PANJI-PANJI KD RAJAWALI

Penubuhan Unit Udara TLDM telah diilhamkan oleh Yang Berbahagia Laksamana Madya Tan Sri Abdul Wahab bin Jahi Nawi yang merupakan Panglima Tentera Laut pada ketika itu. Pembangunan Unit Udara TLDM telah bermula pada tahun 1985 apabila 9 orang juruterbang TLDM dianugerahkan sayap penerbangan. TLDM telah membeli 6 buah pesawat terpakai jenis Westland WASP Helicopter Anti Submarine (HAS) MK 1 dari Tentera Laut Diraja British pada penghujung tahun 1987.

Unit Udara TLDM secara rasminya telah ditauliahkan dengan nama KD RAJAWALI pada 11 Mei 1990 oleh Panglima Tentera Laut yang ketiga iaitu Laksamana Madya Tan Sri Abdul Wahab bin Haji Nawi. Sepanjang perkhidmatan helikopter WASP di dalam TLDM, KD RAJAWALI telah banyak terlibat di dalam tugas operasi dan eksesais di samping memberi bantuan kemanusiaan kepada agensi luar. Ini adalah antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan keupayaan TLDM. Perkhidmatan helikopter WASP telah ditamatkan pada bulan Disember 2001 dengan perolehan pesawat baru iaitu 6 buah helikopter Super Lynx yang membentuk Skuadron 501 dan 6 buah helikopter Fennec yang membentuk Skuadron 502. Tujuan perolehan ini adalah untuk memantapkan lagi tugas pengoperasian KD RAJAWALI yang kian mencabar.

Sejak mula beroperasi, prestasi KD RAJAWALI amat membanggakan. Di samping memberi khidmat kepada kapal-kapal TLDM yang berpangkalan di Pangkalan TLDM Lumut, KD RAJAWALI juga turut memberikan bantuan kepada operasi yang dijalankan oleh Tentera Darat Malaysia di pulau-pulau yang berhampiran. KD RAJAWALI yang mengoperasikan helikopter WASP juga telah berjaya mengekalkan rekod kemalangan sifar yang membabitkan nyawa disepanjang perkhidmatanya. Tidak terhad kepada operasi yang melibatkan kapal-kapal TLDM, pesawat milik KD RAJAWALI juga telah terlibat dalam operasi-operasi besar. Antara operasi yang disertai adalah Ops Banjir di Semenanjung Malaysia, Ops Pasir di Sabah Timur, operasi di Timur Leste dan juga Ops Fajar di Teluk Aden di mana pesawat dari unit ini bersama-sama kapal TLDM telah berjaya menyelamatkan 2 buah kapal dagang milim MISC yang ditawan oleh lanun dan juga menyelamatkan kapal dagang dari China dan India daripada ancaman lanun. Pesawat Fennec dan Super Lync yang dioperasikan oleh KD RAJAWALI adalah merupakan unit tunggal di dalam negara yang berkebolehan beroperasi di darat dan laut pada waktu siang dan malam.

Penganugerahan Panji-Panji kepada KD RAJAWALI oleh DYMM Sultan Selangor pada 27 April 2009 adalah mengenang jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh KD RAJAWALI kepada negara.

Read 8172 times

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 375

Semalam 879

Bulan ini 19839

Keseluruhan 1250268

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM