Apr 24

KEMERDEKAAN DAN PEMILIKAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYA

KEMERDEKAAN TANPA PERTAHANAN YANG LENGKAP

Semasa kemerdekaan diisytiharkan, Persekutuan Tanah Melayu hanya mempunyai beberapa buah battalion Pasukan Askar Melayu yang dianggap masih belum cukup untuk tujuan pertahanan. Walaupun pada masa itu kerjasama British dalam bidang pertahanan masih diteruskan, tetapi pemimpin-pemimpin Persekutuan berusaha untuk melengkapkan pasukan tentera yang dianggotai oleh anak-anak tempatan, Kerajaan Persekutuan juga telah lama bercadang untuk mengambilalih Pasukan Royal Malayan Navy dari Singapura untuk tujuan pertahanan perairannya. Pendirian tersebut mendapat sokongan dari semua golongan rakyat di Tanah Melayu, terutama di kalangan orang-orang Melayu sendiri. Dalam hal ini kerjasama dari para pemimpin Singapura juga telah diminta untuk sama-sama menyedari hakikat bahawa Tanah Melayu tidak kesanggupan menubuhkan satu pasukan tentera laut yang baru. Malah sekiranya Tanah Melayu diserang dari luar, ia terpaksa meminta bantuan dari negara sahabat yang mempunyai tentera laut yang kuat seperti Britain.

Apa yang pernah dibayangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar di Tanah Melayu dan Singapura pada masa itu,bahawa kerajaan Persekutuan ingin membentuk sebuah pasukan tentera laut yang sederhana tetapi cukup lengkap dan dapat mengawal kawasan pantai negara. Perbincangan seterusnya mengenai penyerahan Royal Malayan Navy telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin Tanah Melayu dan Singapura. Beberapa perkara telah dipersetujui pada dasarnya dan segala butir-butir persetujuan telah disusun semula untuk melaksanakan satu perjanjian sebagaimana yang dikehendaki oleh kedua-dua pihak. Pada 17hb April 1958, Ketua Menteri Singapura Encik Lim Yew Hock sewaktu pulang ke Singapura setelab membincangkan perkara tersebut di Kuala Lumpur, telah membayangkan bahawa rundingan lanjut patut dilakukan oleh Menteri Pertahanan Persekutuan Date' Abdul Razak dengan Ketua Setiausaha Singapura E.B. David.

Pada 8hb Jun 1958, Menteri Pertahanan Persekutuan telah mengumumkan bahawa Ketua Menteri Singapura bersetuju menyerahkan Royal Malayan Navy kepada Persekutuan Tanah Melayu. Dato' Abdul Razak menyanjung tinggi jasa baik Ketua Menteri Singapura itu dan ia tetap akan dikenang selama-lamanya disamping mengekalkan persababatan baik diantara kedua buah negara. Dato' Abdul Razak juga mengalu-alukan pegawai-pegawai dan anggota-anggota Royal Malayan Navy yang akan ditukarkan itu. Di antara lain beliau berkata:

"Saya boleh memberikan jaminan kepada setiap orang di antara mereka bahawa kepentingan mereka akan tetap dikawal. Kita menunggu mereka memasuki pelabuhan-pelabuhan IOta di masa hadapan dengan mengibarkan bendera lambang Persekutuan dengan bangganya."Dewan Undangan Persekutuan telah  meluluskan undang-undang Tentera Laut Diraja Malaya, untuk membolehkan Persekutuan menubuhkan tentera lautnya sendiri. Dalam majlis itu juga diumumkan bahawa penyerahan akan dilakukan pada lhb Julai 1958. Menteri Pertahanan  seterusnya menyatakan bahawa perbelanjaan untuk pentadbiran bagi tahun 1958 akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Singapura. Persetujuan-persetujuan lain adalah seperti berikut:

1. Tarikh kuatkuasa penyeraban Tentera Laut Diraja Malaya kepada Persekutuan ialah pada 1hb Julai 1958.

2. Kos perbelanjaan pentadbiran dan lain-lain perbelanjaan selepas tarikh tersebutkan dibiayai oleh Kerajaan Singapura sepenuhnya hingga ke akhir tahun1958.

3. Kerajaan Persekutuan akan mengambil kuasa pentadbiran Tentera Laut Diraja Malaya mulai pada 1hb Januari 1959.

4. Persekutuan Tanah Melayu dibenar terus menempatkan pasukan tentera lautnya di Singapura untuk tempoh selama empat tahun , berkuatkuasa mulai 1hb Januari 1959. Jika ada keperluan untuk meLanjutkan penempatan itu, ia boleh diperbaharui melalui perjanjian yang akan dibuat di masa-masa akan datang.

5. Sebelum pertukaran kuasa, anggota-anggota tentera laut yang sedang berkhidmat hendaklah diberi opsyen sama ada maju terus berkhidmat. Sekiranya mereka enggan, ganjaran sewajarnya hendaklah dibayar.

6. Semua kapal-kapal akan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan dengan percuma atau akan terus dipinjamkan oleh British mcngikut peraturan perjanjian yang akan dilakukan dari masa ke semasa.


SUMBANGAN TANAH MELAYU

Selain dari itu persetujuan juga telah dicapai di mana mulai 1hb Januari 1959 Kerajaan Persekutuan dikehendaki membayar sewa tahunan ke atas pangkalan tentera laut di Woodlands, Singapura sebanyak $200,000. Sementara sebanyak $200,000 lagi dibayar untuk tujuan perbelanjaan pentadbiran ke atas pangkalan tersebut. Menteri Pertahanan Persekutuan juga menyatakan bahawa layanan masa depan bagi mereka yang berkhidmat dengan Tentera Laut Persekutuan tidak akan berubah. Peraturan-peraturan  yang sedia ada akan terus dikekalkan sehingga peraturan baru dapat disusun dan diperkenalkan kemudian. Sungguhpun di masa hadapan hanya rakyat Persekutuan sahaja yang akan diterima berkhidmat, tetapi buat sementara waktu anggota-anggota bukan rakyat Persekutuan dibenarkan berkhidmat tanpa sebarang perubahan. Seterusnya ketika berucap di Dewan Undangan Persekutuan, Dato' Abdul Razak telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Singapura, kerana sumbangan yang sangat besar dalam menubuhkan pasukan-pasukan bersenjata Persekutuan.


PENGURNIAAN BENDERA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

Pada bulan Jun 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah merestui penggunaan bendera Tentera Laut Diraja Malaya yang baru bagi mengantikan bendera Royal Navy. Bentuk bendera tersebut hampir serupa dengan bendera Royal Navy, kecuali di sudut suku atasnya menggambarkan bendera kecil Persekutuan. Pengesahan penggunaan bendera itu telah dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur.

Pada 1hb Julai 1958 Tentera Laut Diraja Malaya secara mutlak menjadi hak milik Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya penyerahan secara rasmi berlangsung pada tarikh tersebut, tetapi oleh kerana sebab-sebab tertentu ia ditangguhkan ke hari lain. Sungguhpun begitu upacara menaikkan bendera baru Tentera Laut Diraja Malaya telah dilangsungkan di ibu pejabat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya (PSSTLDM) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Upacara ltu dilakukan tepat jam 6.00 petang pada 1hb Julai 1958 dengan disaksikan oleh kira-kira seramai 56 orang pegawai dan anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya yang diketuai  sendiri oleh Pegawai Memerintah, Lieutenant Commander R.A Lee MRNVR.
Upacara yang sama juga telah berlangsung di Cawangan Pulau Pinang diketuai oleh Pegawai Memerintah, Lieutenant Commander J.W. Hoskins MRNVR. Mulai dari tarikh tersebut kedua-dua cawangan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya itu telah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan sepenuhnya. Manakala Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya Cawangan Singapura masih kekal di bawah kuasa Singapore Local Defence Forces di bawah pentadbiran Kerajaan Singapura.


PEMERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA MALAYA YANG PERTAMA

Pada hari yang sama Captain A.D. Norman RN, telah dilantik menjadi Ketua Pemerintah Tentera Laut Diraja Malaya yang pertama dan juga memegang jawatan pebagai Deputy Chief of Staff (Navy) yang berpejabat di Kuala Lumpur. Oleh kerana memegang dua jawatan, Captain Norman terpaksa menetapkan hari-hari tertentu dalam seminggu bagi memenuhi tugasnya sebagai Pemerintah Tentera Laut Diraja Malaya di Woodlands, dan juga selaku Timbalan Pertama Ketua Staf di Kuala Lumpur.

Dalam ucapan ulungnya pada hari itu Captain Norman telah menegaskan bahawa kedudukan Tentera Laut Diraja Malaya di masa hadapan adalah amat cerah dan baik. Menurutnya Kerajaan Persekutuan sendiri telah menyusun rancangan-rancangan bagi membesarkan lagi pasukan tersebut. Tentera Laut Diraja Malaya juga diramalkan akan menerima banyak lagi bantuan dari pihak Royal Navy di masa hadapan. Dalam rangka pembesaran Tentera Laut Diraja Malaya, Kerajaan British akan memberi bantuan sebanyak $7.9 juta. Ia melibatkan pemberian percuma dan pemberian secara pinjaman kapal-kapal oleh Royal Navy.


TENTERA LAUT DIRAJA MALAYA BERPINDAH MILIK

Pemindahan kuasa pentadbiran Tentera Laut Diraja Malaya dari Singapura ke Persekutuan memanglah merupakan suatu detik sejarah yang dinanti-nantikan oleh setiap rakyat. Langkah bijak itu dianggap dapat memperkuat lagi usaha untuk mempertahankan negara sendiri oleh anak watan. Pergantungan pertahanan kepada negara lain bukanlah suatu perkara yang wajar dikekalkan. Upacara penyerahan dilaksana di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaya, Woodlands Singapura, pada hari Selasa 12hb Julai 1958, dan di hari yang sama Captain Norman telah dinaikkan ke pangkat Commodore. Penyerahan aset dalam bentuk kapal-kapal dan pangkalan yang  bernilai sejumlah $20 juta itu, telah ditandatangani oleh Perdana Menteri Tunku  Abdul Rahman Putra Alhaj bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan Ketua Menteri Encik Lim Yew Hock bagi pihak Kerajaan Singapura. Upacara bersejarah itu dihadiri oleh menteri-menteri dan pegawai-pegawai tinggi Angkatan Bersenjata kedua-dua buah negara. Di antara mereka yang hadir ialah Menteri Pertahanan Persekutuan Dato' Abdul Razak bin Husin, Gabenor Singapura Sir William Goode, dan Commander-in-Chief Far East Station Vice Admiral Sir Gerald Fladstone RN.

Akhbar-akhbar di Tanah Melayu dan Singapura telah memberikan liputan yang meluas mengenai sejarah Tentera Laut Diraja Malaya dan perkembangannya. Akhbar Berita Harlan dalam terbitannya pada 6hb Julai 1958 telah membuat rencana awal seperti berikut:


SUMBANGAN SINGAPURA

"Pada hari Selasa minggu hadapan Persekutuan Tanah Melayu akan memperolehi Angkatan Laut, kapal dan orang-orangnya sekali di samping pangkalan-pangkalan. Angkatan Laut tersebut tidak begitu besar tetapi akan menjadi dasar bagi menubuhkan pasukan yang lebih besar lagi. Singapura akan berasa kecewa kerana kehilangan kapal-kapal kecilnya, tetapi pemberian ini besar ertinya untuk menghubungkan tali muhibbah di antara dua buah negeri itu",

Mulai dari tarikh tersebut semua .kapal dan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaya mula menggunakan bendera baru. Pada tarikh itu juga semua kapal-kapal dan pangkalan tidak lagi menggunakan awalan HMMS. Awalan yang baharu ialah KD yang membawa makna 'Kapal Diraja'.


UPACARA PENYERAHAN

Di dalam ucapan bersempena Upacara Penyerahan Tentera Laut Diraja Malaya kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj telah menekankan betapa perlunya Persekutuan Tanah Melayu yang mempunyai pantai yang panjang, memiliki sebuah pasukan tentera laut untuk mengawalnya. Tentera Laut Diraja Malaya berfungsi mengekalkan keamanan di perairan negara dan juga melindungi rakyatnya yang mencari nafkah di sekitar kawasan tersebut. Tunku juga menyatakan bahawa rakyat Persekutuan amat menghargai jasa Tentera Laut Diraja Malaya kerana perkhidmatannya yang cemerlang dan Berjaya dalam membantu gerakan menghapuskan pengganas komunis. Di atas kecemerlangan tugas-tugas tersebutlah maka beliau dan lain-lain wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu datang ke Singapura, dengan perasaan sukacita dan bangga untuk merasmikan pemindahan pasukan tersebut dari Kerajaan Singapura kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Perdana Menteri Persekutuan telah mengucapkan taniah dan berbesar hati kepada Ketua Menteri dan Gabenor Singapura, kerana peranan mereka berdua menjayakan pemindahan milik itu. Selepas itu Tunku telah membacakan Perutusan Ucap Selamat dari Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kepada anggota-anggota Tentera Laut Diraja Malaya. Di akhir ucapannya pada hari itu Tunku Abdul Rahman telah meyakinkan anggota-anggota yang hadir, sambil antara lain beliau berkata:

"Kami menunggu tuan-tuan di semua pelabuhan-pelabuhan kami, dimana tuan-tuan boleh merasakan dan menganggap bahawa tuan-tuan sebagai anggota tentera laut Persekutuan dan dari satu cabang Pasukan Bersenjata Persekutuan".

Ketua Menteri Singapura berasa sedih di atas penyerahan Tentera Laut Diraja Malaya kepada kerajaan Persekutuan kerana Singapura terpaksa berpisah dengannya. Di antara lain beliau berkata:


"Penyerahan Angkatan Laut ini adalah sebagai satu kejadian dalam family sahaja, iaitu menyerahkan satu perkhidmatan penting family itu dari penjagaan seorang adik kepada abang sebagai menghormatinya".

Seramai kira-kira 600 orang pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaya telah mengambil bahagian dalam perbarisan penyerahan tersebut. Hari itu merupakan kali pertama Tunku Abdul Rahman menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan kehormat dari anggota-anggota Tentera Laut Diraja Malaya. Sebelum upacara penyerahan bermula Tunku telah dibawa menaiki KD PELANDOK dengan diiringi oleh Dato' Abdul Razak, Encik Lim Yew Hock, Admiral Fladstone, Encik David, dan Commodore Norman. KD PELANDOK kemudiannya berlabuh di Selat Johor untuk  rnenerima lintas hormat dari tujuh buah lagi kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaya.

Bilangan anggota-anggota Tentera Laut Diraja Malaya pada masa itu ialah 30 orang pegawai dan 630 orang anggota lain-lain pangkat. Walau bagaimanapun seramai 78 orang anggota yang terdiri dari rakyat Singapura telah memilih untuk menamatkan perkhidmatan mereka.


ORGANISASI KUASA TERTINGGI

Bermula dari tarikh perjanjian penyerahan, Tentera Laut Diraja Malaya secara langsung diperintah oleh Lembaga Pasukan-Pasukan Bersenjata Persekutuan Tanah Melayu. Lembaga tersebut menjalankan kuasa-kuasa dan kewajipan sepertimana yang lazimnya dilakukan oleh Admiralty London. Mahkamah Persekutuan telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan kewajipan yang berhubung dengan mahkamah Admiralty. Satu organisasi khas untuk Tentera Laut Diraja Malaya telah digubal dan dibawa ke Dewan Perundangan pada 19hb Jun 1958. Ia telah diluluskan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 26hb Jun 1958. Dalam ordinan tersebut telah diterangkan tentang penubuhan sebuah pangkalan, kapal-kapal, tatatertib, serta undang-undang tentera laut (Tentera Laut Diraja Malaya).

Lembaga Pasukan-Pasukan Bersenjata Persekutuan juga menimbangkan perkara-perkara lain yang perlu untuk pentadbiran Tentera Laut Diraja Malaya. Beberapa peraturan pentadbiran untuk kapal-kapal telah digubal oleh Lembaga itu. Peraturan-peraturan tersebut adalah hampir serupa sebagaimana yang digunakan oleh Royal Navy. Sungguhpun begitu terdapat sedikit perubahan yang dipinda mengikut keadaan umpamanya tiada seorang pun boleh diberi pangkat atau berkhidmat dalam Malaya dalam hal-hal perkhidmatan (Regulation 1960). Dengan itu peraturan dan perundangan dapat diselaraskan di antara ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Persekutuan. Peraturan itu juga telah melibatkan skim gaji dan elaun pegawai dan anggota-anggota Tentera Laut Diraja Malaya.


PERTUKARAN NAMA KAPAL

Pada 31hb Ogos 1958 bersempena menyambut perayaan ulangtahun pertama kemerdekaan Tanah Melayu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah berkenan meluluskan penamaan semula semua kapal serta pangkalan Tentera Laut Diraja Malaya dengan mengambil sempena nama negeri-negeri di Persekutuan. Nama baru bagi kapal-kapal itu ialah seperti berikut:

NAMA ASAL NAMA BARU
ML 3501 KD SRI KEDAH
ML 3502 KD SRI TRENGGANU 
ML 3505 KD SRI PAHANG
ML 3506 KD SRI NEGERI SEMBILAN
ML 3507 KD SRI PERAK
ML 3508 KD SRI KELANTAN
ML 3509 KD SRI SELANGOR
HMMS PENYU KD SRI JOHOR
HMMS PELANDOK KD SRI PERLIS
HMMS MALAYA KD SRI MELAKA

 

Bagi Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaya di Woodlands tetap kekal dengan nama asalnya KD MALAYA. Sementara Cawangan Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya di Pulau Pinang namanya telah diubah kepada KD SRI PINANG.


PEMERIKSAAN ARMADA YANG PERTAMA (FLEET REVIEW)

Berikutan dengan penukaran nama semua kapal Tentera Laut Diraja Malaya, pada hari Ahad 7hb September 1958, buat pertama kalinya dalam sejarah Tentera Laut  Diraja Malaya, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah berkenan membuat pemeriksaan armada di Port Dickson. Lapan buah kapal yang terlibat dalam pemeriksaan tersebut ialah KD SRI PERLIS, KD SRI JOHOR, KD SRl KEDAH,KD SRl TRENGGANU, KD SRI PAHANG, KD SRl KELANTAN, merangkap Menteri Pertahanan Dato' Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran Encik Mohamad Khir bin Johari, Menteri Kerjaraya Pos dan Telekom Encik Sardon bin Haji Jubir , Menteri Pengangkutan Encik Abdul Rahman bin Talib, Menteri Kesihatan Encik Sambanthan, dan Menteri Buruh Encik Ong Yoke Lin.

Orang-orang kenamaan lain yang turut serta mengiringi DYMM Tuanku ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Ketua Turus Pasukan Bersenjata Persekutuan Tanah Melayu Major General F.H. Brooke, dan Ketua Pemerintah Tentera Laut Diraja Malaya Commodore A.D. Norman RN. Upacara pemeriksaan telah dijalankan selama empat jam di mana semua kapal yang terlibat telah menunjukkan kemahiran dalam mengendalikan pergerakan di laut, termasuk menembak sasaran. Kemuncak upacara tersebut ialah acara berbaris untuk lintas hormat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah membalas tabik hormat dari KD SRI PERLIS.

Pemeriksaan Armada itu telah membuka lembaran sejarah permulaan zaman kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaya ke arah pembangunannya sendiri .Ia memberi erti yang sungguh unik kerana pada hari itu anggota-anggota Tentera Laut Diraja Malaya telah mengadakan upacara tersebut atas nama perkhidmatan kepada negara sendiri.


BANTUAN BRITISH DILANJUTKAN

Bentuk bantuan pihak British kepada Tentera Laut Diraja Malaya telah disiarkan pada 2hb Julai 1958 oleh Pejabat Perhubungan Komanwel di London yang kemudiannya dipetik oleh akhbar Utusan Melayu pada 3hb Julai 1958. Dalam kenyataan tersebut Kerajaan British berjanji menyumbangkan sebanyak 900,000 pound sterling. Selain dari itu Britain juga bersetuju memberi sejumlah 145,000 pound sterling untuk membeli alat-alat kelengkapan dan sejumlah 780,000 pound sterling lagi bagi membina sebuah pangkalan baru di Port Swettenham. Pihak British juga telah memberikan kapal-kapal yang bemilai sebanyak 2.3 juta pound sterling. Kerajaan British bersetuju meluluskan pinjaman pegawai-pegawai danjurulatih dan Royal Navy kepada Tentera Laut  Diraja Malaya dan akan terus dipinjamkan walaupun selepas penyerahan tersebut.

Bantuan kepakaran, alat-alat kelengkapan dan juga kapal-kapal yang lebih baik terus diberikan oleh Kerajaan British dalam rancangan bantuannya kepada Tentera Laut Diraja Malaya, bagi memenuhi kehendak semasa dan berdasarkan kepada kerjasama kepada sebuah negara Komanwel bekas naungannya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan ketika itu Kerajaan Persekutuan memang mengharapkan apa jua bentuk bantuan dari pihak British dalam mengendalikan sebuah pasukan tentera lautnya.

Sesungguhnya Kerajaan British telah memberikan sumbangan yang begitu berharga dalam rancangan permodenan Tentera Laut Diraja Malaya, di mana dua buah lagi kapal telah diberikan. Upacara penyerahan telah diadakan di Limbungan Royal Navy Sembawang, Singapura pada 1 hb April 1959 oleh Commander-in-Chief Far East Station, Admiral Sir Gerald Fladstone RN. Bagi pihak Kerajaan British kepada Timbalan yang dimaksudkan Perdana Menteri Dato' Abdul Razak bin Husem ialah  HMS ALTHAM dan HMS ASHELOHAM dua buah kapal yang kemudiannya diberi nama baru KD SRI JOHOR dan KD SRI PERLIS. Kedua-dua buah kapal itu adalah untuk menggantikan KD SRI PERLIS dan KD SRI JOHOR yang telah usang. Penyerahan kapal-kapal yang bernilai $2 juta itu adalah pemberian ketiga dalam rancangan bantuan sebanyak $12 juta.

Sebelum itu dua buah kapal telahpun diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaya. Penyerahan yang pertama dilakukan pada 12hb Ogos 1958 di mana HMS BED HAM, iaitu sebuah kapal jenis Inshore Minesweeper (lMS) diberi nama baru KD LANGKASUKA. Kapallnshore Minesweeper kedua HMS BRANTINGHAM telah diserahkan pada 1hb November 1958 di HM Dockyard Singapura. Namanya kemudian ditukarkan kepada KD TEMASEK.

Penyertaan kapal-kapal baru ke dalam armada adalah sebahagian dari rancangan Pembesaran Tentera Laut Diraja Malaya. Sehingga 25hb Mei 1960 sebanyak 11 buah kapal telah pun diterima dan dalam skim bantuan tersebut Britain telah menganggarkan babawa penyerahan kapal-kapal dari jenis Inshore Minesweeper sahaja sudah bernilai $20 juta.

KD MAHAMIRU yang asalnya HMS DARLSTON ialah kapal jenis Coastal Minesweeper (CMS), kapal yang terbesar sekali dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaya pada masa itu. Beratnya ialah 360 ton dan telah diperbaiki semula ketika berada di Malta. Seramai 23 orang anggota Tenter Laut Diraja Malaya telah diterbangkan ke Malta untuk membawa balik kapal tersebut ke Singapura. Mereka diketuai oleh Leftenan Syed Halim bin Syed Abu Hasan TLDM. Dengan penyerahan KD MAHAMIRU maka tamatlah program bantuan oleh Kerajaan British kepada Tentera Laut Diraja Malaya yang bermula semenjak tahun 1958. Sungguhpun begitu oleh kerana Tentera Laut Diraja Malaya masih Iagi kekurangan pegawai dan jurulatih, semua anggota pinjaman terus berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaya.


LATIHAN DENGAN TENTERA LAUT ASING

Dalam usianya yang masih muda Tentera Laut Diraja Malaya buat pertama kalinya menyertai latihan bersama dengan pasukan-pasukan tentera laut Komanwel yang diadakan pada bulan Februari 1960. Latihan tersebut dinamakan JET 60 (Com- mon wealth Joint Exercise Training). Pasukan Tentera-Tentera Laut yang terlibat ialah dari Australia, Ceylon, India, New Zealand, Pakistan dan United Kingdom. Latihan tersebut telah banyak memberi peluang kepada anggota-anggota Tentera Laut Diraja Malaya untuk mencari pengalaman bersama tentera laut negara-negara lain.

Sebenarnya sebelum latihan gabungan itu Tentera Laut Diraja Malaya sudah pun Berusaha sendiri mengadakan latihan seperti 'Latihan Tolong' yang diadakan pada 29hb dan 30hb Julai 1959. Latihan tersebut hanya merupakan satu usaha mencari pengalaman di kalangan anggota-anggota Tentera Laut Diraja Malaya, di mana ia lebih banyak ditumpukan kepada taktik keselamatan perairan. Lanjutan dari latihan tersebut, satu latihan dengan kerjasama pasukan tentera udara dan juga Polis Persekutuan telah diadakan. Latihan sehari itu dinamakan Latihan Fairway yang berlangsung pada 27hb Ogos 1959. Untuk mengeratkan kerjasama dari segi keselamatan kedua buah negara, Tentera Laut Diraja Malaya juga mengadakan latihan di singapura, Pada 26hb dan 27hb September 1959 Tentera Laut Diraja Malaya telah mengadakan latihan Coastguard yang bertujuan untuk pertahanan pelabuhan singapura.


PERINTAH TENTERA LAUT DIRAJA MALAYA YANG BARU

Pada 8hb Februari 1960 Captain W.l. Dovers DSC ADC RAN. Telah menggantikan Commodore Norman yang bersara dari jawatannya sebagai Captain 0/ the Navy Tentera Laut Diraja Malaya. Captain Dovers adalah orang yang kedua memegang jawatan itu. Pada   tahun itu juga timbul masalah berhubung dengan perkhidmatan pegawai kerana ketiadaan pegawai teknikal. Masalah menjadi meruncing apabila pihak Royal Navy tidak lagi mernbenarkan pegawai-pegawainya melanjutkan perkhidmatan mereka dengan Tentera Laut Diraja Malaya dengan cara kontrak ataupun secara pinjaman. Walau bagaimanapun pihak Royal Australian Navy telah bersedia mengisi kekosongan yang diluangkan oleh pegawai-pegawai Royal Navy. Selepas tahun 1960 rancangan pinjaman perkhidrnatan pegawai telah dibuka kepada pegawai-pegawai dari  negara Australia, New Zealand, dan India.


CAPTAIN W.J. DOVERS DSC. ADC. RAN

Captain W.J. Dovers menggantikan Commodore E.D. Norman sebagai Captain of the Navy pada 8hb Februari 1960, dan merupakan pegawai Royal Australian Navy yang pertama berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaya. Cawangan Tentera Laut di Kementerian Pertahanan telah diperbesar dan dikemaskinikan semasa pimpinan beliau. Captain Dovers berkhidmat di dalam Tentera Laut Diraja Malaya sehingga 14hb Julai 1962.

Read 4900 times Last modified on Ahad, 24 April 2016 16:39

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 514

Semalam 497

Bulan ini 9005

Keseluruhan 629004

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM