Apr 25

NBOS 8 - MILITARY COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (MCTC)

Penubuhan MCTC Pangkalan TLDM Lumut bertujuan meningkatkan kualiti kehidupan warga TLDM melalui penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan Kerajaan yang lebih sempurna, barangan yang lebih murah dan menyediakan program pertanian dan keusahawanan. Penubuhan MCTC Pangkalan TLDM Lumut merupakan salah satu inisiatif yang baik dalam meningkatkan kualiti hidup warga TLDM dan masyarakat setempat. Pengoperasian MCTC Pangkalan TLDM Lumut telah memberi pelbagai manfaat termasuklah peluang meningkatkan taraf ekonomi mahupun kemudahan perkhidmatan kepada warga TLDM serta masyarakat di sekitar Pangkalan TLDM Lumut. Inisiatif di bawah MCTC merangkumi:

1.    Inisiatif 1: Menawarkan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta serta aktiviti sosial.

       a.    Perkhidmatan kaunter PTPTN  pada minggu awal dan akhir pada setiap bulan.

       b.    Perkhidmatan kaunter Kooperasi Tentera pada setiap hari Rabu.

2.    Inisiatif 2: Menjadikan MCTC dan PERNAMA sebahagian dari jaringan UTC-RTC.  Pasar Tani diadakan pada setiap petang Rabu di bawah seliaan FAMA.

3.    Inisiatif 3: Menawarkan tanah terbiar di sekitar kem tentera kepada rakyat untuk aktiviti pertanian bernilai tinggi. Aktiviti pertanian bernilai tinggi di tanah terbiar sekitar sekitar pangkalan adalah seperti berikut:  

      a.    Projek Fertigasi Rakyat. Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Manjung yang mengusahakan tanaman cili di kawasan tanah lapang Apartmen A39.  
            Projek merangkumi tiga fasa iaitu tanaman pertama pada Jun hingga September 2014, tanaman kedua pada April hingga Jun 2015 dan  tanaman ketiga bermula pada bulan Januari
            2016.

     b.    Projek Cendawan. Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Manjung dengan pembinaan sebanyak 20 buah rumah cendawan yang telah siap dibina pada
            20 Jan 15.  Projek ini diselia oleh 8 bintara yang akan bersara pada tahun 2016 di mana sebanyak 20,600 bongkah cendawan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian telah  
            dimasukkan ke Rumah Cendawan pada 8 Apr 15. Kutipan hasil bermula April 2015 dan berakhir pada September 2015. Tanaman semula  musim kedua bermula pada November 2015
            dengan menggunakan bongkah yang dibuat sendiri daripada jerami padi.

    c.    Kursus/Bengkel/Seminar Pertanian. Sebanyak empat kursus/bengkel telah dilaksanakan pada tahun 2015 seperti berikut:

          (1)    Bengkel Fertigasi Cili. Bengkel dilaksanakan pada 23 dan 24 Nov 15 di WASPADA, KD PELANDOK melibatkan 28 peserta TLDM.

          (2)    Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu. Kursus dilaksanakan pada 11 hingga 13 Ogos 15 di Pusat Latihan Pertanian Lekir melibatkan 3 peserta TLDM.

          (3)    Kursus Tanaman Cendawan Menggunakan Media Jerami Padi. Kursus dilaksanakan pada 20 dan 21 Okt 15 di Institut Pertanian Titi Gantong melibatkan seramai 10 peserta TLDM.

          (4)    Seminar Pertanian dan Penternakan. Seminar dilaksanakan pada 27 Okt 15 di Wisma Bintara Lumut melibatkan seramai 100 peserta.

4.    Inisiatif 4: Memberikan bantuan keusahawanan yang komprehensif kepada ahli keluarga tentera. Sebanyak lima kursus keusahawanan telah dilaksanakan melibatkan seramai 85 peserta seperti berikut:   

      a.    Jahitan Baju Melayu Lelaki di Butik A 15 pada 9 dan 10 Mei 15 melibatkan seramai 6 orang suri rumah.

      b.    Bengkel Latihan Amali Pemprosesan Hasilan Bakeri di Bakeri MCTC pada 15 dan 16 Jun 15 melibatkan  seramai 25 perserta.

      c.    Kursus Kecantikan telah diadakan di  KRATEL pada 14 dan 15 Sep 15 melibatkan seramai 20  peserta.

      d.    Kursus Keusahawanan diadakan di KRATEL pada 14 dan 15  Sep 15 melibatkan seramai 20 peserta.

      e.    Jahitan Tudung (3 Layer) di Butik Komuniti A12 pada 12 dan 13 Okt 15 melibatkan seramai 14 peserta.

5.    Inisiatif 5: Mempromosikan aktiviti sukarela yang berhampiran dengan kem-kem tentera. Aktiviti kesukarelawan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

      a.    Projek Jiwa Murni. Gotong-royong menaik taraf infrastruktur Sekolah ACS Lumut telah dilaksanakan pada Okt 15 melibatkan seramai  200 anggota.

      b.    Program One Malaysia Green And Clean.  Dilaksanakan pada 9 Ogos 15 di Pulau Pangkor dengan kerjasama Jawatankuasa Kesihatan,Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak
      melibatkan 100 peserta.

      c.    Gotong Royong. Gotong royong di PPDK Pangkalan TLDM Lumut pada 10 hingga 18 Dis 15.

Read 4836 times

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 493

Semalam 434

Bulan ini 13497

Keseluruhan 728010

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM