Apr 24

SELEPAS PERANG DAN PERBARISAN AKHIR

PENTADBIRAN TENTERA BRITISH DI TANAH MELAYU

Pihak British berkuasa semula di Tanah Melayu dan Singapura pada bulan September 1945. Setelah Jepun menandatangani perjanjian menyerah kalah kepada tentera bersekutu, keadaan keselamatan di Tanah Melayu dan Singapura tidak tenteram kerana beberapa pertubuhan semakin aktif menunjukkan kuasa masing-masing. Dalam suasana yang masih huru-hara ada kumpulan yang telah mengambil kesempatan membalas dendam, terutama terhadap 'tali barut' Jepun. Untuk mengatasi masalah dan menyekat suasana dari menjadi semakin buruk, Kerajaan British telah menubuhkan British Military Administration (BMA). Pemulihan ekonomi telah diberi keutamaan bagi membaiki keadaan yang begitu buruk kesan dari pemerintahan tentera Jepun selama tiga tahun lapan bulan.


PERBARlSAN KEMENANGAN

Adalah menjadi tradisi tentera mengadakan Perbarisan Kemenangan (Victory Parade) setelah berjaya di dalam sesuatu peperangan. Objektif utama perbarisan ialah untuk menaikkan semangat anggota-anggota tentera yang telah terlibat di dalam perang di samping menerima penghormatan dari kerajaan dan masyarakat. Anggota-anggota yang tercedera menyertai perbarisan dengan cara berpimpin atau berusung bagi menunjukkan semangat kesetiakawanan. Biasanya pemimpin tertinggi kerajaan akan membalas tabik hormat semasa lintas-lalu Perbarisan Kemenangan.

Setelah Perang Dunia Kedua tamat, satu Perbarisan Kemenangan telah diadakan di London dan di beberapa tempat di Singapura dan Tanah Melayu pada bulan April 1946. Beberapa orang anggota tentera Tanah Melayu dan Singapura telah diberi peluang menyertai perbarisan di London bersama pasukan-pasukan tentera lain di bawah naungan British. Beberapa orang anggota Pasukan Royal Malay Navy telah terpilih. Mereka ialah Sub-Leftenan Mohd Zain bin Hussain MRNVR, Chief Petty Officer Ismail bin Hassan, Leading Seaman Sheikh Hussein bin Sheikh Ali, Leading Signal Ibahidudin bin Pandak Udin, dan Leading Seaman Yaakob bin Hj Ahmad.

Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve, pula diwakili oleh Chief Petty Officer Ismail bin Hj Yatim, Yeoman Ahmad bin Bujang, Petty Officer Mohd Nor bin Ismail, Petty Officer Sick Bay Abd Ghani bin Mohd Sharif, Leading Telegraphist Ibrahim bin Hj Ahmad, Leading Signalman Hashim bin Mohd Nor, dan Able Seaman Sulaiman bin Majid.

Selain dari anggota-anggota Pasukan Royal Malay Navy, Malayan Royal Naval Volunteer Reserve dan pasukan-pasukan tentera lain di Tanah Melayu dan Singapura, beberapa orang anggota gerila Malayan People Anti Japanese Army juga turut menyertai rombongan itu. Jumlah anggota di dalam kontinjen itu ialah 19 orang pegawai dan 118 orang anggota lain-lain pangkat. Mereka berlepas ke London pada 19hb April 1946.


MELAPOR SEMULA KE PEJABAT REKOD

Kesemua anggota Pasukan Royal Malay Navy dan pasukan-pasukan lain tentera pembebasan dari India telah tiba di Port Dickson dan Port Swettenham (sekarang Pelabuhan Kelang) pada 5hb September 1945. Anggota-anggota Pasukan Royal Malay Navy yang menyertai rombongan tersebut telah diberi cuti selama 42 hari. Walau bagaimanapun arahan itu telah dibatalkan kerana mereka dikehendaki melapor semula ke pejabat Pasukan Royal Malay Navy/Malayan Royal Naval Volunteer Reserve di Bangunan Union, Singapura. Anggota-anggota Pasukan Royal Malay Navy dan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve yang tidak berundur ke Colombo juga telah diarah melapor diri ke pejabat tersebut.

Surat pemanggilan semula itu telah dikeluarkan oleh pejabat Malaya Local Force (MLF) yang beribu pejabat di Singapura. Surat itu telah diedarkan ke pejabat-pejabat Kerajaan di seluruh Tanah Melayu dan Singapura untuk disampaikan kepada semua anggota Pasukan Royal Malay Navy. Sebahagian dari Malaya Local Force Directives January 1946 Part sebagaimana yang tersiar, di terjemahkan seperti berikut:


ARAHAN-ARAHAN MALAYA ARMED LOCAL FORCES (ROYAL MALAY NAVY) - TETAP

1. Ketika pengambilan semula Tanah Melayu pada bulan September 1945, dua kumpulan Pasukan Royal Malay Navy telah mendarat bersama Tentera Darat British; satu pasukan di Port Swettenham dan satu lagi di Port Dickson. Setelah mendarat anggota-anggota itu telah diberi cuti panjang kerana bertugas di luar negeri. Kedua-dua kumpulan itu kini berada di Singapura, dan bersama-sama 175 anggota lain yang telah dipanggil semula setelah menjadi tawanan perang dan buruh paksa dan lain-lain, mereka bertugas di Boom Defence Vessels, Bot Ronda dan menganggotai kapal-kapal dan pejabat-pejabat Royal Navy.

2. Dalam empat atau lima minggu lagi anggota-anggota Pasukan Royal Malay Navy akan menganggotai kapal-kapal milik Admiralty London dan mereka akan sibuk menjalani latihan di dalam semua cawangan tentera laut di laut dan darat.

3. Markas pasukan terletak di Tingkat 4 Bangunan Union, Singapura. Mana-mana anggota Pasukan Royal Malay Navy (bukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve) yang masih dalam perkhidmatan semasa pemerintahan Jepun tetapi tinggal di kampung masing-masing ketika itu dan selainnya mereka melapor kepada Pegawai Hal Ehwal Awam atau British Military Administration atau Pejabat-Pejabat Tentera di Tanah Melayu hendaklah diminta memberi butir-butir peribadi, iaitu nama penuh dan alamat, nombor perkhidmatan, jenis atau pangkat (AB, Stoker, Signalman dan lain-lain), tarikh masuk dan lain-lain maklumat perkhidmatannya. Semua maklumat itu hendaklah dimajukan kepada Lieutenant F.H. Biles RNVR, Setiausaha Pasukan Royal Malay Navy, Bangunan Union, Singapura, untuk pengesahan. Anggota-anggota hendaklah diberitahu supaya kembali ke rumah mereka dan menunggu keputusan dari Setiausaha Pasukan Royal Malay Navy. Wang pendahuluan tidak perlu diberikan kepada mereka oleh kerana persoalan gaji atau wang pendahuluan diuruskan di Singapura dan sehingga Setiausaha telah mengesahkan yang seseorang itu anggota Pasukan Royal Malay Navy, wang pendahuluan tidak akan diberikan kepadanya. Perkara ini penting kerana telah terjadi kes beberapa orang menerima wang pendahuluan $100 atau lebih dari Pegawai Hal Ehwal Awam dan Pegawai-Pegawai lain setelah melapor diri kepada mereka. Selepas itu diketahui orang-orang itu tidak pernah berkhidmat di dalam tentera laut.

4. Setelah pengesahan, jika seseorang itu dipanggil melapor kepada Pasukan Royal Malay Navy, beliau bolehlah melapor kepada pegawai Hal Ebwal Awam atau Pemerintah Tentera yang terdekat untuk menerima sedikit wang pendahuluan untuk membolehkannya pergi ke Singapura. Dalam hal ini beliau hendaklah menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Pasukan Royal Malay Navy yang manggilnya, bersama-sama dengan waran perjalanan yang akan dihantar bersama kepadanya. Selain dari itu 'Surat Permohonan Wang Pendahuluan yang ditandatangani oleh Setiausaha dan menentukan sejumlah tertentu wang pendahuluan diberi kepadanya. Adalah sangat-sangat dihargai sekiranya perkara di atas dilakukan dan beliau diberi bantuan kenderaan. Wang pendahuluan tersebut akan dikembalikan setelah diterima nota debit yang dihantar kepada Setiausaha Pasukan Royal Malay Navy.

5. Pasukan Royal Malay Navy ditadbir, dikawal dan dibiayai oleh Admiralty dan ia bukan komitmen kerajaan Malaya buat masa ini.


COMMANDER H.E.H. NICHOLLS RN DILANTIK SEBAGAI PEMERlNTAH

Selepas Perang Dunia Kedua, HMS PELANDOK yang sebelumnya digunakan sebagai berek dan tempat latihan anggota Pasukan Royal Malay Navy tidak boleh digunakan sama sekali, kerana musnah dibom oleh pesawat terbang Jepun. Oleh itu kesemua anggota Pasukan Royal Malay Navy dan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve ditempatkan di bekas berek sementara tentera India yang terletak di Padang Lumba Kuda, Jalan Bukit Timah, Singapura. Pasukan tersebut telah diperintah oleh Commander H.E.H. Nicholls DSC RN. Pegawai-pegawai lain di dalam pasukan itu ialah Lieutenant Commander Spilman RN, Lieutenant Commander Henton RN, dan Lieutenant F.H. Biles RNVR sebagai Pegawai Bekalan.


CAPTAIN H.E.H. NICHOLLS ODE DSC RN

Commander Nicholls ditukarkan dari India ke Singapura pada bulan September 1945, kerana tugas khusus untuk memulihkan Pasukan Royal Malay Navy. Pasukan itu ditubuhkan semula pada bulan Disernber 1945 dan Commander Nicholls telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah.

Meskipun Pasukan Royal Malay Navy dibubarkan 2 tahun kemudian, Commander Nicholls terus menetap di Singapura mengendalikan kerja-kerja di Pejabat Rekod Pasukan Royal Malay Navy di Belakang Mati. Pajabat Rekod kemudian dipindahkan ke Naval Headquarters bertempat di Bangunan Union, Jalan Clifford Pier t Singapura. Setahun kemudian pejabat itu berpindah pula ke Volunteer Records Office, di Beach Road, Singapura. Commander Nicholls kemudian menerima arahan dari pihak Admiralty London untuk membuat persiapan menubuhkan semula sebuah pasukan tentera laut di Singapura.

Pada 24hb Disember 1948 tertubuhlah Malayan Naval Force (MNF). Commander Nicholls telah dilantik sebagai Pegawai Memerintah yang pertama, Pasukan ini terus berkembang sehinggalah beliau bercuti dan terus bersara dalam pangkat Captain pada 1hb Mei 1957. Kini beliau dipercayai tinggal di Malta.


PINDAH KE HMS SULTAN

Pasukan Royal Malay Navy dan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve telah dipindahkan ke HMS SULTAN yang terletak di Pulau Belakang Mati tidak berapa lama selepas itu. Sebelum itu HMS SULTAN ialah sebuah pangkalan yang digunakan oleh Royal Navy. Pada 12hb Januari 1946 sebahagian dari anggota Pasukan Royal Malay Navy dan Malayan Royal Volunteer Reserve telah berkhidmat semula di HMS DERBY HEAVEN, sebuah frigate Royal Navy. Ini merupakan kali pertama mereka menjalankan tugas selepas Perang Dunia Kedua.

Pada awal tahun 1946 semua kegiatan pasukan termasuk latihan berjalan semula seperti sebelum tercetusnya perang. Pihak Admiralty telah melantik dua orang anak Melayu menjadi pegawai bagi pasukan tersebut. Mereka ialah Sub-Leftenan Mohd Zain bin Hussain dari Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve Cawangan Pulau Pinang, dan Sub-Leftenan Ali bin Ibrahim dari Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve Cawangan Singapura. Kedua-dua mereka telah berkhidmat dengan pasukan tersebut hinggalah ia dibubarkan.

Pada awal tahun 1946 semua kegiatan pasukan termasuk latihan berjalan semula seperti sebelum tercetusnya perang. Pihak Admiralty telah melantik dua orang anak Melayu menjadi pegawai bagi pasukan tersebut. Mereka ialah Sub-Leftenan Mohd Zain bin Hussain dari Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve Cawangan Pulau Pinang, dan Sub-Leftenan Ali bin Ibrahim dari Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve Cawangan Singapura. Kedua-dua mereka telah berkhidmat dengan pasukan tersebut hinggalah ia dibubarkan pada tahun 1947.

Sehingga awal tahun 1947 terdapat kira-kira seramai 350 orang anggota Pasukan Royal Malay Navy yang masih berkhidmat. Dalam tahun 1946 dan 1947 kegiatan pasukan ini hanya terbatas di sekitar perairan Tanah Melayu dan Singapura sabaja. Pihak Royal Navy tidak dapat membekalkan alat-alat kelengkapan seperti kapal perang, kerana kerajaan British menghadapi masalah kesempitan kewangan. Sepanjang tahun-tahun tersebut kegiatan pasukan hanya ditumpukan kepada latihan di laut, iaitu di atas kapal HMS DERBY HEAVEN dan beberapa buah Gun Boat.

Sungguhpun kegiatan operasi berkurangan tetapi kegiatan rondaan di pantai dan perbarisan mingguan masih diteruskan seperti biasa di Pulau Belakang Marl, Singapura. Pasukan ini merupakan sebuah pasukan tentera laut yang terkecil ditaja oleh Admiralty London. Kesanggupan pemuda-pemuda Melayu meneruskan khidmat mereka di dalam tentera laut walaupun mereka telah mengalami kepahitan, kesengsaraan dan derita di dalam Perang Dunia Kedua menunjukkan ketabahan, pengorbanan, keazarnan dan keinginan membuktikan keberanian bangsa Melayu di sarnping mengekalkan maruah bangsa. Kebolehan mereka sebagai sebuah pasukan tentera laut berjuang di medan perang bersama pasukan-pasukan tentera lain telah terbukti.


PERGOLAKAN EKONOMI DI BRITAIN DAN TANAH MELAYU

Selepas Perang Dunia Kedua tamat negara Britain menanggung beban yang begitu berat kerana kerugian besar dalam bidang ekonomi akibat kerosakan harta benda dibom oleh pesawat terbang Jerman. Dalam arena politik, Perdana Menteri Churchill telah dikalahkan oleh Clement Atlee pemimpin parti Buruh. Di Tanah Melayu pendapatan negara hasil dari getah dan bijih timah masih belum dapat dipulihkan.

Untuk mengatasi kekurangan kewangan beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan British. Satu langkah yang .telah memberi kesan besar kepada pertahanan Tanah Melayu ialah pembubaran kedua-dua Pasukan Royal Malay Navy dan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve. Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve dibubarkan pada 26hb Februari 1946, sementara Pasukan Royal Malay Navy pada bulan Mac 1947.

Beberapa orang anggota dari kedua-dua pasukan itu telah diberi pekerjaan dengan pasukan Tentera British tetapi yang lainnya telah kembali ke kampung masing- masing. Ada di antara mereka telah mencapai kejayaan di dalam kerjaya sebagai ahli politik, anggota polis dan ahli perniagaan.

Read 1372 times Last modified on Sunday, 24 April 2016 14:37

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 282

Semalam 475

Bulan ini 8907

Keseluruhan 338392

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM