Apr 19

PENGLIBATAN ANAK MELAYU DALAM PERANG DUNIA KEDUA

AMBANG PEPERANGAN

Menjelang tercetusnya Perang Dunia Kedua, nyatalah bahawa Tanah Melayu dan Singapura masih belum bersedia menghadapi sebarang peperangan. Pangkalan Royal Navy di Singapura walaupun sudah tersergam siap, tidak digunakan sepenuhnya seperti yang dirancang kerana kapal-kapal perang Royal Navy terlibat dalam peperangan di J Eropah.

Sebenarnya Kerajaan British menyedari bahawa tentera laut yang berpangkalan di Singapura tidak berupaya mernpertahankan perairan Tanab Melayu dan Singapura dari serangan tentera Jepun. Oleh itu pihak British telah mengambil keputusan untuk memperkukuhkan pertahanan darat di Tanah Melayu. British meramalkan bahawa kemaraan tentera Jepun melalui Indochina boleh dipatahkan dengan serangan udara dari Kota Baru. Adalah dianggarkan bahawa ketumbukan Royal Air Force di Kota Baru yang menempatkan sebanyak 566 pesawat, cukup untuk menyekat kemaraan teruera Jepun. Di samping itu British mengharapkan bantuan Amerika Syarikat bagi menentang kemaraan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura. Semasa beroperasi bersama, kapal-kapal perang United States Navy dibenar menggunakan pangkalan milik Royal Navy apabila timbul keperluan.

Pendudukan Jepun di Indochina telah menimbulkan kemarahan Amerika Syarikat. La bertindak memberbentikan bekalan minyaknya dan mendesak Jepun supaya berundur. Tetapi tentera Jepun terus mara dan menguasai wilayah-wilayah Indochina yang ditawannya. Tindakan Amerika Syarikat memberhentikan pembekalan minyak pada mulanya tidak memberi kesan kepada Jepun kerana ia boleh mendapat sumber bekalan daripada negara-negara lain yang bersahabat dengannya. Tetapi akhirnya Jepun mendapati bahawa bekalan minyak yang lebih banyak amat diperlukan jika sekiranya penempatan bala tenteranya di Indochina hendak dikekalkan.

Sumber minyak yang paling hampir kepada Jepun ialah di Hindia Timur yang dikuasai oleh Belanda dan di Burma yang dikuasai oleh British. Oleh kerana kedua-dua negara itu di bawah jajahan pihak lawan, bekalan minyak tidak dapat diperolehi dengan begitu mudah. Jepun terpaksa mengambil keputusan menghantar seorang negarawan ke Amerika Syarikat untuk berunding bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kedua buah negara,

Negarawan Saburo Kuruso telah dipilih sebagai wakil khaske Arnerika Syarikat pada tahun 1941 bagi tujuan perundingan itu. Tetapi Jepun telah merancang untuk menyerang Pearl sebelum Harbour, Kuruso berlepas, Ke Tanah Melayu, Hong Kong dan Filipina secara serentak sekiranya perundingan itu menemui kebuntuan.

Sebagai langkah persediaan untuk menghadapi peperangan, Jabatan Perang British telah melibatkan paras kekuatan tentera dalam lingkungan seramai 80,000 orang yang terdiri dari Tentera Darat British, India, Australia dan Melayu. Selain dari itu lapan jenis pesawat, termasuk pesawat bukan kombat, kesemuanya berjumlah 141 buah dirancang dihantar ke Tanah Melayu. Pada masa itu tentera British masih belum menempatkan kereta kebal di Tanah Melayu,

Anggota-anggota tentera yang menganggotai berbagai pasukan di Tanah Melayu masih belum terlatih dan tidak berpengalaman. Jumlah kekuatan ketumbukan tentera semuanya ialah tiga setengah divisyen di bawah perintah Lieutenant General Sir Lewis Heath. Divisyen ke-8 Tentera Australia di bawah perintah Major General Gordon Bennet ditempatkan di bahagian selatan. Fortress Command yang mengandungi dua unit meriam dan pasukan penangkis serangan udara diletakkan di bawah perintah Major General K. Simmons.

Sebagai persediaan awal untuk berperang, Jepun telah membuat beribu-ribu pesawat terbang, kapal perang dan kapal selam serta berbagai kelengkapan yang moden. Kajian aspek pertahanan dan perancangan peperangan juga telah diperamati dari masa ke semasa. Belanjawan untuk meperlengkapi pasukan tentera juga telah ditambah dari tahun-tahun sebelumnya.

Selepas tahun 1930 Armada Jepun sudah sedia memiliki 11 buah Battle Ship, 6 buah Fleet Ship, 4 buah Light A ircraft Carrier, 18 buah Cruiser. 21 buah Light Cruiser, 100 buah Destroyer, dan 63 buah kapal selam. Pada akhir tahun 1937 sebuah kapal perang yang terbesar dan termoden di dunia telah berjaya diblna oleh Jepun dan diberi nama YAMATO. Kapal itu berukuran 866 kaki panjang dan seberat 71,699 ton.

Pada pertengahan tahun 194fJ Jepun telah membuat keputusan untuk berpakat dengan negara Jerman dan Itali; pada hakikatnya sam perjanjian telah pun ditandatangani pada 27hb September 1940 dengan negara-negara tersebut untuk rnenentang kuasa-kuasa bersekutu. Keazaman Jepun untuk menguasai negara-negara Tenggara Asia semakin jelas, kerana tujuan mutakhirnya ialah untuk mengaut hasil mahsul negara-negara tersebut tanpa mengharapkan bekalan dari Amerika Syarikat.

Pada 21hb Disember 1941 dua buah kapal perang Royal Navy yang besar, iaitu HMS PRINCE OF WALES (baru siap dibina) dan HMS REPULSE (dibina pada tahun 1916) dengan beberapa buah kapal pengiring tiba di pangkalan Royal Navy di Singapura, di bawah perintah Admiral Sir Thomas Philips RN. Beberapa kapal pengiring yang terdiri dari HMS ELECTRA (1375 ton), HMS EXPRESS (1175 ton), HMS TENEDOS (1000 ton) dan HMS VAMPIRE (1090 ton) tidak dapat meneruskan pelayaran kerana kerosakan enjin dan ditinggalkan di Kingston, Jamaica.


SERANGAN MENGEJUT KE ATAS PEARL HARBOUR

Serangan mengejut ke atas Pearl Harbour yang dilakukan oleh tentera Jepun pada jam 7.40 pagi Abad 7hb Disember 1941 adalah merupakan detik milia penglibatannya secara langsung dalam Perang Dunia Kedua. Mengikut kajian Admiral Yamamoto, Jepun perlu memusnahkan Armada Amerika di peringkat awal peperangan jika ia hendak menjamin kemenangan. Jika sekiranya kalah, Jepun tidak akan dapat bertahan lama kerana kuasa-kuasa perindustrian seperti Amerika Syarikat dan Britain akan dapat menghasilkan semula peralatan perang dengan pantas.

Semasa serangan udara dilakukan ke atas Pearl Harbour. secara serentak beberapa buah bandar di Tanah Melayu (terutama di Kota Baru) dan Singapura telah diserang. Serangan mengejut ke atas Pearl Harbour itu telah melemahkan kemampuan tentera bersekutu untuk menahan kemaraan Jepun ke Tenggara Asia.


JEPUN MERISIK 01 TANAH MELAYU

Lebih dari tiga tahun sebelum Jepun menyerang Tanah Melayu, mereka sudah melancarkan satu rangkaian aktiviti pengintipan di bandar-bandar penting seperti Kota Baru, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura. Pengintip-pengintip Jepun bergerak bebas di Kota Baru tanpa diketahui oleh rakyat ternpatan dan kerajaan. Mereka menyamar menjadi tukang gunting rambut, dan menjaja aiskrim dan kueh Jepun (kueh bahulu berinti kacang) dengan tujuan utarna mendapatkan maklumat mengenai kedudukan pertahanan dan struktur pantai Kelantan, termasuk Pantai Narathiwat di Selatan negeri Thailand. Tipu muslihat yang serupa berlaku di Selat Johor di mana bot-bot Jepun menyamar sebagai bot nelayan dengan tujuan mengutip maklumat mengenai pangkalan Royal Navy di Sem bawang   dan keadaan   pertahanan di kawasan selatan Tanah Melayu.


KOTA BARU DISERANG

Armada Jepun tiba di utara Kota Baru pada malam 7hb Disember 1941 dan mula mendarat di Kota Baru pada jam 12.45 tengah malam (waktu tempatan) 8hb Disember 1941. iaitu tujuh puluh minit sebelum Pearl Harbour diserang. Setelah dua jam berternpur Pasukan Rejimen 3/7 India yang bertahan di pantai telah mengalami kekalahan dan pasukan tentera marin Jepun berjaya menawan beberapa kawasan penting.

Pendaratan di Kota Baru sebenarnya adalah satu helah untuk mengelirukan pertahanan di kawasan Singora dan Patani di Segenting Kra. Pada 8hb Disember 1941 sebanyak 20 buah kapal pengangkut Jepun mendarat di Segenting Kra pada jam 4.00 pagi tanpa sebarang rintangan kerana pantai tersebut tidak dikawal.


PENGLlBATAN PASUKAN MALAY NAVY DAN MALAYAN ROYAL NAVAL VOLUNTEER RESERVE DALAM PERANG

Anggota-anggota Pasukan Malay Navy dan Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve telah ditugaskan di kapal-kapal perang Royal Navy dan kapal-kapal Armed Merchant Ship untuk meronda dan memasang ranjau di perairan Tanah Melayu dan Singapura. Di samping itu kapal-kapal Armed Merchant Ship terus menjalankan tugas perdagangan dalam aktiviti mengangkut barangan ke pelabuhan-pelabuhan di Tanah Melayu.

Pada akhir tahun 1941 rondaan serta latihan seringkali diadakan di sekitar perairan Tanah Melayu dan Singapura hingga melewati Utara Borneo dan Sarawak. Oleh kerana kekurangan kapal perang, tidak semua anggota-anggota Malay Navy dapat ditempatkan di kapal. Anggota-anggota yang tidak bertugas di kapal diarahkan bertugas di pangkaIan HMS PELANDOK.


KEBERANIAN ANAK MELAYU

Selain dari anggota-anggota Pasukan Malay Navy, pemuda-pemuda Melayu dari Pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve juga sama berkhidmat di Armed Merchant Ship. Adalah berkemungkinan besar bahawa Armed Merchant Ship yang pertama diserang oleh tentera udara Jepun pada 13hb Disember 1941 ialah HMS LIPIS, iaitu semasa dalam pelayaran dari Kuching ke Singapura. Nakhodanya ialah Captain O.G. Jones, RNR. Seramai tiga orang anak-anak kapal telah terkorban dan 14 orang lagi luka parah.

Pada 30hb Disember 1941, HMS KUDAT pula telah diserang ketika berada di Selat Kelang berhampiran Pelabuhan Swettenham. Ia merupakan kapal Armed Merchant Ship yang pertama ditenggelamkan oleh Jepun.' Ada empat orang anggota Malay Navy berkhidmat di kapal itu. Seorang daripadanya ialah Able Seaman Abdul Kadir bin Said yang telah menangkis serangan pesawat Jepun dengan menggunakan Lewis Gun. Beliau mengalami kecederaan semasa kapal terbakar, tetapi sempat terjun ke laut sebelum ia tenggelam dan berenang menyelamatkan diri ke darat.

Ramai anak-anak kapal HMS KUDAT telah terkorban, sementara yang terselamat mengalami kecederaan. Able Seaman Abdul Kadir bin Said telah dimasukkan ke Hospital Daerah Kelang dan beberapa hari kemudian dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

Keberanian dan semangat Able Seaman Abelul Kadir bin Said diperakui oleh Kerajaan British dan beliau telah dianugerahi Pingat Distinguished Service Medal (DSM) pada tabun 1947. Beliau ialah anak Melayu yang pertama di dalarn tentera laut yang menerima penganugerahan dari Kerajaan British.

Sebuah lagi Armed Merchant Ship, iaitu HMS LARUT telah diserang pesawat Jepun berhampiran Pulau Sabang pada 20hb Januari 1942. Nakhodanya pada ketika itu ialah Captain C. E. Cleaver RNR. Dalam serangan itu HMS LARUT telah dimusnahkan dengan mudah dalam beberapa minit sahaja dan akhirnya karam ke dasar laut bersama beberapa orang anak kapalnya. Hanya 10 orang sahaja yang berjaya menyelamatkan diri berenang kira-kira tiga batu ke darat, termasuk dua orang anggota Pasukan Malay Navy, iaitu Able Seaman Syed Abdullah bin Syed Alwee dan Able Telegraphist Ahmad bin Vaity. Semasa kapal diserang mereka cuba menangkis pesawat musuh dengan menggunakan Lewis Gun tetapi gagal mengenai sasarannya." diceritakan oleh Tuan Syed Abdullah bin Syed Alwi, beralamat di No. 12 Lorong Dua, Jalan Sentosa, Taman Dato Onn, Johor Bahru.

Setelah berada di Pulau Sabang selama hampir tiga minggu, akhirnya anggota-anggota Pasukan Malay Navy dan Royal Navy yang terselamat telah dipindahkan ke sebuah markas Tentera Belanda di Kota Raja Pada masa itu HMS PANGKOR yang diperintah oleh Captain T. Sutherland RNR, telah sedia berada di sana. Ada seramai tujuh orang anggota Pasukan Malay Navy, terrnasuk seorang anggota Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve bernama Able Seaman Johari bin Mohd Amin sedang berkhidmat di kapal itu. Misi HMS PANGKOR ialah membawa beratus-ratus orang anggota tentera dan penumpang awam berundur dari Singapura ke Colombo. Kapal itu selamat tiba di destinasinya pada akhir bulan Januari 1942.

Salah sebuah kapal yang paling digemari oleh anggota-anggota Pasukan Malay Navy ialah HMS VYNER BROOKE, kerana kebanyakan pelatih telah menjalani latihan di kapal itu. Dalam pelayaran latihan kapal ini sering belayar berulang-alik dari Kuching ke Singapura. Nakhoda HMS VYNER BROOKE ialah Captain R. E. Borton RNR. Kali terakhir kapal meninggalkan Singapura ialah pada malam 12hb Februari 1942 membawa 64 orang jururawat Australia dan 128 orang anggota tentera yang berundur.

Seramai 20 orang anggota Pasukan Malay Navy adalah di antara anak-anak kapalnya,

Pada pagi Sabtu 14hb Februari 1942, ketika sedang belayar memasuki Selat Bangka, kapal itu dibom bertubi-tubi oleh sembilan buah pesawat tentera Jepun sehingga anak-anak kapal tidak berpeluang sama sekali hendak menyerang balas. Kapal telah mengalami kerosakan teruk dan terbakar menyebabkan ramai penumpangnya terkorban. Captain Borton dapat menyelamatkan diri ke rumah api Muntok di Pulau Bangka setelah terapung-apung di air selama 18 jam."

Dalam peristiwa sedih HMS VYNER BROOKE itu, semua anggota Pasukan Malay Navy terkorban kecuali Leading Seaman Abdul Samad bin Ali. Walaupun Leading Seaman Samad mengalami kecederaan akibat terbakar tetapi beliau berjaya menyelamatkan ramai jururawat Australia sehingga tiba ke pantai Muntok di Pulau Bangka. Kira-kira 22 orang jururawat telah terselamat dalam peristiwa tersebut. Dua hari kemudian satu pasukan tentera darat Jepun telah mendarat di pantai Muntok. Semua rakyat Australia dan British yang terselamat telah diperintahkan oleh tentera Jepun berbaris di gigi air di Pantai Muntok dan ditembak hingga mati."

Walau bagaimanapun seorang jururawat bernama Sister Vivien Bullwinkle hanya mengalami kecederaan ringan dan terselamat dari pembunuhan itu. Kekejaman Jepun itu tidak boleh dilupakan oleh Leading Seaman Abdul Samad. Beliau telah dibawa ke Pulau Bangka dan kemudian ke Belawan untuk dijadikan buruh paksa bersama tawanan perang yang lain. Pada bulan April 1943, beliau telah dibebaskan dan pulang ke Tanah Melayu dengan menumpang sebuah bot.

Peristiwa Leading Seaman Abdul Samad menyelamatkan jururawat Australia itu tidak mendapat sebarang penghargaan dari pihak British mahupun Australia. Malah di dalam buku berjudul Home Port Singapore," tidak ada disebut nama Leading Seaman Abdul Samad yang menyelamatkan Sister Bullwinkle. Buku itu juga tidak mencatatkan penglibatan Malay Navy atau kehadiran anggotanya di HMS VYNER BROOKE semasa diserang Jepun, sungguhpun pada hakikatnya anggota-anggota Pasukan Malay Navy telah terkorban semasa bertugas di kapal tersebut. Ada kemungkinan anggota-anggota yang terkorban itu diperakui sebagai sebahagian dari anggora-anggota Royal Navy.

Dalam peristiwa lain, sebuah lagi kapal perang British, HMSSYLVIA telah di serang oleh beberapa buah pesawat terbang Jepun semasa meronda perairan Mersing, Johor. Dalam serangan bertubi-tubi itu seorang anak kapal, Able Seaman Hamidon bin Talib telah terkena tembakan dan mendapat luka parah di bahu dan lengan kanan. Dua orang rakannya telah terkorban tetapi kapal tidak dapat ditenggelamkan oleh Jepun. Sebuah dari pesawat terbang yang menyerang telah ditembak jatuh oleh anggota kapal. Dalam keadaan cedera parah Able Seaman Hamidon telah diheret ke dalam bilik jentera untuk diberi rawatan segera oleh seorang rakannya. Setelah suasana reda beliau dihantar ke Hospital Mersing dan kemudian ke Hospital Besar Johor Bahru untuk rawatan selanjutnya."

Peristiwa HMS SURVEYOR diserang pula telah diceritakan oleh Able Seaman Manaf bin Basir. Seramai lima orang anggota Pasukan Malay Navy termasuk Able Seaman Manaf berkhidmat di kapal tersebut. HMS SURVEYOR diserang tetapi anggota kapal tidak dapat menangkis serangan kerana kekurangan senjata. HMS SURVEYOR mengalami kerosakan pada alat radar dan enjin, di samping kebakaran di beberapa bahagian kapal. Ramai anak-anak kapal, termasuk anggota Pasukan Malay Navy cedera dan terkorban dalam peristiwa tersebut. Di antara mereka yang terkorban ialah Petty Officer Adam, Able Seaman Osman dan Able Seaman Hashim. Sernentara yang tercedera ialah Able Seaman Hamudin dan Able Seaman Manaf bin Basir.

Dalam peperangan di laut banyak Armed Merchant Ship telah karam atau mengalami kerosakan kerana serangan bom pesawat terbang Jepun. Di antara kapal-kapal yang berjaya ditawan oleh tentera Jepun ialah HMS JITRA. HMS lNTAN. HMS PANDAI. HMS PETALINO, HMS RENGAM, HMS RIMBA dan HMS RIMAU. Dua buah kapal dari Syarikat Straits Steamship, HMS RAUB dan HMS LARUT yang telah diubahsuai semula untuk dijadikan kapal penangkis ranjau juga diserang oleh pesawat Jepun. HMS RAUB diserang pada 20hb Januari 1942 di Belawan. sementara HMS LARUT dibom hingga karam sewaktu berada di Pulau Sabang.

Satu peristiwa telah diceritakan oleh Sheikh Hussin bin Sheikh Ali, seorang anggota Pasukan Malay Navy yang bertugas di HMS KELANA yang diperintah Oleh Lieutenant C. J. Windsor RNR. Semasa meronda di kawasan Endau, Pahang pada 8hb Disember 1941 (hari pertama Singapura dan Selatan Johor dibom oleh tentera Jepun), kapal beliau turut dibom dan tenggelam di Sungai Endau, di mana tiga orang rakannya terkorban. Sheikh Hussin telah berenang ke darat walaupun terkena tembakan di betis dan punggung. Beliau dirawat di Hospital Besar Johor Bahru dan kemudian di Hospital Besar Singapura. Secara kebetulan beliau bertemu isteri Lieutenant Windsor di sana. tentera Jepun di Singapura amat pantas. Lieutenant Windsor bersarna isterinya tidak sempat berundur dari Singapura dengan kumpulan yang lain. Mereka terpaksa membeli sebuah bot layar yang dilengkapi dengan jentera kecil.

Sebelurn Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 15hb Februari 1942, Lieutenant Windsor. isteri, dan seorang sahabat mereka (berpangkat Lieutenant RNR), bersama tukang masak berbangsa ju ke arah barat Ceylon dan juga mencari tempat Sheikh Hussin, telah yang selamat untuk berlepas dan Singapura berlindung. Menu Baru di Sumatra. Dari situ mereka menaiki kenderaan tentera Belanda menuju ke Padang , di Sumatra Barat untuk bertemu pasukan tentera British lain yang sedang berundur. Sheikh Hussin berpisah dengan Lieutenant Windsor di sana, setelah beliau bertemu dengan pasukan tentera yang berundur tadi .

Sheikh Hussin kemudian bertemu dengan Kapten Tengku Mahmud Mahyuddin dan Encik Jamaluddin, kedua-duanya anggota Pasukan Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), dan Encik Rahmat Haji Salleh, seorang anggota Pasukan Malay Navy. Mereka sama-sama rnenaiki kapal HMS TENEDOS dan belayar ke Lautan Hindi, kemudian bertukar ke kapal HMS HOBART menuju Colombo dan tiba di pertengahan bulan Mac 1942.


BERUNDUR DARi KEHANCURAN

Kerajaan British telah membuat rancangan kontinjensi untuk berundur sekiranya keadaan pertahanan Royal Navy di Singapura tenyata dapat dipatahkan oleh Jepun. Kesemua kapal dirancang berundur ke Sumatra dan kemudian ke Betawi di Pulau Jawa. Pergerakan pertama bermula sebaik sahaja Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

Kebanyakan kapal telah meninggalkan Singapura dalam bulan Disember 1941, apabila pesawat terbang Jepun mula menyerang. Kumpulan kapal yang pertama diserang ialah HMS TRANG, HMS UPIS, HMS KUALA, HMS JARAK, HMS REDANG dan HMS VYNER BROOKE. Kapal-kapal itu terus diserang semasa melalui Selat Singapura. Serangan yang paling hebat berlaku pada 14hb Februari 1942, di mana sebanyak 11 buah kapal Royal Navy telah musnah dan tengggelam.

Kebanyakan dan kapal yang terselamat telah diarahkan pergi ke Colombo. HMS KELANTAN di bawah perintah Captain H. W. Richardson RNR, merupakan kapal yang pertama Berjaya meninggalkan perairan Tanah Melayu pada 13hb Disember 1941. Turut serta diatas kapal itu ialah seorang anggota Malay Navy iaitu Leading Seaman Ismail bin Hassan. Semasa berada di perairan Indonesia dekat Pulau Aruah, HMS KELANTAN telah diserang oleh dua buah pesawat terbang Jepun. Seorang anak kapal telah terkorban dalam serangan itu, tetapi kapal hanya mengalami kerosakan kecil dan dapat diperbaiki semula oleh anak-anak kapal. Keesokan harinya tentera Jepun rnenyerang HMS KELANTAN sekali lagi, tetapi kapal Berjaya menyelamatkan diri dan terus belayar ke Colombo.


KAPAL KAPAL YANG TERSELAMAT

Walaupun banyak kapal yang musnah oleh serangan Jepun tetapi sebanyak 21 buah kapal telah terselamat. Di antaranya termasuk HMS 9IRCE, HMS MEDUSA. KAJANG. HMS KELANG, HMS PERAK, HMS MATANG, HMS PAHANG, HMS HONG KENG, HMS HONG PENG, dan HMS HONG SIANG. Beberapa buah kapal, iaitu HMS KEDAH, HMS KINTA, HMS CIRCE dan HMS MEDUSA telah dikekalkan tauliahnya di dalam Royal Navy hingga selepas perang.


KAPAL-KAPAL YANG MUSNAH.

Kapal Armed Merchant Ship dari Syarikat Straits Steamship yang musnah dari tahun 1941 hingga 1945 ialah HMS AMPANG, ITM8 BRUNEI, HMS GEMAS, HMS INTAN, HMS IPOH, HMS JARAK, HMS JERAM, HMS JERANTUT, HMS JITRA, HMS KAMPAR, HMS KEMUNING, HMS KATONG, HMS KLIAS, HMS KUALA, HMS KUDAT, HMS LARUT. HMS LIPIS, HMS MELAKA, HMS PAHANG, HMS KINTA, HMS PANDAI, HMS PETALING, HMS RAHMAN, HMS RAUB, HMS RAWANG, HMS RIMBA, HMS RENGAM, HMS ROMPlN, HMS SUBOK dan HMS TRANG.

Syarikat Sarawak Steamship pula telah kehilangan sebanyak enam buah kapal,iaitu HMS ANGBY. HMS GLADYS, HMS KIM CHIN SENG, HMS MARGARET, HMS RAJANG dan HMS VYNER BROOKE.

Kapal-kapal seperti HMS RANTAU, HMS RASA, HMS RELAU, HMS RItv'lAU dan HMS TAPAH telah Berjaya ditawan oleh tentera Jepun tetapi diambilalih semula selepas perang tamat pada tahun 1945.

Selain dari kemusnahan Armed Merchant Ship itu, pihak British juga mengalami kerugian besar kerana kehilangan kapal-kapal perang yang musnah akibat serangan pesawat terbang Jepun. Peristiwa penenggelaman HMS PRINCE OF WALES dan HMS REPULSE Lelah benar-benar menjejaskan imej Royal Navy yang mengaku unggul dan tidak boleh dikalahkan.

Armada Royal Navy yang mengandungi HMS PRINCE OF WALES dan HMS REPULSE, dan diketuai oleh Admiral Sir Thomas Phillips RN (Comander-in-Chief Eastern Fleet), diharapkan dapat membantu menentang kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu dan Singapura. HMS PRINCE OF WALES boleh mencapai kelajuan maksimum 28 knot, panjangnya 745 kaki dan seberat 43,350 ton baru siap dibina pada bulan April 1941. la dilengkapi dengan 10 buah meriam berkaliber 14 inci,6 buah meriam berkaliber 5.25 inci, 16 buah meriam berkaliber 0.5 inci, dan 4 buah meriam penangkis pesawat terbang jenis Porn-Porn laras lapan. Sekitarnya semua senjata tersebut digunakan serentak, setiap satu minit ia mampu memuntahkan sebanyak

60,000 butir peluru.

HMS REPULSE yang seberat 35,000 ton telah dibina di England pada tahun 1916 merupakan sebuah Battle Cruiser. Kelajuan maksimumnya ialah 29 knot, panjangnya 795 kaki dan dilengkapi dengan 6 buah meriam berkaliber 15 inci, 12 buah meriam berkaliber 4 inci, 8 buah Meriam penangkis pesawat terbang berkaliber 4 inci, dan juga Japan buah torpedo. Kapal ini telah diubahsuai dan tahun 1936 hingga 1939 untuk persediaan menghadapi Perang Dunia Kedua.

TENGGELAMNYA HMS PRINCE OF WALES DAN HMS REPULSE

HMS PRINCE OF WALES dan HMS REPULSE tiba di Singapura pada 2hb Disember 1941. Seminggu kernudian kedua-dua kapal tersebut diarahkan bertugas meronda sekitar perairan pantai timur Tanah Melayu. Pada tengahari 10hb Disember 1941, semasa berada dekat perairan Kuantan ia telah diserang oleh pesawat terbang Jepun dengan lima torpedo yang tepat mengenainya menyebabkan kerosakan yang teruk. Tepat jam 1.19 petang HMS PRINCE OF WALES tenggelam ke dasar laut bersama 845 orang anak-anak kapalnya termasuk Admiral Thomas PhiDips.

HMS REPULSE mempunya anggot seramai 1309 orang tetapi hanya 796 orang sahaja (termasuk pegawai memerintahnya Captain W. J. Tennat RN) berjaya diselamatkan oleh HMS EXPRESS Seramai 27 orang pegawai dan 486 anak-anak kapal dari HMS REPULSE telah terkorban. Pada keesokan harinya sebuah pesawat Jepun telah membuat terbang lintas di kawasan HMS PRINCE OF WALES dan HMS REPULSE tenggelam sambil menaburkan bunga sebagai tanda simpati kepada anak- anak kapal Royal Navy dan pemandu-pemandu pesawat Jepun yang telah terkorban.


TENTERA JEPUN MENYERANG TANAH MELAYU


Dalam operasi di darat, hanya dalam masa 10 jam sahaja tentera Jepun yang berjumlah kira-kira 150,000 orang telah berjaya menawan bandar Kota Baru. Tentera Jepun yang dipimpin oleh General Tomoyuki Yamashit mula bergerak dari Kota Baru pada 8hb Disember 1941. Mereka telah dipecahkan kepada tiga kumpulan, Kumpulan pertama bergerak mengikut laluan reI keretapi dari Bangkok ke Singapura, kumpulan kedua melalui Kelantan dan merentas kawasan hutan untuk menuju ke Pahang dan terus mara ke pantai barat, sementara kumpulan ketiga berlepas dari Kota Baru menyusur pantai di sebelah timur meredah hutan-hutan paya dan belukar. Pada 26hb Disember mereka telah berjaya menawan Taiping dan pada 31hb Disember berjaya menawan Kuantan.

Bandar Kuala Lumpur telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada 1hb Januari 1942. Mereka berjaya mara sehingga 70 km sehari dengan mudah tanpa tentangan yang kuat dari tentera darat British. Pada 31 hb Januari mereka tiba di Johor Bahru di mana ketiga-tiga kumpulan tadi bersatu semula untuk menyerang Singapura. Dalam masa 55 hari pasukan tentera darat Jepun berjaya mara sejumlah 1100 km. Sepanjang jalan berundur tentera British telah memusnahkan hampir 150 buah jambatan di seluruh Tanah Melayu.

Berbagai tanggapan dan pandangan tela diutarakan terhadap usaha tentera British mempertahankan Tanah Melayu dari serangan Jepun. Sebelumnya pihak British telah menggembar-gemburkan persediaan yang mereka buat untuk mengadakan benteng yang kukuh bagi menentang kemaraan musuh. Walaubagaimanapun itu semua hanyalah propaganda sahaja kerana terbukti Jepun telah dapat menembusi kubu pertahanan British dengan mudah.

Pada 27hb Januari 1942 semua anggota tentera British dan Australia yang masih berada di Johor Bahru telah diarahkan berundur ke Singapura untuk bertahan habis- habisan, kerana beberapa daerah di Negeri Johor sudah pun ditawan oleh tentera Jepun. Pada 8hb Februari 1942 Singapura mula diserang dari udara oleh tentera Jepun, yang mana Pangkalan Royal Navy di Sembawang telah menjadi sasaran utama. Turut menjadi sasaran ialah HMS PELANDOK yang terletak berhampiran dengan Naval Base. Anggota-anggota Malay Navy telah mempertahankan HMS PELANDOK dengan menggunakan Meriam penangkis pesawat terbang, tetapi tiada sebuah pun yang dapat dimusnahkan.

Pada 11hb Februari 1942 sekali lagi Naval Base dan HMS PELANDOK menjadi sasaran serangan udara tentera Jepun. Serangan kali kedua itu telah memusnahkan HMS PELANDOK dan ramai anggota Malay Navy cedera parah dan terkorban.

Oleh kerana HMS PELANDOK musnah, anggota-anggota Pasukan Malay Navy diarahkan berpindah untuk berlindung buat sementara waktu di dalam gerabak- gerabak keretapi yang kosong. Dua hari kemudian mereka berpindah ke HMS LABURNUM, iaitu sebuah pangkalan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve di Telok Ayer Basin, di mana seramai 300 orang anggota Pasukan Malay Navy dikumpulkan semula. Semasa berada di san mereka telah diserang sekali lagi yang mengakibatkan ramai terkorban dan cedera. Semasa diserang mereka terpaksa berlindung di kawasan sekitar pangkalan tanpa dapat membuat serangan balas.

Pada malam 14hb Februari 1942, semua anggota Pasukan Malay Navy telah diberi taklimat oleh Lieutenant Commander Vickers. Tentera British mengaku bahawa mereka tidak dapat bertahan lebih lama lagi dan lambat laun Singapura akan jatuh ke tangan Jepun. Pada malam itu juga tentera Jepun telah mengebom sekitar Cbangi, Pasir Panjang dan Sembawang. Lieutenant Commander Vickers memberikan pilihan sama ada anggota-anggota Pasukan Malay Navy hendak terus tinggal di Singapura di bawah perintah tentera Jepun ataupun berundur dari Singapura bersama anggota tentera British.

Seperti yang diceritakan oleh beberapa orang anggota Pasukan Malay Navy, di antara 60 orang yang hadir dalam taklimat itu, hamper separuh memilih untuk terus tinggal di Singapura, sementara yang lainnya memilih ikut berundur menaiki beberapa buah kapal yang telah disediakan. Kapal-kapal itu meninggalkan Singapura hanya beberapa jam sahaja sebelum ia jatuh ke tangan tentera Jepun. Sungguh pun tujuan berundur ialah untuk menyelamatkan diri tetapi tidak semua selamat tiba di destinasi mereka, sama ada di Betawi atau Colombo.

Pada 15hb Februari 1942 jam 2.30 petang, tiga orang pegawai tentera British berpangkat Mejar yang diketuai oleh Major C. H. D. Wilde telah membawa bendera putih tanda menyerah kalah kepada pasukan tentera Jepun yang ketika itu telah pun berjaya menawan Singapura sepenuhnya. Peristiwa itu berlaku di Km 4, Bukit Timah. Pertemuan kernudiannya telah dibuat pada hari yang sama di Bangunan Syarikat Ford Motor di Bukit Timah, di mana termeterainya perjanjian menyerah kalah yang ditandatangani tepat pada jam 7.00 petang. Berikutan dengan itu Perdana Menteri Britain Winston Churchil telah membuat pengumuman dari London ke seluruh dunia mengenai kejatuhan Singapura ke tangan Jepun.

Sebaik sahaja Jepun dapat menawan Singapura, satu perintah telah dikeluarkan oleh Markas Tentera Jepun mengarahkan supaya semua bekas tentera yang ada di Tanah Melayu dan Singapura melaporkan diri ke markas tersebut untuk dihantar balik ke kampong masing-masing. Tetapi malangnya mereka yang melapor telah tertipu oleh dakyah tentera Jepun. Kebanyakan dari mereka telah dipenjara dan kemudiannya dijadikan buruh paksa di Siam, Burma atau Indonesia. Kira-kira seramai 25 orang anggota Pasukan Malay Navy yang masih berpakaian seragam Royal Navy telah dibunuh oleh tentera Jepun di Tanjung Pagar.


Anggota-anggota Pasukan Malay Navy yang berundur bersama tentera British pada malam 14hb Februari 1942 juga tidak terselamat dari padah serangan tentera Jepun. Kebanyakan dari mereka telah diserang ketika kapal berada di Sabang dan di Tanjung Periok.


LIEUTENANT COMMANDER H. VICKERS TERKORBAN

Di antara peristiwa sedih yang telah dioeritakan oleh beberapa orang anggota Pasukan Malay Navy ialah mengenai nasib Lieutenant Commander Vickers. Beliau adalah di antara pegawai Royal Navy yang terakhir meninggalkan Singapura. Mengikut cerita Encik Idris bin Md Yunus, pada 12hb Februari 1942 beliau telah menaiki HMS SlANG WHO untuk berundur ke Australia bersama-sama dengan Lieutenant Spillman. Semasa dalam pelayaran menuju ke Pulau Bangka pada 14hb Februari 1942, HMS SIANG WHO telah dibom dan mengalami kerosakan. Anggota-anggota Pasukan Malay Navy telah menanggalkan pakaian seragam dan menyembunyikan senjata mereka. Di sebelah malamnya Polis Marin Belanda telah membawa semua penumpang-penumpang dari kapal ke darat untuk berlindung. Anggota-anggota tentera British telah diberi perlindungan di dalam hospital. Pada keesokan harinya tentera Jepun telah mendarat di Pulau Bangka dan memerintahkan semua anggota tentera British keluar dari hospital untuk berbaris di tengah panas sepanjang hari.

Nasib anggota-anggota Pasukan Malay Navy agak baik. Mereka Lelah beberapa kali didatangi oleh seorang pegawai tentera darat Jepun berpangkat Kapten bersama beberapa orang askar untuk merisik mengenai tentera British. Able Seaman ldris bin Mohd Yunus, seorang anggota Pasukan Malay Navy dan rakan-rakannya turut tertangkap dan dijadikan buruh paksa.

Able Seaman Idris ada temampak Lieutenant Spillman dipaksa oleh tentera Jepun mengandar air bersama-sama anggota-anggota tentera British yang ditawan. Walau bagaimanapun Lieutenant Commander Vickers, iaitu Pegawai Memerintah mereka tidak kelihatan di mana-mana. Selepas dua hari dalam tawanan, Able Seaman ldris dan rakan-rakannya telah dibebaskan oleh tentera Jepun dan mereka menrantau ke kampong yang berhampiran lalu terus menetap di sana. Semasa di kampung itulah beliau diberitahu oleh penduduk-penduduk di situ yang Lieutenant Commander Vickers telah kelihatan mati di dalam semak belukar berhampiran kampong itu.


TAWANAN PERANG

Ketika Perang Dunia Kedua meJetus di Tanah Melayu, Able Seaman Yahaya bin Mohamad sedang berkhidmat di kapal HMS RAUB yang ditugaskan meronda perairan antara Belawan dan Sabang. Pada suatu hari kapal tersebut telah dibom oleh pesawat terbang Jepun dan terus tenggelam berhampiran jeti di Belawan. Dalam peristiwa itu Able Seaman Yahaya telah mengalami kecederaan parah di dalam telinga sehingga berdarah. Beliau dihantar ke Hospital Medan oleh tentera Belanda dalam keadaan tidak sedarkan diri. Selepas sebulan berada di hospital, Able Seaman Yahaya telah dibenarkan keluar dan ditempatkan bekerja di Pejabat Konsul British di Medan.

Tidak berapa lama kernudian tentera Jepun mendarat di Sumatra. Able Seaman Yahaya bersama-sama rakannya Abdullah bin Haji Baharin, Kamaruddin bin Dieu, Ibrahim bin Ahmad, Salehuddin bin Mohd Radzi dan Mohd Hashim bin Busu telah ditawan. Mereka dijadikan tawanan perang dan ditempatkan di sebuah kem yang merupakan bekas Rumah Sakit Otak Glugur berhampiran bandar Medan."

Able Seaman Yahaya dan rakan-rakannya dapat balik ke Pulau Pinang menaiki sebuah tongkang dengan pertolongan seorang India Muslim yang berniaga di antara Medan dan Pulau Pinang. Selepas tiga hari pelayaran mereka tiba di Pantai Sungai Glugur, Pulau Pinang tetapi ditangkap dan hamper dipenggal kepala mereka oleh askar Jepun kerana mendarat tanpa kebenaran. Mereka terselamat kerana dapat menunjukkan sekeping surat dalam tulisan Jepun yang   menyatakan mereka telah dibebaskan dari kem tahanan perang Glugur, di Medan. Mereka kemudian diarah melaporkan diri di Pelabuhan Swettenham untuk bekerja sebagai buruh kasar dengan gaji sebanyak 50sen sehari. Oleh kerana mereka tidak sanggup lagi menahan penderitaan dan kesihatan mereka yang semakin terganggu akibat kurang makanan berkhasiat selama setahun di kem tahanan, mereka melarikan diri dan bersembunyi di kampong berdekatan.


RUTIN HARlAN TAWANAN PERANG

Orang-orang tawanan Jepun dikejutkan dari tidur mereka di waktu dinihari dengan bunyi deringan loceng yang boleh memekakkan telinga. Kemudian mereka terpaksa bergegas berbaris berbondong-bondong seperti askar menuju ke arah tiang bendera dan berdiri tegak. Semasa bendera 'matahari terbit' dinaikkan. Selepas itu mereka dikehendaki tunduk ke arab negara matahari terbit sebagai perakuan taat setia kepada Maharaja Jepun. Acara senaman dimulakan sebaik sahaja upacara menaikkan bendera tarnal. Ia dijalankan hingga jam 7.30 pagi. Oleh kerana kekurangan bekalan air, selepas bersenam biasanya mereka hanya mengesat peluh di badan tanpa mandi.

Makanan untuk sarapan biasanya ialah air teh dan bubur nasi. Selepas sarapan mereka dibawa ke tempat kerja dengan menaiki trak. Mereka dipaksa bekerja membina jambatan dan landasan keretapi yang telah dimusnahkan oleh tentera Belanda semasa berundur. Pada jam 3.00 petang mereka dibawa balik ke kem untuk makan tengah hari. Makanan tengah hari ialah nasi dan sayur kangkong yang sudah dicincang dan dicampur dengan sayur-sayur lain. Ada kalanya dihidangkan juga ikan duri yang besar dan tidak bersiang. Lkan ini sangatlah hanyir baunya dan tidak sesiapa pun yang sudi menjamahnya. Makan malam biasanya tidak banyak berbeza dengan makanan yang diberikan di waktu tengah hari.           

Read 4069 times Last modified on Tuesday, 19 April 2016 17:16

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 11

Semalam 413

Bulan ini 3556

Keseluruhan 343865

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM