Apr 24

MALAYAN NAVAL FORCE : MATI HIDUP SEMULA

Sungguhpun Pasukan Royal Malay Navy telah dibubarkan pada bulan Mac 1947, tetapi sebuah Pejabat Rekod untuk menyenggara semua hal ehwal bekas anggota-anggota pasukan masih dikekalkan. Pejabat kecil ini terletak di HMS SULTAN di Pulau Belakang Mati, Singapura. Ia kemudiannya dipindahkan ke Naval Headquarters di Bangunan Union, Clifford Pier. Tidak berapa lama kemudian ia dipindahkan sekali Iagi ke Volunteer Records Office di Beach Road.


PEJABAT REKOD SUKARELA

Tujuan pejabat ini dipindahkan ke Volunteer Records Office ialah untuk mengkaji semula semua data keanggotaan dan juga untuk mencatatkan segala yang bersangkutan dengan hal-hal kebajikan anggota-anggota sukarela yang telah diberhentikan pada rabun 1947. Hanya sebuah sahaja pejabat seumpama itu yang terdapat di Singapura, sementara 10 buah lagi ada di Tanah Melayu. Selain dari kerja-kerja perkeranian, petugas di pejabat itu juga menerima dan merekod setiap aduan yang diterima dari bekas anggota-anggota pasukan yang diberhentikan pada tahun 1947.

Commander H.E.H. Nicholls RN, bekas Pegawai Memerintah Pasukan Royal Malay Navy telah mengetuai sendiri kerja-kerja dipejabat tersebut dengan dibantu oleh Lieutenant Commander A.J.P. Henton RN. Di samping itu terdapat dua orang bekas anggota Pasukan Royal Malay Navy yang turut bertugas sebagai kerani. Mereka ialah Sarkawi bin Bujang dan Abdul Majid bin Abdul Rahman.


URA-URA PENUBUHAN SEMULA TENTERA LAUT

Seperti yang tersiar di akhbar Times of Malaya keluaran 20hb Jan 1949, Lord Listowel, Setiausaha Tanah Jajahan menyatakan bahawa peraturan bagi menubuhkan semula sebuah pasukan tentera laut adalah mengikut kuasa-kuasa dan tatacara dibawah peraturan Colonial Naval Defence Act 1931. Di bawah kuasa tersebut pibak Royal Navy dibolehkan menubuh mana-mana cawangan tentera lautnya di negeri-negeri tanah jajahan takluk British, sama ada dalam bentuk Royal Naval Reserve atau Royal Naval Volunteer Reserve. Penubuhan cawangan tentera laut ini boleh dilaksanakan tanpa mandat dari pemerintah tempatan.

Satu perjanjian di antara kerajaan Tanah Melayu dengan Kerajaan Singapura telah dimeterai pada 21hb Januari 1948 untuk menubuhkan sebuah pasukan tentera laut. Penubuhannya merupakan satu usaha ke atas pertahanan Semenanjung Tanah Melayu dan juga Singapura, dan berkuatkuasa mulai l hb Februari 1948. Perjanjian dan kerjasama di antara Kerajaan Tanah Melayu dengan Singapura itu adalah atas dorongan pihak British. Kesediaan kedua belah pihak menerima cadangan British itu menunjukkan persefahaman kedua Kerajaan dalam usaha untuk mempertahankan negara sendiri. Selain itu, persetujuan tercapai sebagai usaha untuk membendung kegiatan komunis bersikap anti-Melayu yang mula merebak ke seluruh Tanah Melayu kerana mereka gagal menubuhkan Republik Demokratik Malaya.

Parti Komunis Malaya (PKM) bergiat di beberapa buah negeri di Semenanjung Kegiatan bersenjata pengganas komunis itu menyebabkan perisytiharan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 12hb Julai 1948. Bilangan anggota-anggota tentera terpaksa ditambah untuk memerangi kegiatan pengganas itu.


SUMBANGAN KERAJAAN SINGAPURA

Penubuhan sebuah pasukan tentera Iaut tidak mungkin tercapai tanpa sumbangan dan kerjasama dari pihak British dan juga Singapura, kerana keadaan ekonomi Tanah Melayu pada masa itu masih belum kukuh. Pembangunan semula selepas tamat perang adalah satu hakikat yang terpaksa diterima oleh Tanah Melayu. Di samping itu kegiatan pengganas komunis telah menghalang kepesatan pembangunan terutama di kawasan luar bandar.

Berdasarkan kepada kelemahan ekonomi Tanah Melayu, Majlis Perundangan Singapura telah bersetuju untuk menubuh dan menyenggara sebuah pasukan tentera laut tempatan sebagai satu surnbangan untuk mempertahankan Semenanjung Tanah Melayu. Keputusan itu telah mendapat persetujuan Gabenor Singapura Sir Franklin Gimson KCMG. Sesungguhnya sumbangan Kerajaan Singapura itu amat tidak ternilai demi menegakkan kedaulatan Tanah Melayu, terutama semasa negara benar-benar memerlukan satu pasukan tentera laut untuk mencegah kegiatan komunis. Pada 22hb Disember 1948 Majlis Mesyuarat Undangan Singapura telah mengesahkan penubuhan pasukan tentera laut seperti yang dirancangkan dan satu kenyataan akhbar Telah dibuat oleh Setiausaha Tanah Jajahan, P.A.B. McKerron. Dalam kenyataannya beliau telah menegaskan bahawa kerajaan Singapura akan membiayai penyenggaraan pasukan tentera Iaut itu. Di antara ucapan beliau ialah seperti berikut:

I am happy to be able 10 announce that the Admiralty has offered all possible assistance in the provision of Officers, Instructors, Vesselsand training equipment. The Royal Navy will, in jact be the foster mother oj its young child.

Sungguhpun begitu, dalam perundingan awal timbul perselisihan faham untuk menamakan pasukan tersebut. Wakil Singapura mencadangkan supaya pasukan itu diberi nama Singapore Naval Force alas alasan bahawa ia ditubuhkan dan disenggara sepenuhnya oleh Kerajaan Singapura. Tetapi setelah diteliti babawa di waktu itu Singapura adalah sebahagian dari Tanah Melayu, serta memandangkan kepentingan dan keperluan penubuhannya adalah lebih banyak ditumpukan kepada Tanah Melayu, maka nama Malayan Naval Force (MNF) telah dipersetujui.

Dalam pertemuan itu McKerron juga menyatakan: "Pasukan Askar Melayu dan Royal Malay Navy, kedua-duanya telah dicipta untuk tujuan pertahanan Tanah Melayu. Maka sudah sepatutnya kita semua sama-sama berkongsi perbelanjaan dalam mengendalikan pasukan tentera kita".

Kedudukan ekonomi Singapura yang kukuh dan meningkat membolehkannya mengurus Malayan Naval Force. Kewujudan pangkalan Royal Navy di Singapura dapat memudahkan lagi penyenggaraan kapal-kapal pasukan itu.

Pada 24hb Disember 1948 Malayan Naval Force Ordinance 1948 telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Undangan Singapura. Ordinan ini telah disiarkan di dalam Singapore Government Gazette pada 31hb Disember 1948. Satu lagi ordinan, The Malayan Naval Force Regulation 1949 telah diwartakan pada 4hb Mac 1949.

Dengan tertubuhnya Malayan Naval Force maka kerja-kerja pengambilan anggota baru menerusi Volunteer Record Office di Beach Road telah dimulakan. Penawaran secara bersurat telah dibuat kepada bekas anggota Pasukan Royal Malay Navy. Ketika itu terdapat juga beberapa orang bekas anggota Pasukan Royal Malay Navy yang datang sendiri ke pejabat tersebut untuk memohon masuk semula berkhidmat. Mengikut syarat-syarat pengambilan anggota, semua kaum yang telah menjadi warganegara British, atau rakyat DYMM Sultan-Sultan Melayu, atau warganegara Persekutuan, Brunei, Borneo Utara, dan Sarawak layak memohon. Peraturan itu dibuat berdasarkan kepada penubuhan Malayan Naval Force yang bermaksud untuk tanah jajahan Kerajaan British dan Kerajaan DYMM Sultan-Sultan Negeri-Negeri Melayu. Penubuhan Malayan Naval Force telah memberi peluang kepada rakyat Tanah Melayu dari semua bangsa untuk menganggotai pasukan tersebut.

Rancangan awal Pasukan Malayan Naval Force bercadang mengambil seramai 750 anggota menjelang akhir tahun 1951. Pada peringkat awal pasukan itu banya menerima bekas anggota Pasukan Royal Malay Navy sahaja. Sehingga bulan Februari 1949 hanya 35 orang bekas anggota Pasukan Royal Malay Navy yang telah melaporkan diri untuk berkhidmat dengan Malayan Naval Force. Anggota yang pertama sekali melapor ialah Sarkawi bin Bujang, yang diberi nombor 80000.

Sungguhpun Volunteer Records Office mengendalikan kerja-kerja pendaftaran semula bekas anggota Pasukan Royal Malay Navy, tetapi tidak ramai yang melaporkan diri untuk berkhidmat dengan Malayan Naval Force. Kebanyakan mereka telahpun mempunyai pekerjaan tetap seperti di pejabat kerajaan, menjadi petani dan juga nelayan. Ada juga di antara mereka yang tidak berpuas hati dengan jumlah wang saguhati yang diberi, setelah mereka berhenti berkhidmat dari Pasukan Royal Malay Navy.

Pada 18hb Februari 1949, Captain H.E.H. Nicholls RN, telah dilantik sebagai Senior Officer Malayan Naval Force oleh Setiausaha Tanah Jajahan. Lieutenant Commander Henton RN, telah dilantik sebagai Setiausaha kepada beliau. Sungguhpun Malayan Naval Force telah mempunyai jurulatih dan anggota-anggota, namun ia belum mempunyai pangkalannya sendiri, kerana kerajaan Singapura belum dapat memperuntukkan wang bagi pembinaannya. Oleh kerana kerumitan ini pihak Royal Navy di Singapura telah menyerahkan HMS TEST, sebuah kapal frigate yang kemudiannya dijadikan sebagai pangkalan sementara bagi pasukan tersebut, Kapal yang dibina pada tahun 1941, seberat 1,460 ton dan panjangnya 283 kaki itu seterusnya dijadikan sebagai 'accomodation ' ship. Kapal itu juga digunakan untuk melatih anggota-anggota Malayan Naval Force, kerana kegiatan pasukan pada masa itu hanya terhad kepada latihan sahaja. Latihan kawad telah dijalankan di sekitar kawasan pelabuhan berhampiran dengan Naval Base. Sementara latihan bagi anggota-anggota kelasi dan juga cawangan radio terus dijalankan di HMS TEST.

Tarikh 8hb April 1949 merupakan satu sejarah baru bagi Malayan Naval Force. Kebanyakan akhbar-akhbar terbitan hari itu melaporkan tarikh tersebut sebagai hari tertubuhnya pasukan Malayan Naval Force. Ianya berikutan dengan penyerahan sebuah kapal yang pertama kepada Malayan Naval Force yang diadakan di Red House Jetty di Naval Base Sembawang, Singapura. Kapal itu ialah jenis Landing Craft Tank No 341 yang telah diperbaiki semula. Kapal yang seberat 300 ton dan panjangnya 200 kaki itu telah dibawa ke Singapura apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Dilengkapi dengan dua buah senjata jenis Oerlinkon.

Kapal tersebut diserahkan oleh Rear Admiral C.B. Carlson CBE. RN, (Flag Officer Malayan Area) kepada Tuan Yang Terutama Gabenor Singapura, dan ia dinamakan Malayan Ship PELANDOK (MS PELANDOK). Pada bulan Jun 1949 Adm iralty London telah bersetuju menyerahkan Landing Craft Gunnery No 450 (LCG 450) kepada Malayan Naval Force dan Kerajaan Singapura telah memperuntukan $180,000 untuk memperbaikinya. Kapal itu dirancang untuk menjalankan tugas latihan di laut. Kapal tersebut dilengkapi dengan sebuah Meriam 4.7 inci laras kembar. Meriam-meriam itu telah digunakan kemudiannya dalam operasi darurat. LeG 450 kemudian ditukar narnanya kepada MS PELANDOK, sementara MS PELANDOK yang lama dinarnakan MS MALAYA. Tujuannya ialah untuk mengekalkan nama PELANDOK sebagai pangkalan Pasukan Royal Malay Navy dan kini diabadikan kepada pelapor Malayan Naval Force.

Pada 30hb Jun 1949, selepas memeriksa HMS TEST Setiausaha Tanah Jajahan British telah membuat kunjungan ke bekas stesen wireless milik Royal Air Force di Woodlands, yang telah diambilalih oleh tentera laut untuk pembinaan berek berharga $164,000. Berek itu telah dirasmikan sebagai Berek Malayan Naval Force pada 19hb November 1949.

Dalam tahun 1949, Flag Officer Malayan Area ada sebanyak 7 buah Seaward Defence Motor Launch (SDML) di bawah pemerintahannya. Pada bulan September 1949, Admiralty London telah meluluskan pemindahan milik SDML No 3509 dan ia merupakan bot yang pertama diserahkan dan dianggotai oleh anggota Malayan Naval Force. Selepas selesai pembaikan yang dibiayai oleh Admiralty London, ia diserahkan kepada Pasukan Malayan Naval Force pada 10hb September 1949.

Pada awal tahun 1950 anggota-anggota Malayan Naval Force telah berpindah dari HMS TEST ke Berek di Woodlands, dan HMS TEST yang telah dipinjam selama 6 bulan dikembalikan kepada Royal Malay Navy.Pada 31hb Disember 1949 kekuatan Pasukan Malayan Naval Force ialah:

Pegawai yang dipinjamkan dari Royal Navy  10
Jurulatih yang dipinjamkan dari Royal Navy 15
Chief dan Petty Officer 17
Leading Rate 21
Able Rate dan ke bawah 81
JUMLAH KEKUATAN 144


Pegawai-pegawai yang dipinjamkan dari Royal Navy ialah Commander H.E. H.Nicholls, Lieutenant Commander F. Hodgson, Lieutenant W.A. Wilcocks, Lieutenant W.A. Wooley, Lieutenant (S) K.H. Marshall, Lieutenant (S) L.H. Morrison, Lieutenant P. Wilson, Senior Commissioned Shipwright F.G. Pope, Commissioned Mechanician R.H. Allen, dan Temporary Commissioned Gunner A.R. Keywood.


PASUKAN MALAYAN ROYAL NAVAL VOLUNTEER RESERVE CAWANGAN SINGAPURA

Sebelum Pasukan Malayan Naval Force ditubuhkan, Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve Cawangan Singapura telah ditubuhkan semula pada tahun 1948. Ramai anggota Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve yang ditamatkan perkhidmatan mereka telah menyambung semula perkhidmatan dalam pasukan tersebut. Di antara mereka ialah Mohd Yassin bin Endot, Kadir bin Yassin, Anuar bin Mohd Ishak, Osman bin Jaffar, Haron bin Salleh dan Ahmad bin Kassim. Pasukan Cawangan Singapura itu telah diletakkan di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia sehingga tamat konfrontasi. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pasukan itu kekal sebagai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Singapura.

Read 3433 times Last modified on Ahad, 24 April 2016 14:47

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 510

Semalam 497

Bulan ini 9001

Keseluruhan 629000

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM