Apr 24

ZAMAN PEMBAHARUAN : KEClL JANGAN DISANGKA ANAK

Bermula dari sebuah pasukan kecil Tentera Laut Diraja Malaysia dalam usahanya meningkatkan Jadi taraf perkhidmatan untuk mempertahankan negara, terpaksa merancang perkembangan yang teratur demi menentukan negara dapat dipertahankan sekiranya berlaku sebarang pertelingkahan dengan kuasa asing. Kapal-kapal warisan dari Royal Navy perlu diganti kerana telah usang. Konfrontasi telah mengajar Tentera Laut Diraja Malaysia supaya bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga.

Dekad enam puluhan menyaksikan Tentera Laut Diraja Malaysia memperolehi kapal-kapal ronda yang digunakan untuk meronda dan mernpastikan keselamatan pesisiran pantai negara. Bilangan kapal perlu ditambah kerana tugas yang meningkat hasil dari kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam gagasan Malaysia.

Di dalam inventori Tentera Laut Diraja Malaysia pada masa itu, sebuah frigate KD HANG TUAH ialah yang terbesar, yang digunakan untuk latihan pegawai muda dan juga laskar muda, di samping tugas utama untuk operasi. Perolehan kapal-kapal ronda yang berterusan dilakukan di sepanjang dekad ini. Di antara tahun 1967 hingga 1970 sebanyak J 7 buah kapal ronda baru telah ditauliahkan untuk memantapkan lagi pertahanan negara.

Pembelian empat buah Bot Ronda Laju (Fast Patrol Boat) di pertengahan tahun 60an iaitu KD PERKASA, KD HANDALAN , KD GEMPITA dan KD PENDEKAR telah membawa Tentera Laut Diraja Malaysia ke era baru. Kapal Ronda Laju itu merupakan kapal yang moden dan boleh mencapai  kelajuan melebihi 50 knot dengan kuasa gas turbin. Skuadron kapal ini hanya digunakan untuk operasi khas, kerana ia mempunyai kelajuan dan boleh menyerang dalam masa yang singkat dengan menggunakan torpedo.

Bersesuaian dengan arus perkembangan semasa, Tentera Laut Diraja Malaysia perlu memperolehi kapal-kapal yang serba boleh. la bukan sahaja untuk menjaga keselamatan pesisiran pantai, tetapi juga mampu mempertahankan keseluruhan perairan yang dituntut oleh negara. Perairan yang luas ini memerlukan kapal-kapal yang lebih besar serta lebih laju. Oleh itu dekad tujuh puluhan memperlihatkan perkembangan Tentera Laut Diraja Malaysia ke arah pembesaran dan kelengkapan yang moden dan canggih. Pada penghujung tahun 1972, KD RAHMAT (nama asalnya KD HANG JEBAT), iaitu sebuah frigat yang dibina di Glasgow, Scotland sejak tahun 1968, telah ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pada tahun berikutnya, empat buah Kapal Penyerang Laju (Fast A ttack Craft) buatan Perancis yang dilengkapi dengan peluru berpandu tiba di Malaysia untuk memulakan perkhidmatannya dalam armada Tentera Laut Diraja Malaysia. Skuadron kapal itu terdiri dari KD PERDANA, KD SERANG. KD GANAS dan KD GANYANG. Kelajuan maksimum yang boleh dicapai ialah 35 knot. dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan yang lebih moden.

Selain dari kapal-kapal yang digunakan untuk meronda pesisiran pantai, Tentera Laut Diraja Malaysia juga telah merancang membeli kapal-kapal lain seperti kapal pengangkut dan juga kapal hidrografi untuk membuat penyelidikan di awasan perairan negara. Kapal Hidrografi KD MUTIARA dibeli pada tahun 1978, sementara kapal-kapal pengangkut (Landing Ship Tank LST) KD SRI LANGKAWI pada tahun 1971, dan KD RAJA JAROM dan KD SRI BANGGI pada tahun 1977. Sebuah kapal diving tender yang diberi nama KD DUYONG telah memulakan perkhidrnatannya dengan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1971 dan ini secara langsung telah menambahkan lagi aset dalam inventori Tentera Laut Diraja Malaysia.

Keberkesanan yang ditunjukkan oleh skuadron kapal penyerang laju yang pertaa ini telah meyakinkan Tentera Laut Diraja Malaysia untuk memperolehi satu lagi skuadron kapal-kapal penyerang laju. Pada tahun 1979 empat buah lagi kapal penyerang laju yang diberi nama KD HANDALAN, KD PERKASA. KD PENDEKAR dan KD GEMPITA telah memulakan khidmatnya dengan Tentera Laut Diraja Malaysia. Kesemua kapal-kapal itu telah dibina di Sweden.

Dalam dekad tujuh puluhan Tentera Laut Diraja Malaysia telah memperlihatkan keyakinan kepada limbungan tempatan untuk membina kapal-kapalnya. Sebanyak enam buah kapal ronda laju telah dibina di Limbungan Hong Leong Lurrsen, Butterworth. Kapal-kapal itu memulakan perkhidmatan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1976. Kapal-kapal tersebut diberi nama KD PAUS, KD TODAK, KD JERONG. KD YU, KD BAUNG dan KD PARI. Kapal-kapal ini dilengkapi dengan Meriam 57mm dan 4Omm. Limbungan tempatan dapat membuktikan kemahiran dan  keupayaan mereka membina kapal yang bermutu tinggi.

Pembelian kapal-kapal baru adalah untuk meningkatkan keupayaan dan untuk mengganti kapal-kapal yang sudah usang. Dekad lapan puluhan telah mencorakkan perkembangan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam aspek mencapai tahap kecemerlangan. Permodenan tentera-tentera laut asing sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi memerlukan Tentera Laut Diraja Malaysia ikut serta seiring dengan perkembangan itu. Perisytiharan Zon Ekonomi Eksklusif menambah lagi kawasan perairan yang patut dikawal dan ini bermakna Tentera Laut Diraja Malaysia tidak lagi berfungsi sebagai Coastal Navy. Oleh itu Tentera Laut Diraja Malaysia perlu melengkapkan armadanya dengan kapal-kapal yang lebih canggih. Bermula dari tahun 1980, sebuah kapal serbaguna KD SRI INDRA SAKTI telah dibina untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia. Memandangkan kapal ini amat berkesan perkhidmatannya, sebuah lagi kapal pengangkut serbaguna yang diberi nama KD MAHAWANGSA telah dibina di Korea Selatan dan berkhidmat dalam armada.

Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1983. Di samping dua buah kapal pengangkut serbaguna ini, Tentera Laut Diraja Malaysia juga menyedari betapa pentingnya kapal besar yang serba boleh untuk menguatkan lagi pertahanan negara. Tentera Laut Diraja Malaysia telah membeli dua buah kapal korvet yang dibina di Jerman Barat dan dilengkapi dengan persenjataan moden pada tahun 1984. Kapal-kapal itu ialah KD KASTURI dan KD LEKIR yang merupakan kapal termoden dan lengkap dengan berbagai peralatan yang sesuai dengan keperluan semasa. Seterusnya Tentera Laut Diraja Malaysia telah membeli empat buah kapal penangkis ranjau (Mine Counter Measure Vessel MCMV untuk menggantikan kapal-kapal penyapu ranjau yang telah dilucutkan tauliahnya kerana usang. Skuadron kapal-kapal penangkis ranjau  yang dibina di ltali itu telah menggunakan semula nama-nama seperti KD MAHAMIRU, KD LEDANG, KD JERAI dan KD KINABALU. Kapal-kapal tersebut telah tiba dari  Itali  dan  menyertai Armada TLDM pada bulan Mac 1986.

Di Zon Ekonomi Eksklusif negara, banyak terdapat pelantar yang menjalankan operasi menggali minyak. Tentera Laut Diraja Malaysia perlu memiliki kapal yang lebih besar untuk meronda keseluruhan Zon Ekonomi Eksklusif. Pada tahun 1985
TLDM telah mentauliahkan KD MUSTARI, sebuah Kapal Peronda Samudera(Off shore Patrol Vessel OPV) yang dibina di Korea Selatan. Sebuah lagi kapal jenis yang sama telah dibina di Malaysian Shipyard Engineering (MSE) di Pasir Gudang, Johor dengan kerjasama Syarikat Samsung dari Korea Selatan. Kapal ini yang diberi nama KD MARIKH menyertai Armada Tentera Laut Diraja Malaysia pada bulan April 1987. Pembinaan kapal ini membuktikan keupayaan Iimbungan tempatan untuk memenuhi kehendak Tentera Laut Diraja Malaysia. Di samping itu ia juga merupakan satu cara pemindahan teknologi tinggi yang menguntungkan negara.


PEMBELIAN PERALATAN BARU

Dalam rancangan pembelian kapal, ia merangkumi rancangan pembelian peralatan yang perlu untuk melengkapi kapal tersebut  sesuai dengan fungsi utamanya. Alat persenjataan merupakan factor yang penting untuk menentukan keupayaan kapal mempertahankan diri dan juga untuk tujuan ofensif. Oleh yang demikian kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia di armada sentiasa dilengkapi dengan peralatan yang sesuai dan cukup untuk bertindak dalam semua situasi.

Pembelian peralatan untuk Armada Tentera Laut Diraja Malaysia sentiasa di dalam kajian dan perancangan sama ada untuk tujuan menukar atau meningkatkan keupayaannya mengikut suasana sernasa. Kapal-kapal yang baru diperolehi sentiasa dilengkapi dengan peralatan-peralatan yang canggih, semasa dan mutakhir sesuai dengan fungsinya.

Perolehan satu skuadron Bot Ronda Laju (Fast Patrol Boat] dalam tahun 1967 Telah membuktikan kemampuan anggota-anggota Tentera Laut Diraja Malaysia mengendali kapal yang lebih moden dan canggih. Kapal-kapal ini berukuran 105 kaki panjang dan 27 kaki lebar boleh mencapai kelajuan melebihi 50 knot dengan menggunakan enjin gas turbin jenis Proteus. Setiap kapal dilengkapi dengan empat laras pelancar torpedo, sebuah Meriam 4O/60mm jenis Bofors dan dua buah Meriam jenis Oerlinkon laras kembar 20mm.

Dalam dekad tujuh puluhan Tentera Laut Diraja Malaysia bergerak selangkah lagi untuk sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi. KD RAHMAT telah diperolehi pada tahun 1972. Frigat yang dilengkapi dengan enjin gas turbin itu memerlukan kemahiran anggota untuk mengendalinya. Persenjataannya adalah mengikut perkembangan teknologi semasa. Ia dilengkapi dengan peluru berpandu jenis seacat untuk menembak sasaran udara. Tentera Laut Oiraja Malaysia merupakan salah sebuah tenters laut yang pertama di rantau Asia Tenggara dilengkapi peluru berpandu seacat. Selain dari itu ia juga dilengkapi dengan roket Mortar MK 10 dan sonar yang terbaik untuk tujuan peperangan anti kapal selam. Meriam yang dipasang berkaliber 4.5 inci untuk menembak sasaran permukaan, sasaran udara dan juga dalam operasi Naval Gunfire Support NGS. Peralatan-peralatan lain termasuk sebuah radar pengawasan jarak jauh yang menjadikannya sebagai sebuahfrigate yang serba boleh.

Pembelian satu skuadron Kapal Penyerang Laju (Fast Attack Craft) yang dilengkapi dengan peluru berpandu jenis Exocel menjactikan Tentera Laut Diraja Malaysia sebuah pasukan yang lebih mantap dan serba boleh. Kapal-kapal skuadron ini, iaitu KD PEROANA, KD SERANG, KD GANYANG dan KD GANAS. Kapal dilengkapi dengan dua pelancar peluru berpandu, Meriam berkaliber 57mm dan 40/70 mm. 01 samping persenjataan dan sistem radar yang termoden, kapal-kapal skuadron itu juga dilengkapi dengan peralatan peperangan elektronika, Electronic Support Measure ESM. Alar ini membolehkan kapal-kapal skuadron menjalankan operasi dengan  lebih berkesan.

Pada tahun 1979 Tentera Laut Diraja Malaysia telah mentauliahkan satu lagi skuadron Kapal Penyerang Laju ke dalam armadanya. Peralatan yang dipasang pada skuadron ini adalah lebih baik dari skuadron yang pertarna. Setiap kapal dilengkapi dengan empat pelancar peluru berpandu jenis Exocet, dan dua buah meriam berkaliber 57mm dan 40/7Omm. Setiap kapal ini juga dilengkapi dengan sistem radar pengawasan dan sistem penembakan yang lebih moden. Electronic Support Measure yang dibekalkan adalah lebih baik dan canggih dari sistem terdahulu. Di samping itu kapal-kapal juga dilengkapi dengan sistem perhubungan untuk bertukar maklumat peperangan di antara satu sama lain dengan menggunakan komputer.

Dalam dekad lapan puluhan Tentera Laut Diraja Malaysia telah mempelbagaikan perolehan jenis kapal. Dua buah kapal Pemerintah dan Pengangkut Serbaguna (Multi Purpose. Command and Support Ship MPCSS), KD INDERASAKTI dan KD MAHAWANGSA telah menyertai Armada Tentera Laut Diraja Malaysia pada awal dekad. Kehadiran kapal jenis ini menambahkan keberkesanan operasi kerana keupayaannya bertindak untuk digunakan sebagai kapal pemerintah di samping kebolehan mengangkut barang keperluan lojistik seperti alat ganti, peluru berpandu dan sebagainya. Pembelian dua buah kapal itu amat wajar untuk menampung keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia yang semakin meningkat.

Pada pertengahan dekad 80an, Tentera Laut Diraja Malaysia telah memperolehi dua buah korvet, iaitu KD KASTURI dan KD LEKIR yang dibina di Jerman Barat. Kini kapal-kapal tersebut merupakan kapal yang termoden di dalam armada Tentera Laut Diraja Malaysia. Telah dilengkapi dengan empat buah pelancar peluru berpandu jenis Exocet , Meriam automatic berkaliber 100mm dan 57mm. dua buah Meriam 30mm laras kembar dan Anti-Submarine Rocket Launcher untuk kegunaan operasi anti-kapal selam. Di sarnping itu kapal juga dilengkapi dengan sistem penembakan automatik, sistem pengawasan radar yang unggul, Electronic Support Measure, data link, Electronic Counter Measure ECM, dan Decoy Launcher. Electronic Counter Measure digunakan untuk menghalang musuh atau peluru berpandunya dari memperolehi maklumat yang tepat mengenai kedudukan kapal. Dengan adanya peralatan-peralatan moden yang dibawa oleh korvet ini, ia menjadi sebagai sebuah kapal yang serba boleh, untuk digunakan dalam apa jua keadaan. Peralatan-peralatan ini membolehkannya terlebih dahulu dapat mengenalpasti kedudukan dan tujuan musuh. Oleh yang demikian ia berfungsi sebagai pertahanan barisan hadapan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Perisytiharan Zon Ekonomi Eksklusif telah  menambahkan luasnya perairan Malaysia. Jarak 200 batu dan pantai bukanlah satu jarak yang dekat dan Tentera Laut Diraja Malaysia memerlukan kapal yang besar dan berupaya untuk menjalankan rondaan di kawasan Zon Ekonomi Eksklusif yang luas itu. Oleh itu Tentera Laut Diraja Malaysia dalam proses perkembangannya telah membeli dua buah Kapal Peronda Samudera (Offshore Patrol Vessel OPV). Kapal ini boleh diaturgerak di laut untuk beberapa minggu dan ia boleh bertahan dalam gelombang di musim tengkujuh. Ia dilengkapi dengan Meriam berkaliber 100mm, 30mm laras kembar, dan Data Link. Kapal ini juga boleh menerima helicopter jenis Nuri di atas geladak penerbangannya.

Pembelian kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia tidak hanya tertumpu kepada kapal-kapal barisan hadapan dan kapal penyerang sahaja. Satu skuadron kapal penyapu ranjau yang dibina di ltali telah dimasukkan ke dalam inventori Tentera Laut Diraja Malaysia. Skuadron kapal ini dilengkapi dengan peralatan-peralatan penyapu ranjau yang termoden dan canggih.


PEMBINAAN PUSAT TAKTIS MARITIM

Tentera Laut Diraja Malaysia telah lama berhasrat untuk mendirikan sebuah Pusat Taktis Maritim yang boleh digunakan untuk menggubal dan mengamalkan apa yang dipelajari Kajian mengenainya telah dimulakan pada tahun 1977 dan lawatan-lawatan telah dilakukan oleh beberapa orang  pegawai ke Britain, Perancis dan Jerman Barat. Setelah kajian yang mendalam dan teliti dibuat, Tentera Laut Diraja Malaysia telah membeli peralatan untuk tujuan penubuhan Pusat Taktis Maritim dari Syarikat Solartron Electronic Group pada 23hb November 1981. Pusat itu telah  mula beroperasi dalam bulan Februari 1985 dan diberi nama singkat PUSTAKMAR.

Pusat itu telah digunakan untuk latihan taktik peperangan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dan lain-lain agensi pertahanan. Ia digunakan oleh anggota-anggota Tentera Laut Diraja Malaysia dari berbagai cawangan terutama Cawangan Operasi. Dengan adanya Pusat itu kemahiran taktik peperangan yang terhad boleh dipelajari tanpa keperluan belayar. Kaedah simulasi ini dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan. Pelatih-pelatih dibolehkan membuat kesilapan dalam latihan dan tidak akan merugikan atau membawa bencana kepada sesiapapun. Tetapi jika sekiranya mereka membuat kesilapan semasa kapal berada di laut, ia boleh membahayakan kapal dan nyawa anak-anak kapalnya. Oleh itu kepentingan khidmat yang diberi oleh Pusat Taktis Maritim ini adalah amat besar. Pusat Taktis Maritim juga boleh digunakan untuk membuat analisis dalam sesuatu taktik dan tugasan yang diberikan. Komputer yang dipasang di Pusat itu boleh digunakan untuk membuat analisis sesuatu taktik dan juga untuk membantu menyediakan doktrin peperangan. lni memudahkan lagi tugas Tentera Laut Diraja Malaysia dalam penyediaan doktrin peperangannya.

Latihan-latihan antara perkhidmatan juga boleh dijalankan di Pusat Taktis Maritim ini. Beberapa latihan olah perang dengan tentera laut negara asing telah diadakan. Ini mernbuktikan penubuhan Pusat ini telah memberi banyak manfaat kepada anggota-anggota Tentera Laut Diraja Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran mereka.


LIMBUNGAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

Sebuah angkatan laut yang dilengkapi dengan peralatan moden seperti Tentera Laut Diraja Malaysia memerlukan peruntukan wang yang banyak untuk mengurusnya. Kapal-kapal perlu dibaik pulih dan disenggara mengikut jadual. Penghantaran ke limbungan-limbungan swasta,sama ada di dalam mahupun di luar negeri memerlukan perbelanjaan yang amat besar. Untuk mengurangkan perbelanjaan dalam jangkamasa panjang, kajian untuk membina limbungan sendiri telah Dimulakan mulai tahun 1977. Firma Blohm and Voss telah menjalankan kajian Kemungkinan pembinaan limbungan itu, sementara firma Thyssen Reinsthal Technic diberi kontrak membinanya. Kedua-dua firma itu ialah dari Jerman Barat.

Limbungan mulai dibina pada tahun 1982 dan siap pada akhir tahun 1984 dengan perbelanjaan sebanyak $600 juta, di atas sebuah kawasan seluas 65 ekar bersebelahan dikendalikan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia dan juga pekerja-pekerja awam yang semuanya berjumlah lebih dari 1,200 orang telah mula beroperasi pada 1hb Januari 1985.

Dengan adanya Limbungan Tentera Laut Diraja Malaysia yang serba lengkap dan Moden ini, Tentera Laut Diraja Malaysia tidak mempunyai masalah yang besar untuk membaiki dan menjalankan senggaraan berjadual ke atas kapal-kapalnya, menepati kemahuan dan keuntungan untuk jangkamasa panjang. Limbungan ini berupaya menjalankan kebanyakan kerja-kerja senggaraan dan pembaikan kecemasan ke atas kapal-kapal, Beberapa buah kapal dagang dan kapal tentera laut asing juga telah dibaiki di Limbungan ini. Dengan pengurusan yang cekap dan pekerja-pekerja yang mahir, Limbungan Tentera Laut Diraja Malaysia dapat memberikan saingan kepada limbungan-limbungan swasta tempatan.

Faedah dan manfaat memiliki limbungan sendiri amatlah nyata. Kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia tidak perlu lagi Menghabiskan masa di limbungan lain, dan oleh yang demikian dapat mengurangkan perbelanjaan mengurus. Di samping itu  masalah pentadbiran anggota-anggota semasa kapal berada di limbungan dapat diselesaikan, kerana kebanyakan anggota yang berkeluarga tinggal di Pangkalan di Lumut, sementara anggota bujang boleh ditempatkan di blok kediaman sementara di pangkalan.


PENUBUHAN CAWANGAN UDARA

Sebagai sebuah pasukan yang dinamis, Tentera Laut Diraja Malaysia perlu meneliti dan peka di atas perkembangan tentera laut negara asing, supaya perancangan yang sesuai dengan perkembangan dan sejajar pula dengan keupayaan negara dapat dibuat. Kebanyakan tentera laut masa kini mempunyai unit udara sendiri. Kepentingan pesawat udara dalam perkhidmatan tentera laut tidak dapat dinafikan. Perang Dunia  Kedua di Lautan Pasifik telah memperlihatkan kepentingan tersebut.

Tentera Laut Diraja Malaysia telah mula merancang untuk menubuhkan satu Cawangan Udara pada tahun 1978. Tujuannya ialah untuk meningkatkan keupayaan operasi di laut terutama sekali dalam bidang peperangan anti-kapal selam dengan menggunakan helikopter. Pesawat ini juga boleh digunakan untuk tugas-tugas lain seperti operasi serangan kapal dipermukaan laut pengawasan perairan di sekeliling kapal induk, pengangkutan kecemasan, dan menentukan sasaran lewat-ufuk semasa penembakan peluru berpandu.

Oleh kerana sebab-sebab ekonomi, proiek ini hanya mula terlaksana pada bulan Mei 86. Kerajaan British telah mengemukakan tawaran menjual enam buah helikopter terpakai jenis Wasp yang telah digunakan oleh Royal Navy. Kerajaan British juga bersetuju meminjamkan dua orang juruterbang, seorang jurutera, dan lima orang teknisyen Royal Navy selama dua tahun. Satu Memorandum Persefahaman dan Perjanjian Jual-Beli bagi pembekalan 6 buah helicopter berserta dengan alat-alat gantinya telah ditandatangani pada 6hb Oktober 87.

Kesemua enam buah helicopter Wasp yang dipesan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia selamat tiba di Lumut melalui Pelabuhan Kelang pada bulan April 1988. Senggaraan helikopter, dan pembekalan alat ganti telah diserahkan kepada Syarikat Aerospace Industries Repair and Overhaul Depot AlROD. Sebuah syarikat tempatan yang mengendalikan senggaraan pesawat terbang di Malaysia. Kontrak ini telah ditandatangani di antara Kementerian Pertahanan dan AIROD pada 2hb Mac 1989.

Cawangan Udara merupakan satu unit yang baru dalam Tentera Laut Diraja Malaysia dan memerlukan infrastruktur yang tersendiri. Keperluan ini perlu dipenuhi supaya Cawangan Udara Tentera Laut Diraja Malaysia dapat berfungsi dengan baik. Sebagai permulaan sebuah stesen udara telah dibina di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut untuk menempatkan kesemua helicopter itu. Pembinaan itu membolehkan latihan juruterbang dan teknisyen Tentera Laut Diraja  Malaysia diberi dengan lebih berkesan dalam suasana operasi sebenar.


PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

Seiring dengan perkembangan armada, Tentera Laut Diraja Malaysia juga menumpukan perhatian kepada pembangunan dan pemantapan infrastruktur. Semenjak Tentera Laut Diraja Malaya diserahkan oleh Kerajaan Singapura kepada Tanah Melayu, perkembangannya telah banyak mengubah struktur serta organisasinya. Sungguhpun Singapura keluar dari gagasan Malaysia tetapi pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia pada masa itu tetap kekal di Woodlands, atas perjanjian kerjasama dengan Singapura.

Walaupun ada rancangan hendak memindahkan pangkalan di Woodlands ke Malaysia, tetapi ia terpaksa ditangguhkan untuk beberapa tahun kerana kesukaran mendapatkan tapak yang sesuai. Pangkalan di Woodlands dianggap sesuai untuk menampung keperluan semasa dan ia perlu diperbesarkan kerana kegiatan yang bertambah. Sebuah jeti baru berharga $3.7 juta telah dibina untuk kemudahan kapal-kapal merapat. Tahap kedua pembinaan yang bernilai $4 juta telah dilaksanakan kemudiannya. Jeti ini dilengkapi dengan kemudahan seperti bangunan pentadbiran, bangunan stor, bengkel jentera, bengkel baikpulih dan kemudahan mengisi minyak penyaluran terus ke kapal.


PENGANUGERAHAN PANJI-PANJI DIRAJA

Penganugerahan Panji-Panji Diraja yang menjadi kebanggaan setiap pasukan angkatan tentera dikurniakan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia pada 12hb Mac 1966. la dilakukan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Syed Putra Thai Almarhum Syed Hasan Jamalullail. Upacara penyerahan diadakan di KD MALAYA Woodlands. Commodore A.N. Dollard RAN, sebagai Ketua Turus Tentera Laut telah melafazkan ikrar bagi pihak Tentera Laut Diraja Malaysia untuk rnempertahankan panji-panji tersebut hingga ke titisan darah yang terakhir.

Rupa bentuk Panji-Panji Diraja itu ialah berwarna kuning Diraja, di tengah-tengahnya disulami dengan lambang Yang Dipertuan Agong, sementara di sudut sebelah atas kiri pula terdapat lambang Tentera Laut Diraja Malaysia. Pegawai yang diamanahkan menerimanya bagi pihak Tentera Laut Diraja Malaysia ialah Leftenan Yaacob bin Haji Daud TLDM.

Pada 1hb Julai 1973 penganugerahan panji-panji Yang Dipertuan Agong yang baru kepada Tentera Laut Diraja Malaysia telah diadakan untuk mengganti panji-panji yang lama. Upacara tersebut dilakukan bersempena dengan hari Tentera Laut Diraja Malaysia ke-21, oleh DYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni ALmarhum Sultan Badli Shah, di KD MALAYA Woodlands.

Apabila Tentera Laut Diraja Malaysia berpindah ke Lumut, secara langsung juga melibatkan pemindahan panji-panji Diraja ke KD MALAYA di Lumut. Upacara pemindahannya telah dibuat di Berek Tentera Laut Diraja Malaysia di Woodlands (sebelumnya dikenali sebagai KD MALAYA) pada 9hb September 1984 oleh Panglima Materiel Armada Kepten Khoo Tee Chuan TLDM, dengan menaiki KD HANG TUAH. Upacara dilaksanakan dengan penuh istiadat tradisi tentera laut. Setibanya di Pangkalan Lumut seramai 100 orang anggota kawalan panji-panji, pancaragam Tentera Laut Diraja Malaysia, dan pengiring panji-panji telah sedia menunggu di atas jeti. Anggota-anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang lain turut berbaris di sepanjang kiri-kanan jalan, di mana panji-panji dirancang akan lalu semasa diarak hingga ke KD MALAYA untuk disimpan.

Dalam menghadapi zaman perubahan dari tahun ke tahun, Tentera Laut Diraja Malaysia Berjaya mencapai kemajuannya dari zaman peralihan ke era baru yang sesuai dengan kehendak masa. Membesarkan lagi kekuatannya dengan menambah bilangan kapal-kapal yang lebih baik dan moden adalah menjadi satu impian yang akhirnya dapat dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.


ANAK TEMPATAN SEBAGAI PEMERINTAH TERTINGGI TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

Pada 4hb Februari 1967 Kementerian Pertahanan telah mengumumkan bahawa jawatan Ketua Turus Tentera Laut akan disandang oleh anak tempatan mulai akhir tahun. Berita tersebut juga menyatakan bahawa Leftenan Komander K. Thanabalasingam TLDM akan memegang jawatan tersebut dalam pangkat Komodor. Pada masa itu Leftenan Komander Thanabalasingam bertugas sebagai Pegawai Wakil Tentera Laut di Tawau, Sabah. Beliau kemudian telah dinaikkan ke pangkat Komander pada 1hb Mac 1967 dan seterusnya dijawatkan sebagai Pegawai Memerintah KD HANG TUAH. Pada 1hb September 1967 Komander Thanabalasingam dinaikkan ke pangkat Kepten dan kali ini beliau dihantar bertugas di Bahagian Turus Tentera Laut, Kementerian Pertahanan. Pada 1hb Disember 1967 Kepten Thanabalasingam telah dinaikkan pula ke pangkat Pemangku Komodor dan sekaligus memegang jawatan Ketua Turus Tentera Laut menggantikan Commodore A.N. Dollard


LAKSAMANA MUDA DATO' K. THANABALASINGAM DPMT DIMP JMN SMJ

Laksamana Muda Dato' K. Thanabalasingam dilahirkan pada 12hb Mac 1936 di Kuala Lumpur dan mendapat didikan awal di Batu Road English School sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Beliau mula berkhidmat di dalam Tentera Laut Diraja Malaya dalam tahun 1955 sebagai Pegawai Kadet dan terus mendapat latihan di Dartmouth, England. Pada 1hb Mei 1958 beliau ditauliahkan sebagai pegawai Tentera Laut Diraja Malaya menyandang pangkat Leftenan Muda.

Pada bulan Januari 1960, beliau dilantik sebagai Pegawai Jurulatih Kadet di Maktab Tentera Persekutuan di Port  Dickson (sekarang Maktab Tentera Diraja di Sungai Besi). Pada tahun berikutnya, beliau bertugas di beberapa buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia, termasuklah kapal-kapal jenis Seaward Defence Motor Launch dan Kapal Penyapu Ranjau seperti KD SRI PAHANG dan KD MAHAMIRU. Pada tahun 1963 beliau mengikuti kursus Torpedo Anti Submarine (TAS) di HMS VERNON, England. Selepas itu beliau dilantik menjadi Pegawai Memerintah KD SRI KELANTAN dan membawa kapal itu balik ke tanahair dari United Kingdom.

Pada 18hb Februari 1965 beliau dinaikkan ke pangkat Leftenan Komander dan ditugaskan sebagai Pegawai Laksana KD HANG TUAH. Beberapa tahun kemudian beliau dilantik menjadi Pegawai Wakil Tentera Laut di Tawau, sebelum dinaikkan ke  pangkat Komander dan turun semula ke KD HANG TUAH, kali ini sebagai Pegawai  Memerintah. Pada 1hb September 1967,

Beliau dinaikkan kepangkat Kepten TLDM. Bila beliau dilantik sebagai Ketua Turus Tentera Laut, sekali lagi beliau dinaikkan ke pangkat Laksamana Pertama pada 1hb Disember 1967. Beliau merupakan anak Malaysia yang pertama memegang jawatan Ketua Turus Tentera Laut, menggantikan Commodore A.M. Dollard. Pada 1hb Januari 1973, beliau dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda dan terus memegang jawatan tersebut sehingga bersara pada 31hb Disember 1976.

Perisytiharan penyerahan kuasa sepenuhnya kepada anak tempatan disambut baik oleh semua golongan terutama di kalangan anggota-anggota Tentera Laut Diraja Malaysia. Mengambilalih jawatan dari pegawai-pegawai ekspatriat British dengan cara berperingkat-peringkat adalah menjadi matlamat kerajaan dalam usaha menganakwatankan semua perjawatan menjelang tahun 1970.

Apabila jawatan Ketua Turus Tentera Laut diambilalih oleh anak tempatan, ianya merupakan satu detik permulaan bagi Tentera Laut Diraja Malaysia berdiri sendiri dan tidak lagi mengharapkan orang asing mentadbirnya. Untuk meiaksanakan tujuan kerajaan itu sejak tahun 1968 lagi Tentera Laut Diraja Malaysia telah diperbesarkan sedikit derni sedikit supaya dapat mengambil alih tugas-tugas tersebut, terutama selepas rancangan pengunduran tentera British di pertengahan tahun 1970. Dengan pengunduran pasukan tentera British dari rantau ini maka Malaysia terpaksa memikul sendiri segala beban keselamatan dan pertahanan negara.

Sesungguhnya keputusan Britain mengundurkan bala tentera dari Malaysia telah Memberikan satu rahmat kepada Angkatan Tentera Malaysia. Kerajaan Malaysia telah mengarnbil keputusan membesarkan lagi pasukan tenteranya akibat dari kekosongan itu, Pembesaran Angkatan Tentera Malaysia juga adalah selaras dengan rancangan pembangunan ekonomi dan sosial. Kerajaan menyedari bahawa rancangan pembangunan tentera adalah merupakan satu usaha yang penting untuk menjamin kestabilan negara terutama selepas tertubuhnya Malaysia.

Apabila tentera British berundur sepenuhnya selepas tahun 1970, Malaysia terpaksa menentukan masa depan pertahanannya bersama-sama dengan Singapura, Britain, Australia, dan New Zealand dalam ikatan Peraturan Pertahanan Lima Negara (Five Power Defence A mangement FPDA). Setiausaha Pertahanan British, Denis Healey telah menegaskan bahawa selepas pengunduran tentera British, satu political ceiling diperlukan untuk tujuan membenarkan penempatan tentera Australia dan New Zealand di Malaysia dan Singapura.

Sebelum pengunduran dilaksanakan, sejak tahun 1966 lagi Malaysia telah mengkaji kepincangan pertahanan kesan dari pengunduran tentera British. Kajian tersebut telah dibuat dengan Singapura kerana masalah itu akan dihadapi bersama setelah British mengundurkan tenteranya. Pada 9hb Mei 1966 satu mesyuarat kerjasama pertahanan dan ekonomi telah diadakan di Kuala Lumpur di antara pegawai-pegawai tinggi Kerajaan Singapura dan Malaysia. Mesyuarat itu merupakan yang julung kali diadakan sejak Malaysia berpisah dengan Singapura. Dalam mesyuarat tersebut delegasi Malaysia diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie dengan ahli-ahlinya yang terdiri dari pegawai-pegawai tinggi Kementerian Pertahanan, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dan dari Jabatan Peguam Negara. Sementara delegasi Singapura telah diwakili oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Encik Sim Kee Boon, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Encik G.E. Bogaars dan Pengerusi Lembaga mesyuarat selama 3 hari itu ialah mengenai perbelanjaan dan tanggungjawab mengawal perairan Singapura, termasuk Selat Melaka oleh Tnetera Laut Diraja Malaysia. Dalam bidang ekonomi, mesyuarat telah membincangkan masalah importeksport antara kedua negara, soal taraf syarikat-syarikat perdagangan yang berdaftar di Malaysia dan mempunyai cawangan-cawangan di Singapura serta hak Singapura untuk mengadakan hubungan  perdagangan dengan negara-negara lain. Tetapi apabila menyedari akan akibat hubungan pertahanan serta lain-lain masalah yang akan berbangkit kesan dari pengunduran tentera British dari Malaysia dan Singapura selepas tahun 1971, kedua-dua negara beranggapan bahawa ia harus difikirkan bersarna secara mandala demi masa depan kedua-dua negara.

Pengunduran bala tentera British dari Malaysia bermula pada 10hb Februari 1969 apabila seramai 101 orang dalam kumpulan pertama anggota Batalion Ketiga Light Infantry Brigade bersama keluarga mereka yang berpangkalan di Kem Terendak Melaka telah berlepas pulang ke England. Sebenarnya persetujuan penarikan keluar tentera British dari Malaysia telah dicapai dalam perjumpaan yang dikenali sebagai Sidang Pertahanan lima Negara di Kuala Lumpur pada 10hb Jun 1968. Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak selalu ketua perwakilan Malaysia menjelaskan bahawa tujuan persidangan tersebut ialah untuk mencapai persetujuan mengenai bentuk pertahanan yang jitu di rantau ini setelah pengunduran dilakukan pada tahun1971.

Perkara utama yang dibincangkan ialah membentuk satu sistem pertahanan bersarna yang berkesan di antara Malaysia dan Singapura, serta bentuk bantuan ketenteraan dan ekonomi yang akan diberikan kepada Malaysia dan Singapura oleh tiga negara ahli yang lain. Persidangan tersebut juga telah menumpukan perbincangan mengenai pertimbangan politik dan strategi jangka panjang yang melibatkan pertahanan Malaysia dan Singapura selepas tahun 1971. Di akhir persidangan semua Menteri Pertahanan kelima-lima negara telah mengeluarkan satu kenyataan bersama, yang antara lain menyebut:

"Sidang pertahanan lima negara bersetuju mengadakan susunan pertahanan darat, laut dan udara bagi Malaysia dan Singapura selepas pengunduran tentera British dalam tahun 1971. Negara Britain, Australia dan New Zealand akan mernbantu Malaysia dan Singapura mengadakan satu sistem pertahanan bersama yang berkesan; tiga buah Jawatankuasa Penasihat akan dibentuk bagi mengkaji cara-cara pengawasan dan pengendalian bersama sistem pertahanan darat, laut dan udara oleh Malaysia dan Singapura. Jawatankuasa tersebut akan dibentuk oleh Panglima Agung Tentera Britisb  di Timur jauh dan akan dianggotai oleh pegawai-pegawai tentera kelima-lima negara".

Kenyataan bersama itu juga menyebut bahawa kerajaan Singapura sanggup memberikan sumbangan terhadap sistem pertahanan bersarna, melalui sumbangan dalam bentuk satu skuadron pesawat terbang jenis Hunter yang boleh digunakan sebelum selesai pengunduran tentera British kelaka. Kerajaan Australia pula akan mengadakan satu pasukan tentera udara yang berpangkalan di Butterworth dan pangkalan Tengah, Singapura. Ia terpulanglah mengekalkan pasukan tentera udaranya selepas.


Kerajaan British akan memberikan kernudahan darat termasuk pangkalan pesawat terbang, radar dan kemudahan perhubungan serta alat-alat pertahanan dari darat ke udara, mernbantu pembentukan satu sistem pertahanan baru dengan memberikan latihan-latihan dan juga pakar-pakar untuk dipinjamkan sekiranya ia perlu dan munasabah.

Sidang tersebut juga diberitahu tentang keinginan Malaysia dan Singapura untuk menubuhkan pasukan tentera yang akhirnya boleh bergerak dengan berkesan bagi mempertahankan kawasan pantai. Sementara kerajaan Singapura pula bersetuju membenarkan Tentera Laut Diraja Malaysia menggunakan pangkalannya di Woodlands serta kemudahan-kemudahan lain. Sidang itu juga telah bersetuju mengadakan latihan bersarna selepas tahun 1971. Untuk memudahkan perancangan, siding pada dasarnya bersetuju membentuk badan perancang latihan bersama dan sebuah sekolah latihan gerila yang boleh digunakan oleh lima negara.

Kenyataan bersama itu juga menyebutkan beberapa persetujuan umum yang antara lain  ialah mengenai latihan bersama yang akan diadakan pada tahun 1970. Dalam latihan itu Britain akan  menghantar satu pasukan besar secara langsung dari Britain untuk menguji kemampuan rnenghantar bala tenteranya ke kawasan ini selepas tabun 1971. Britain bersetuju untuk terus mengadakan latihan bersama selepas tahun tersebut.

Malaysia pula bersetuju menimbang untuk menambah kekuatan angkatan tenteranya bagi tujuan pertahanan bersama. Sementara Australia dan New Zealand akan mengadakan kaedah pertahanan jangka panjang berdasarkan kepada hasil-hasil persidangan itu dan menentukan peranan mereka dalam sistem pertahanan dan mengadakan latihan bersama. Buat sementara waktu mereka akan mengekalkan penempatan tentera masing-masing di rantau ini dan membantu memperkuatkan Angkatan Tentera Malaysia dan Singapura melalui bantuan latihan, pegawai dan bantuan pertahanan.

Sesungguhnya persidangan itu amat penting kepada keutuhan wilayah di rantau ini. Ia bukanlah satu bentuk pakatan tentera yang baru tetapi sekadar untuk menghadapi masalah-masalah yang mungkin boleh menggugat keselamatan serantau akibat pengunduran itu. Persidangan kali kedua telah diadakan di Canberra, Australia pada 19hb dan 20hb Jun 1969.


PENGUNAAN BAHASA MELAYU

Persekutuan Tanah Melayu terlepas dari cengkaman penjajah British apabila ia mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957. Dengan itu kebebasan dapat dikecap dan pembangunan boleh ditentukan sendiri oleh rakyat, hatta kepada penggunaan dan juga Angkatan Tentera Persekutuan   menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa perantaraan. Bagi Tentera Laut Diraja Malaya semua mata pelajaran diajarkan dalam Bahasa Inggeris kerana jurulatiah-jurulatihnya terdiri dari anggota yang dipinjamkan oleh Royal Navy. Buku teks yang digunakan juga sedia tercetak dalam babasa tersebut. Di samping itu keupayaan menguasai Bahasa tersebut sama ada secara bertulis atau bertutur dapat memberi pulangan ekonomi dalam bentuk pemberian elaun.

Apabila kemerdekaan tercapai satu kaedah pendekatan baru wujud untuk menunjukkan semangat kebangsaan supaya keutuhan warisan identity bangsa Melayu terjamin. Kaedah itu ialah melalui penggunaan Bahasa Melayu. Memandangkan betapa mustahaknya Bahasa tempatan dipergunakan dengan luas, maka semua cabang pasukan Angkatan Tentera telah diarah mengamalkannya. Persetujuan telah dicapai pada 7hb Februari 1961 di Kementerian Pertahanan Kuala Lumpur, supaya perintah kawad diterjemah dan digunakan dalam Bahasa Melayu. Penggunaan ulung perintah kawad itu telah dikuatkuasakan pada 31hb Julai 1961 di dalam perbarisan yang diadakan di Stadium Merdeka bersempena menyambut perayaan Bulan Bahasa Kebangsaan. Untuk menyelaraskan perlaksanaannya, satu jawatankuasa khas telah dibentuk dan ahli-ahlinya terdiri dan wakil Angkatan Tentera dan Polis Diraja Persekutuan.

Dalam beberapa mesyuarat yang diadakan, jawatankuasa itu telah mengarahkan supaya tiap-tiap perkataan dalam babasa Melayu untuk perintah kawad disingkatkan. Singkatan tersebut hendaklah mudah diucapkan semasa memberi perintah dan mudah pula difahami oleh anggota perbarisan. Untuk membuktikan keberkesanan terjemahan tersebut, jawatankuasa ini telah membuat percubaan di Sungai Udang Melaka dengan menggunakan sebuah platun yang terdiri dari anggota berbagai kaum.

Walaupun terjemahan dibuat supaya dapat memberi makna setepat yang boleh, tetapi ada beberapa perkataan Inggeris yang khusus tidak dapat diterjernahkan sepenuhnya. Contohnya perkataan squad 'skuad' company menjadi 'kompeni', battalion menjadi 'batalion " dan brigade menjadi 'briged', yang kesemuanya dieja bersesuaian dengan fonetik Bahasa Melayu.

Sungguhpun penggunaan Bahasa Melayu dalam Tentera Laut Diraja Malaysia terlaksana dalam bidang kawad, tetapi penyampaian mata pelajaran professional masih lagi menggunakan pengantar Bahasa lnggeris oleh sebab-sebab yang telah dinyatakan. Walaupun ada usaha-usaha untuk menterjemahkan buku-buku teks ke dalam bahasa Melayu tetapi ia belum dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana ciri-ciri operasi Tentera Laut Diraja Malaya yang terpaksa kadangkala berinteraksi dengan pasukan antarabangsa yang menggunakan dan memahami bahawa Inggeris sebagai Bahasa perantaraan. Oleh yang demikian secara terpaksa Tentera Laut Diraja Malaya masih rnenggunakan Bahasa Inggeris secara meluas.

Demi menyahut aspirasi negara dan mendaulatkan Bahasa Melayu di dalam berbagai bidang walaupun menghadapi berbagai kesulitan, usaha gigih sedang diteruskan untuk mengalih bahasakan peraturan, arab, buku teks dan Bahasa perantaraan kepada Bahasa Melayu.

Read 3430 times Last modified on Sunday, 24 April 2016 17:08

MEDIA SOSIAL

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI MARITIM 2018

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 233

Semalam 335

Bulan ini 6501

Keseluruhan 321158

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM