TIMBALAN PANGLIMA TENTERA LAUT

POSTER TPTL BENDERA TERBARU 19.12.19

LAKSAMANA MADYA DATO' ABDUL RAHMAN BIN HJ AYOB

PSAT DPMS PGDK DPSM PAT JSM KAT KMN PJM PPS PPA National Order of
Merit MA Strat (Deakin) Dip PSP (UM) dssc psc

Laksamana Madya Dato' Abdul Rahman dilahirkan pada 2 Dis 1964 di Johor Bahru, Johor. Beliau mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia pada 2 Jul 1982 dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM Cawangan Eksekutif pada 13 Jun 1984. Kini beliau diperjawat sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut yang Ke-21 mulai 1 Nov 19. Pencapaian tertinggi beliau di dalam akademi adalah Master of Arts (Strategic Studies) Canberra, Australia.

Kerjaya beliau sebagai seorang Submariner bermula pada tahun 1993 apabila beliau memperolehi lencana kepakaran kapal selam setelah menamatkan latihan kapal selam di HMAS PLATYPUS, Australia. Beliau seterusnya menjalani Latihan Pengenalan Kapal Selam di Sweden pada tahun 1995 dan di Perancis pada 1999 serta berjaya menamatkan Kursus Asas Kapal Selam (AGOSTA Class) pada tahun 2006 di Perancis.

Laksdya Dato' Abdul Rahman telah memegang beberapa jawatan penting di dalam Tentera Laut dan Misi PBB antaranya sebagai Komander Angkatan Kapal Selam TLDM, Timbalan Ketua Misi, Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao Filipina, Panglima Wilayah Laut 2 dan Panglima Armada Timur.

Laksdya Dato' Abdul Rahman telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Dr Norinah binti Mustapha dan dikurniakan 4 orang anak lelaki. Beliau amat meminati sukan tennis dan golf.

Read 26366 times

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 377

Semalam 879

Bulan ini 19841

Keseluruhan 1250270

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM