Print this page

PANJI-PANJI KD SRI SEMPORNA

Sejarah penubuhan KD SRI SEMPORNA bermula pada tahu 1996 dengan pemilihan Kampung Batu Hilas sebagai tapak pembinaan pangkalan TLDM di Sabah Timur. Pangkalan ini telah siap dibina dan diserahkan kepada TLDM pada 1 Mac 2004 dengan disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika itu. Pentauliahan KD SRI SEMPORNA telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah pada 12 Julai 2005.

Pembinaan KD SRI SEMPORNA ini adalah merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan daya tempur strategik bagi menangani isu-isu keselamatan dan pergolakan semasa serantau di perairan Sabah Timur. Ia juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan daya tempur Pasukan Khas Laut TLDM bagi menangani isu-isu keselamatan dan pergolakan semasa di kawasan Sabah yang berdekatan dan bersempadan dengan perairan Filiphina serta Indonesia. Disamping itu, KD SRI SEMPORNA juga berupaya memberi bantuan kepada kapal-kapal TLDM dan unit-unit perkhidmatan ATM dan Agensi Penguatkuasa Maritim yang lain bagi memenuhi keperluan Dasar Pertahanan Negara.

Kecemerlangan KD SRI SEMPORNA telah terbukti dalam menangani insiden pencerobohan di Lahad Datu dan insiden di Semporna pada Mac 13. Keupayaan dan semangat juang seluruh warga KD SRI SEMPORNA telah memberikan impak yang besar kepada keseluruhan operasi membanteras pencerobohan tersebut. Sejajar dengan peranan besar yang telah dicurahkan kepada negara, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan untuk menganugerahkan Panji-Panji kepada KD SRI SMEPORNA pada 27 April 2014.

Read 10553 times