapal-kapal perang yang besar, dan pelupusan semua kapal-kapal besar yang sudah usang.
KEPERLUAN PANGKALAN DI TIMUR JAUH
Walaupun Britain dibenarkan memiliki lebih banyak bilangan kapal perang dari yang sedia dimiliki oleh Jepun, tetapi mereka masih berasa bimbang kerana kedudukan tanah jajahan Hong Kong dan Singapura yang hampir dan terdedah kepada ancaman Jepun. Bagi mengurangkan kesangsian itu, Britain berhasrat menempatkan sebuah armada yang kuat dan moden di perairan Timur Jauh. Sebuah pangkalan tentera laut yang lengkap dengan semua kemudahan periu dibina untuk melaksanakan hasrat tersebut.
Pada mulanya Hong Kong telah dipilih kerana lokasinya dianggap paling sesuai tetapi setelah ditinjau, suasana di Timur Jauh ketika itu, Jawatankuasa Pertahanan Diraja British berpendapat bahawa pangkalan di Hong Kong adalah terlalu hampir dengan negara Jepun dan lebih terdedah kepada ancaman pihak musuh.
Kajian berasingan mengenai penempatan pangkalan yang sesuai selain dari Hong Kong telah dijalankan. Kerajaan British akhimya menetapkan dua penempatan yang baru, iaitu sarna ada di Sydney, Australia ataupun di Singapura. Setelah dikaji dan diperamati dengan lebih terperinci, keputusan dicapai untuk membina pangkalan itu di Singapura, kerana kedudukannya yang lebih strategik untuk mengawal laluan di antara Laut China Selatan dan Lautan Hindi. Pada masa itu Britain telah pun mempunyai sebuah pangkalan kecil di Pelabuhan Keppel Singapura dengan keanggotaan seramai kira-kira 2,000 orang.
PEMBINAAN PANGKALAN TENTERA LAUT DI SlNGAPURA
Cadangan pembinaan pangkalan tentera laut di Singapura oleh jawatankuasa Pertahanan Diraja itu telah diluluskan oleh kabinet British pada 16 Jun 1921. Pada tahun berikutnya sebuah Jawatankuasa Pembinaan Pangkalan telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini telah mengemukakan cadangan lokasi pangkalan, iaitu sarna ada di sebelah selatan Pulau Singapura, setempat dengan Pelabuhan Keppel, atau di sebelah utara bertentangan dengan Setal Johor. Akhirnya cadangan pembinaan diutara Pulau Singapura telah diterima dan dikemukakan kepada pihak Admiralty pada bulan Februari 1923 untuk mendapat kelulusan kabinet.
Cadangan pembinaan pangkalan Royal Navy di Singapura itu telah disokong kuat oleh sekutu British; antaranya ialah Australia, New Zealand dan India. Negara-negara itu juga telah mendesak kerajaan British supaya menyegerakan pembinaan pangkalan tersebut. Sebuah jawatankuasa Kecil yang dipengerusikan oleh Lord Curzon telah ditubuhkan oleh Jawatankuasa Pertahanan Diraja untuk menyelaraskan projek pembinaan pangkalan itu dan sebanyak 11 juta paun sterling telah diperuntukkan. Sebidang tanah telah dibeli dari kerajaan Singapura yang di waktu itu di bawah pentadbiran kerajaan Negeri-Negeri Selat. Jawatankuasa Curzon bertanggungjawab menentukan lokasi, menyelia keseluruhan pembinaan dan mengatur berbagai kemudahan yang diperlukan. Pemilihan lokasi yang hampir dengan Selat Jobor ialah kerana kedudukannya yang lebih strategik, di samping mempunyai beberapa persamaan dengan Pelabuhan Keppel. Jawatankuasa Keeil itu juga telah mencadangkan supaya sebuah lapangan terbang dibina di Seletar.
Kerajaan British menganggap pangkalan tentera lautnya di Singapura adalah yang terkuat di Tirnur Jauh pada ketika itu. Pangkalan itu dijangka mampu menjadi pusat bagi mempertahankan keseluruhan tanah jajahan British dirantau ini, terutama untuk kepentingan Komanwel. Kerajaan British telah membuat andaian bahawa tentera musuh akan menghadapi kesukaran untuk menawan Tanah Melayu melalui jalan darat; serangan dijangka datang dari arah laut. Andaian ini adalah bertentangan dari pendapat General W.G.S. Dobbie pada tahun 1939, dimana serangan besar-besaran boleh dilancarkan musuh melalui utara Tanah Melayu.
Di peringkat awal pembinaan, beberapa kritikan telah dilernparkan oleh rakyat British mengenai perlunya pangkalan itu ditempatkan di Singapura. Perbezaan pendapat juga tercetus diantara parti Konservatif yang memerintah dengan parti pembangkang ketika itu, iaitu Parti Buruh. Apabila Parti Buruh berkuasa pada tahun 1924, kerja-kerja pembinaan telah dihentikan atas alasan kekurangan wang dan bebanan projek itu kepada negara dan rakyat. Walau bagaimanapun usia kerajaan Parti Buruh tidak lama. Setelah parti Konservatif berkuasa semula, kerja-kerja pembinaan disambung sebagaimana dirancang.
PEMBINAAN LAPANGAN TERBANG
Pada tahun 1926, Jawatankuasa Pertahanan Diraja British telah mencadangkan supaya lapangan terbang Seletar yang dilengkapi dengan meriam-meriam berkaliber besar disiapkan dalam tempoh empat tahun, untuk menentukan pertahanan Singapura terjamin. Pada tahun 1927 Lieutenant General Sir Webb Gillman tiba di Singapura untuk membuat peninjauan berhubung dengan keberkesanan meriam-meriam yang akan ditempatkan di pangkalan itu. General Gillman telah membentangkan hasil tinjauannya pada bulan Mei 1928, di mana beliau menyarankan supaya satu kajian semula projek itu dilakukan demi menjamin keberkesanan pertahanan pangkalan itu dari serangan udara.
Menurut General Gillman, pembinaan pangkalan Royal Navy di Singapura hendaklah disiapkan sepenuhnya dalam masa lima tahun. Jika sekiranya pembinaan tidak siap dalam masa tersebut, lebih baik ia ditangguhkan sahaja. General Gillman berpendapat bahawa musuh tidak akan dapat menyerang Singapura kerana terpaksa mengarnbil masa yang lama meredah hutan belantara di Tanah Melayu yang begitu tebal. Walau bagaimanapun cadangan menangguh pembinaan itu telah ditolak oleh Jawatankuasa Pertahanan Diraja.
Apabila Parti Buruh berkuasa semula pada tahun 1929, aktiviti pembinaan pangkalan di Singapura terpaksa diteruskan kerana kerja-kerja pembinaan yang telah hamper selesai. Panglima Tertinggi di Tanah Melayu, Major General W.G.S. Dobbie telah merarnalkan bahawa pihak musuh akan melancarkan serangan ke atas Singapura melalui utara Tanah Melayu. Pendapat beliau telah disokong oleh Jawatankuasa Pertahanan Diraja British.
Pada 6 Feb 1922, Kerajaan Jepun telah menarik diri dari menjadi ahli Persidangan Washington yang dirancang berlangsung pada tahun 1936. Tujuan persidangan ialah untuk mengkaji semula keputusan persidangan pertama pada tahun 1921-1922. Pengumuman itu telah memaksa Amerika Syarikat dan Great Britain bersetuju untuk menandatangani satu perjanjian perlucutan senjata dengan Jepun di London pada tahun 1934.
Pada bulan Mei 1935 satu lagi perjanjian telah ditandatangani diantara Jepun, Arnerika Syarikat dan Great Britain. Matlamat Jepun memeterai perjanjian itu ialah untuk menjamin keselamatan negaranya tidak diancam oleh negara-negara yang lebih pula tidak dibenar menempatkan pasukan tenteranya di Hong Kong atau mana-mana wilayah miliknya ke timur dari garis bujur 110 darjah Timur. Pihak Jepun menyetujui tidak akan menubuhkan pangkalan tentera laut di kepulauan Ryukyu, Bouin, Kurile, Formosa, Percadores dan di wilayah Jerman yang diamanahkan kepadanya.
Persetujuan tersebut telah menyebabkan pihak British mempercepatkan lagi pembinaan pangkalan tentera lautnya di Singapura, kerana ia terletak di sebelah barat dari garis bujur 110 darjah Timur. Ini mengukuhkan lagi alasan Kerajaan British bahawa pembinaan pangkalan di Singapura amat perlu untuk mempertahankan kawasan Timur Jauh. Walaupun keadaan amat mendesak, tetapi pangkalan itu hanya dapat disiapkan setelah hampir sepuluh tahun projek dimulakan. Setelah siap pangkalan itu merupakan salah sebuah yang termoden di dunia selain dari yang terdapat di Pearl Harbour dan Malta.
Pangkalan itu dilengkapi dengan sebuah limbungan kapal yang luas diberi nama King George V Dock. Sebuah limbungan terapung yang besar berukuran 1,000 kaki panjang, 300 kaki lebar dan 70 kaki tinggi dibina eli dalam kompleks limbungan itu. Sebuah tangki minyak yang boleh memuatkan sebanyak 1.5 juta ton juga ditempatkan di sana. Pada keseluruhannya pangkalan tersebut telah menelan belanja sebanyak
463 juta pound sterling dan ia siap sepenuhnya pada awal bulan Februari 1938.
Pada 6hb Mei 1935 Sultan Sir Ibrahim bagi pihak Kerajaan dan rakyat negeri
Johor telah menyurnbangkan wang sebanyak 1/2 j uta pound sterling kepada Kera- jaan British sempena Jubli Perak pemerintahan King George V. Tujuan sumbangan itu ialah untuk menyempurnakan pembinaan limbungan di pangkalan Royal Navy di Singapura.
DaJam masa pembinaan pangkaJan itu, Jepun telahrnula rnenguasai banyak negara-negara di kawasan Timur Jauh sambil mempertingkatkan kemampuan tentera untuk berkuasa di seluruh Asia. Kerajaan Jepun sebenarnya telah mula membesarkan angkatan tentera lautnya sejak selepas Perang Dunia Pertama di samping membuat kajian pertahanan dan perancangan peperangan berterusan dari masa ke semasa.
BRITISH °KEKURANGAN KAPAL PERANG DI SINGAPURA
Apabila peperangan di antara Great Britain dengan Jepun meletus, pangkalan Royal Navy di Singapura telabpun siap, tetapi malangnya tidak ada anggota mahupun kapal perang yang dapat ditempatkan di situ. Penglibatan Great Britain secara langsung dalarn peperangan di Eropah telah menghalangnya dari menempatkan sebahagian dari aset tentera lautnya di Singapura.
Great Britain telah merancang menempatkan satu armada tentera laut di Timur Jauh dengan kekuatan yang terdiri dari sebuah Aircraft Carrier, 10 buah kapal penyelidikan,7 buah Battle Ship, dan 20 buah Destroyer. Armada itu dirancangkan untuk dihantar ke Singapura sebelum bulan Februari 1942, tetapi malangnya telah diketahui oleh Jepun. Pihak Jepun menyedari bahawa Britain tidak dapat menem- patkan armadanya di Singapura kerana penglibatan dalam perang di Eropah, dan dalam rnasa yang sarna Britain pula menyedari bahawa mereka akan menghadapi satu tentangan yang hebat untuk mempertahankan Singapura dan Tanah Melayu. Pada ketika itu Singapura hanya mernpunyai sebuah pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve - (SSNVR) yang berpangkalan di HMS LABURNUM di Teluk Ayer Basin, Singapura.
Bahang Perang Dunia Kedua semakin dirasai di Tanah Melayu dan Singapura apabila tentera Jepun mara menduduki Indochina. Pihak British telah meramalkan bahawa mereka tidak berupaya mempertahankan Singapura dan Tanah Melayu sekiranya diserang. Kemungkinan Royal Navy datang ke Singapura untuk menyelamatkan keadaan tidak boleh diharapkan kerana peperangan di Eropah lebih besar dan kapal perangnya lebih diperlu untuk mempertahankan negara mereka sendiri.
PENGGUNAAN KAPAL DAGANG
Oleh kerana kekurangan kapal perang bagi menghadapi tentera laut Jepun, pada tahun 1935 Kerajaan British telah merancang untuk mengambilalih dan mengubahsuai kapal-kapal dagang milik syarikat-syar ikat perkapalan di Tanah Melayu, Singapura dan Hong Kong, untuk digunakan oleh Royal Navy sebagai sebahagian dari ar- madanya. Rancangan tersebut telah diwartakan pada 4hb September 1939 sebagai Authority for Shipping, iaitu hasil dari kerjasama Admiralty dan Kementerian Pengangkutan Perang di London.Kapal-kapal yang beratnya melebihi 3000 ton hanya dapat diambilalih pada akhir tabun 1940 dan kemudian ditauliahkan ke dalam armada Royal Navy sebagai His Majesty Ship (HMS). Kesemua kapal yang diambilalih telah mengibarkan bendera Royal Navy dan dilengkapi dengan beberapa buah me riam , Lewis Gun, Depth Charges dan ranjau. Sehingga akhir tahun 1941 kira-kira sebanyak 51 buah kapaJ telah diam- bilalih sepenuhnya oleh pihak British.
Di antara kapal yang mula-mula sekali diambilalih oleh Royal Navy pad a 28 Ogos 1939 ialah HMS KAMPAR. Sebulan kemudian lebih banyak lagi kapal dari Syarikat Straits Steamship seperti HMS CIRCE, HMS MEDUSA, HMS PANGKOR, HMS TAPAH dan HMS JERAM telah diambilalih. Sementara HMS KUALA, HMS GEMAS, HMS KEDAH, HMS MELAKA, HMS JERANTUT, HMS TUNG SONG, HMS RAHMAN, HMS TRANG dan HMS TVA TONG telah diambilalih pada akhir tabun 1939. Pegawai-pegawai dan anak-anak kapal yang diambilalih terus diserap sebagai anggota Royal Naval Reserve (RNR) setelah menandatangani perjanjian T124X.
Berikut ialah armada kapal-kapal dari Syarikat Straits Steamship (1940):
KEDAH 2499 ton KAMPAR 971 ton
KAJANG 2082 Ion KUALA 954 ton
KAMUNING 2076 ton LIPIS 914 ton
DAR VEL 1929 ton LARUT 894 ton
MARUDU /9/9 ton KRIAN 857 Ion
KEPONG /874 ton MEDUSA 793 ton
KUDAT /725 ton CIRCE 778 Ion
MATANG 1463 ton TUNG SONG 549 ton
KATONG 146/ ton RHU 264 ton
KLANG ]451 ton RALAU 223 ton
IPOH 1279 ton JERANTUT 217 ton
PANGKOR 1250 ton RASA 217 ton
KINTA 1220 ton RlMAU 214 ton
PERAl( 1188 ton A MPA NG 213 ton
RAUB 1159 ton MELAKA 210 ton
PAHANG /136 ton JERAM 210 ton
KELANTAN 1/06 ton TAPAH 208 ton
RAHMAN 206 ton JARAK 208 ton
TRANG 205 ton GEMAS 207 ton
RAWANG 198 ton KLIAS 207 ton
PANDAl 166 ton RANTAU 197 ton
SUBOK 148 ton ROMPIN 189 ton
RIMBA 139 ton RENGAM 185 ton
JITRA 122 ton PETANG 168 ton
INTAN 117 ton BRUNEI 101 ton
Kapal-kapal tersebut telah dilengkapi dengan meriam 4 inci di bahagian hadapan (Forecastle) dan belakang (Aft), sementara di kiri dan kanan anjungan (Bridge) dipasang dengan Lewis Gun untuk menangkis serangan pesawat terbang.