Apr 24

TUGAS PESISIRAN DAN MENJELANG KEMERDEKAAN

Di awal tahun 1955 semua bangunan baharu di HMMS MALAYA telah digunakan sepenuhnya. Ia termasuk Bahagian Pentadbiran, Bahagian Bekalan, Bahagian Latihan, dua buah asrama, Mes Pegawai, Padang Kawad, Wisma Bintara dan rumah-rumah kelamin. Untuk menampung kekurangan, beberapa bangunan lain seperti bangunan Pejabat Kenderaan, lima buah banglo, bangungan flet pegawai, dua buah bangunan flet jurulatih, rumah sakit, rumah masak dan dewan makan telah dibina.

Pada 5hb Ogos 1955 Ketua Menteri Singapura, David Marshall telah melawat Pangkalan Woodlands. Beliau merasa kagum dengan perkembangan pesat di pangkalan itu. Dalam tahun itu juga beberapa buah kapal Royal Malayan Navy telah menyertai beberapa siri Iatihan dengan Royal Navy dan Tentera Laut negara Komanwel yang lain.

Tugas-tugas yang dilakukan oIeh Royal Malayan Navy di tahun lima puluhan tertumpu kepada mengawal keselamatan perairan Tanah Melayu dan juga Singapura. Dalam masa darurat tumpuan rondaan ialah di perairan Pengerang Batu Pahat, di mana kegiatan pengganas komunis dipercayai berleluasa. Sementara itu HMMS PELANDOK banyak membantu dalam rondaan di sekitar kawasan pantai Semenanjung Tanah Melayu dan juga memberi bantuan kepada anggota-anggota polis dengan membuat tembakan dari laut.

Menjelang tahun 1956 semua kapal yang berkhidmat dengan Royal Malayan Navy sudahpun mencapai usia hampir 15 tahun. Biasanya kapal-kapal itu sudah layak dilupuskan. Tetapi oleh kerana keadaan politik semasa, Kerajaan Singapura tidak dapat membuat pembelian baharu walaupun pada dasarnya Kerajaan telah bersetuju membeli beberapa buah kapal baru sejak tahun 1953. Sungguhpun usia kapal-kapal itu sudah meningkat tetapi ia masih dalam keadaan baik kerana senggaraan berjadual dilaksanakan dengan rapi. Sehingga akhir tahun 1957 rancangan pembelian kapal-kapal baru masih belum terlaksana.

Pada 31 hb Disember 1956 jumlah anggota-anggota Royal Malayan Navy ialah seramai 663 orang. Pecahannya ialah seperti berikut:

PEGAWAI
1 Pinjarnan dari Royal Navy 15
2 Bekas pegawai Royal Navy yang berkhidmat secara 10
3 Boatswain 2
4 Kerani 1
5 Guru 1
6 Doktor Gigi (anggota awam) 1
7 Dalam Latihan 20
JUMLAH 50
LAIN-LAIN PANGKAT
1 Jurulatih Royal Navy 30
2 Chief Petty Officer 29
3 Petty Officer 35
4 Leading Rate 58
5 Able Rate dan Ordinary Rate 461
JUMLAH 613


Sejak penubuhannya Royal Malayan Navy telah ditadbirkan oleh Kerajaan Singapura. Dalam buku Annual Report on Local Forces of Singapore keluaran tahun1957, ada disenaraikan beberapa buah pasukan tentera wujud di Singapura. Di antaranya ialah Royal Malayan Navy, Malayan Royal Naval Volunteer Reserve, The Singapore Military Forces, The Singapore Section of the Malayan Auxiliary Air Force, dan The Civil Defence Corps. Buku itu juga menyatakan tentang wujudnya pasukan-pasukan lain seperti Singapore Hospital Reserve dan Singapore Harbour Board Reserve.

Kesemua pasukan itu ditadbirkan oleh Ketua Setiausaha di Bahagian Pertahanan. Semua rekod berhubung dengan pasukan tentera tempatan disimpan oleh Pegawai Rekod Pertahanan, yang bertanggungjawab membayar pemberian pencen dan wang sagu hati di bawah Akta Personal Injuries Scheme 1941. Pasukan Royal Malayan Navy dan Singapore Infantry Regiment diletakkan di bawah tanggungjawab Kerajaan Singapura sepenuhnya, sementara pasukan-pasukan lain berkhidmat secara sukarela. Saraan ke atas Royal Malayan Navy bermula dari tahun 1948 hingga 1956 amatlah banyak. Jumlah keseluruhan yang dibelanjakan oleh pasukan ini sebagaimana yang dikeluarkan dalam satu kenyataan adalah seperti berikut:

JUMLAH PERBELANJAAN
1 Kos Tanah $100,000
2 Bangunan $7,017,000
3 Pembelian Kapal $52,000
4 Pembaikan Kapal $3,712,000
5 Kelengkapan $25,248,000
6 Gaji dan Elaun $9,956,000
7 Perbelanjaan Pencen $280,000
8 Pergerakan $496,000
9 Perbelanjaan lain-lain $1,600,000
JUMLAH $25,248,000

 


KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957, perkara utama yang difikirkan oleh pemimpin-pemimpinnya ialah mengenai keselamatan negara. Peristiwa Tanah Melayu dijajah Jepun pada tahun 1941 telah menjadi pengajaran supaya ia tidak berulang setelah negara mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan Tanah Melayu menamatkan penjajahan British dan sekaligus kuasa mutlak berpindah sepenuhnya kepada pernimpin negara. Lni termasuklah juga dalam hal ehwal keselamatan yang masih lagi dirunding bagi menentukan.penempatan pasukan tentera di Tanah Melayu.

Dalam Perjanjian Persekutuan 1948 (yang menggantikan Malayan Union) Singapura terus dikekalkan sebagai tanah jajahan. Sungguhpun begitu kerjasama dalam semua bidang di antara Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura masih terus kerjasama menghantar pasukan tentera darat sekiranya Singapura diserang atau diancam dari luar. Kerajaan Singapura pula bersetuju memberi sumbangan dan kerjasama dengan menghantar pasukan tentera laut (Malayan Naval Force) untuk meronda di sekitar perairan Tanah Melayu.

Penubuhan Malayan Naval Force pada tahun 1948 adalah hasil dari persetujuan di antara Kerajaan Singapura dan Tanah Melayu atas dasar untuk perlindungan bersama. Tetapi apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, soal untuk mengambil semula Royal Malayan Navy dari Kerajaan Singapura telah berbangkit. Beberapa perundingan telah diadakan di antara pemimpin-pernimpin kedua buah negara. Sungguhpun keanggotaan Royal Malayan Navy amat kecil (kira-kira 650 orang), tetapi dalam bentuk sumbangan untuk keselamatan ianya amat diperlukan oleh Tanah Melayu.

Pada tahun itu juga banyak perubahan telah berlaku dalam sistem pentadbiran Royal Malayan Navy. Skim gaji baru bagi anggota-anggotanya telah diperkenal dan dikuatkuasakan bermula pada 1hb Januari 1957. Skim tersebut telah memperkenalkan factor Cost oj Living Allowance (COLA) dan juga elaun Singapura yang dikira sebagai sebahagian dari gaji pokok. Elaun-elaun yang lain termasuklah elaun peruntukan perkahwinan. Elaun yang dimansuhkan ialah elaun Bahasa Inggeris dan juga elaun Lencana Kelakuan Baik (Good Conduct Badge). Walau bagaimanapun elaun tugas khas bagi mereka yang menjalankan tugas di luar kawasan pangkalan masih dikekalkan.

Pada 15hb Mei 1957 jawatan Senior Officer Royal Malayan Navy telah diambilalih oleh Captain E.D. Norman 080. DSC. RN. Beliau mengambilalih jawatan tersebut dari Captain H.E.H. Nicholls CBE. DSC. RN, yang telah berkhidmat dengan pasukan ini sejak tahun 1946.


COMMODORE EDWARD DUDLEY NORMAN DSO, DSC, RN

Commodore E.D. Norman dilahirkan pada 2bb Ogos 1910, di Burton Bradstock, Dorset, England. Beliau masuk berkhidmat dalam Royal Navy sebagai kadet. Dalam Perang Dunia Kedua beliau terlibat di dalam peperangan di Eropah. Oleh kerana tugas yang cemerlang, beliau telah dianugerahi pingat Distinguished Service Cross-DSC dan Distinguished Service Order-DSO.

Pada tahun 1948 beliau ditukarkan ke Admiralty di London setelah mendapat pengalaman yang banyak dikapal. Dua tahun kemudian beliau ditugaskan semula di kapal sebagai Pegawai Memerintah HMS NEREIDE yang beroperasi di Selatan Atlantik. Beliau pernah berkursus di Armed Forces Staff College, di Amerika Syarikat.

Pada tahun 1957 apabila dinaikkan ke pangkat Captain, beliau telah ditugaskan menjadi Pegawai Pemerintah Royal Malayan Navy. Bila Royal Malayan Navy diambilalih oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1hb Julai 1958, beliau dinaikkan ke pangkat Commodore dan menjadi Ketua Turus Tentera Laut yang pertama.

Perkembangan yang dicapai oleh Royal Malayan Navy pada tahun tersebut begitu menggalakan sekali. Pada masa itu pengambilan anak-anak tempatan untuk jawatan pegawai telah banyak dilakukan. Begitu juga dengan rancangan pengambilan rekrut-rekrut baru yang mencerminkan matlamat pasukan tersebut untuk persediaan di tahun-tahun seterusnya. Walau bagaimanapun oleh sebab-sebab tertentu, pembatasan pengambilan rekrut pada tahun 1957 terpaksa dilakukan. Di antara sebabnya ialah:

1. Hasil negara Singapura terpaksa dibahagikan di antara Singapura dan Britain. Kedua-dua negara memerlukan wang untuk pernbangunan negara masing-masing.

2. Keselamatan perairan tidak begitu terancam. Walaupun kegiatan komunis masih lagi berterusan, tetapi ianya tidak banyak melibatkan kapal-kapal Royal Malayan Navy.

3. Perkembangan politik di Singapura dan Tanah Melayu turut menjadi factor utama. Beberapa cadangan juga telah disuarakan berkenaan kedudukan Royal Malayan Navy dengan Singapura. Walaupun pada masa itu Kerajaan Singapura telah menanggung perbelanjaan Royal Malayan Navy sepenuhnya, tetapi dari segi kelengkapan dan kapal- kapal, ianya diberi percuma oleh pihak Royal Navy. Sementara itu Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu juga turut memberikan kerjasama dan minat yang lebih terhadap pasukan ini yang dianggap sebagai sebahagian dan pasukan tentera Persekutuan.


PERBARISAN KEMERDEKAAN

Di dalam perbarisan kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957 di Kuala Lumpur, pasukan tentera telah mempamerkan kewujudannya kepada wakil negara-negara lain yang hadir, sebagai menunjukkan kemampuan menjadi benteng mempertahankan kedaulatan Persekutuan Tanah Melayu yang baru mencapai kemerdekaan. Pasukan Royal Malayan Navy telah juga menyertai kontinjen itu dengan memperagakan kesegakan pakaian seragam putihnya.

Read 3237 times Last modified on Ahad, 24 April 2016 16:25

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 514

Semalam 497

Bulan ini 9005

Keseluruhan 629004

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM