Apr 24

SEDIA BERKORBAN : TLDM MEMBINA MASA DEPAN

Perkembangan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam dekad 70an dengan zaman pembaharuannya adalah berhubungkait, baik dari segi urutan peristiwanya, mahupun dari aspek kepimpinannya. Justeru, di dalam zaman pembaharuan banyak urutan peristiwa berkisar di dalam dekat 70an. Sejajar dengan pembesaran Angkatan Tentera, pada 1hb Jan 1973 Menteri Pertahanan Tun Abdul Razak bin Hussein telah mengumumkan kenaikan pangkat beberapa orang pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia. Di antara pegawai-pegawai itu ialah Komander Dato' K. Tbanabalasingam telah dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda,dan Komander Udara Dato' Sulaiman bin Sujak (Ketua Turus Tentera Udara) dinaikkan ke pangkat Naib Marsyal Udara. Setahun kemudian, iaitu pada 1hb Februari 1974 Kepten Mohamad Zain bin Mohamad Salleh TLDM telah dinaikkan ke pangkat Komander, menjawat jawatan Timbalan Ketua Turus Tentera Laut.

Dalam bulan Oktober 1975, tiga orang pegawai jurutera dan tiga orang Chief Petty Officer dari Royal Navy dan Indian Navy telah menamatkan perkhidmatan mereka dengan Tentera Laut Diraja Malaysia. Mereka terdiri dari Lieutenant Commander Madan Lal IN, Lieutenant Commander B.B. Tapuria IN, Lieutenant T. Mac- Donald RN, CPO J.E. Tyler, CPO S.R. Johnston dan CPO G.B. Preston. Mereka merupakan anggota ekspatriat yang terakhir meninggalkan perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Pada 5hb Julai 1975, YAB Perdana Menteri Tun Abdul Razak bin Hussein semasa membuat lawatan ke Pangkalan di Woodlands, menyatakan bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia akan diperbesarkan lagi dalam rangka Rancangan Malaysia Ketiga. Di antara rancangannya ialah menggantikan kapal-kapal dan alat-alat kelengkapan yang lama, termasuk pembinaan sebuah pangkalan di Lumut dan sebuah lagi di Tanjung Gelang, Kuantan.

Pada 31hb Disember 1976 Ketua Turus Tentera Laut, Laksamana Muda Dato'K. Thanabalasingarn telah bersara dari perkhidmatan. Jawatan beliau telah diambilalih oleh Komander Mohamad Zain bin Mohamad Salleh dalam pangkat Laksamana Muda mulai 1hb Januari 1977.


LAKSAMANA MADYA DATO' MOHD ZAIN BIN MOHD SALLEH SPMJ DPTS DSSP DSSA KMN

Laksamana Madya Dato’ Mohd Zain bin Mohd Salleh dilahirkan pada 9hb Julai 1935, di Batu 11 1/2, Jalan Jelapang, Chemor, Perak.Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Chemor dan kemudian melanjutkan pelajaran eli Sekolah Menengah Anderson, lpoh. Setelah tamat persekolahan pada 30hb Mei 1955, beliau masuk berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaya dan dihantar menghadiri latihan Pegawai Kadet di Britannia Royal Naval College, Dartmouth, England mulai 1hb Januari 1956.

Pada 19hb Disember 1958 beliau dinaikkan ke pangkat Leftenan Muda dan ditugaskan di HMS ST BRIDES BAY yang beroperasi di Timur Jauh. Kemudian beliau berkhidmat di KD MAHAMIRU sebagai Pegawai Panduarah. Beliau dinaikkan ke pangkat Leftenan pada l hb September 1961 dalam jawatan Pegawai Memerintah KD SRI NEGERI SEMBILAN (Seaward Defence Motor Launch). Beliau mengikuti kursus staf di Royal Naval College Greenwich. England. Setelah tamat kursus beliau dijawatkan sebagai Pegawai Memerintah KD SRl TRENGGANU untuk membawa pulang kapal tersebut ke tanahair.Pada 18hb April 1966, beliau dinaikkan ke pangkat Leftenan Komander dalam jawatan sebagai Pegawai Memerintah KD TAHAN. Kemudian beliau dihantar semula ke England untuk mengikuti Kursus Pegawai Laksana dan Pegawai Memerintah di HMS DRY AD, sebelum dijawatkan sebagai Pegawai Laksana KD RAHMAT yang pada masa itu sedang dibina di England.

Pada Ihb Ogos 1969, beliau dinaikkan ke pangkat Komander dan dijawatkan ke KD HANG TUAH sebagai Pegawai Memerintah. Pada tahun 1971 beliau dihantar berkursus di Joint Services Staff College, Latimer, United Kingdom. Sekembalinya dari kursus tersebut, beliau terus bertugas di Kernenterian Pertahanan sebagai Ketua Pegawai TUTUS. Pada Ihb Februari 1971, beliau dinaikkan ke pangkat Kepten dan dijawatkan sebagai Timbalan kepada Ketua TUTUS Tentera Laut. Pada 12hb Februari 974 beliau dinaikkan ke pangkat Komander dan megang jawatan Timbalan Ketua Turus Tentera Laut. Pada I hb Januari 1977 beliau telah mengambilalih jawatan Ketua Turus Tentera Laut dari Laksamana Muda Dato' K. Thanabalasingam dalam pangkat Laksamana Muda. Pada Ihb Januari 1981 beliau dinaikkan ke pangkat  Laksamana Madya dan memegang jawatan Panglima Tentera Laut. Beliau bersara dari Tentera Laut Diraja Malaysia pada 1hb Mac 1986.

Ketika mengumumkan perlantikan Laksamana Muda Dato' Mohamad Zain menjadi Ketua Turus Tentera Laut, Timbalan Menteri Pertahanan Encik Mokhtar bin Haji Hashim menyatakan keyakinannya akan kemampuan Laksamana Muda Dato' Mohamad Zain meneruskan usaha-usaha memajukan Tentera Laut Diraja Malaysia. Serentak dengan itu Penasihat Pertabanan di Kedutaan Besar Malaysia eli Washington, Kepten Abdul Wahab bin Nawi TLDM telah dilantik sebagai Tirnbalan Ketua Turus Ekoran dari pertukaran pucuk pimpinan Tentera Laut Diraja Malaysia itu, seramai 87 orang lagi pegawai terlibat. Ini merupakan satu penyusunan semula jawatan yang paling besar pernah dilakukan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia. la amat besar ertinya terutama di dalam aspek operasi selaras dengan tanggungjawab Tentera Laut Diraja Malaysia yang semakin bertambah dan mencabar.Di bawah kepimpinan Laksamana Muda Dato' Mohamad Zain, tumpuan utama ditujukan kepada pernbinaan pangkalan-pangkalan Lumut dan di Kuantan. Kewujudan kedua-dua pangkalan tersebut menjadi .semakin penting apabila Kerajaan Saigon jatuh ke Langan Vietnam Utara. Pengunduran tentera Amerika dari Vietnam dalam bulan April 1975, telah menyedarkan negara-negara Asean betapa pentingnya 1977-1980 yang melibatkan sejumlah US$544 juta, iaitu yang terbesar di kalangan negara-negara Asean bagi tempoh yang sama. Kepesatan pembangunan dapat diukur melalui pertambahan kapal-kapal di dalam inventori Tentera Laut Diraja Malaysia. Dalam belanjawan 1983 sebanyak $3.888 ribu juta telah diperuntukkan kepada pertahanan. Dari jumlah tersebut Tentera Laut Diraja Malaysia mendapat $803 juta. Mulai 1hb Januari 1981 nama jawatan Ketua Turus Tentera Laut yang disandang oleh Laksamana Muda Dato' Mohd Zain bin Mohamad Salleh telah ditukar menjadi Panglirna Tentera Laut dan dinaikkan tarafnya kepada pangkat Laksamana Madya.


KD PELANDOK

Bagi mengenang sejarah di mana (HMS) PELANDOK  telah digunakan  sebagai nama barek dan pusat latihan semasa penubuhan Straits  Settlement Naval Volunteer Reserve  dan Malay Navy  sebelum Perang Dunia Kedua, nama itu dihidupkan  semula dan  diberi  kepada  pusat  latihan  yang baru, dengan nama  KD PELANDOK. Dengan pertambahan bilangan kapal baru, pangkalan-pangkalan   serta pengwujudan jawatan-jawatan di dalam Tentera  Laut Diraja  Malaysia, sudah  tentu ia juga melibatkan pertambahan  anggota. Untuk memenuhi keperluan tersebut pengambilan anggota-anggota   baru telah dilakukan dengan  pesatnya.

Masalah tempat dan kelengkapan bagi melatih anggota-anggota  baru timbul dan disedari  pada awal tahun 1970. Pada 12hb Ogos  1970, sepasukan  pegawai-pegawai dari  bahagian  Turus Tentera Laut dan Bahagian  Lojistik Kementerian  Pertahanan telah membuat lawatan dan penyelidikan ke Kem Khatib yang terletak di Sembawang, Singapura.  Kem itu ialah bekas pangkalan  Tentera  Darat Malaysia seluas kira-kira 12 ekar. la telah dihadiahkan oleh Kerajaan British kepada Malaysia semasa Singapura masih lagi di dalam gagasan Malaysia.

Read 2210 times Last modified on Sunday, 24 April 2016 19:12

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 282

Semalam 475

Bulan ini 8907

Keseluruhan 338392

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM