Jun 28

PEGAWAI WARAN TLDM

POSTER WOON BENDERA TERBARU latest 2

PW I TMK MUHAMAD EIZAD BIN RAMLI

BAT PKN PPS PPA BBA (UNIRAZAK) Dip Tech (UTM) Dip IT (Sal Kolej)

Merupakan anak kelahiran Kuantan, Pahang. Anak ke- 3 daripada 7 orang adik beradik. Memasuki perkhidmatan TLDM pada 23 Februari 1998 (Intake 180) dan diserapkan ke Perantis DTM 06 / Perantis Kejuruteraan 023 dalam Cawangan Teknikal berkepakaran Teknisyen Marin Mekanikal (TMM) sebelum Cawangan tersebut di tukarkan kepada Teknisyen Marin Kuasagerak (TMK). Telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Nurul Hanani binti Hasmuni dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Cherating Kuantan Pahang dan Sekolah Menengah Chukai, Kemaman Terengganu sebelum melanjutkan pelajaran di SAL Kolej Kuala Lumpur.

Sepanjang tempoh perkihdmatan, beliau pernah diperjawatkan di beberapa buah Unit/Pangkalan di Mawilla 1, Lumut, dan perkhidmatan di Sabah/Sarawak seperti DSA, KD BADEK, KD TODAK, UPS TLDM, KD GANYANG, KD KEDAH, ALD2, MkTL-SM PEMB (Tumpangan), MAKS/MPKS (LOG), DSAB, MARKAS KEJURUTERAAN TLDM dan MkTL.

Semasa perjawatan di unit-unit TLDM, beliau pernah di lantik sebagai Ketua Bahagian Jurutera, Penyelia Bengkel Mekanikal dan HULL serta Penyelia Kontrak NOOR SECTION. Beliau merupakan tenaga pakar bagi pembaikan Kapal Selam di MAKS / MPKS dan telah menjalani latihan di Chearboug Perancis. Kecekapan dan pengetahuan beliau sepanjang perkhidmatan di dalam TLDM telah di angkat dan dilantik sebagai Pegawai Waran Markas di Markas Kejuruteraan TLDM sebagai Pegawai Waran Markas yang kedua pada 09 Mei 2016. Beliau juga adalah seorang yang komited, berintergriti, berdisiplin dan berhemah tinggi serta boleh dijadikan sebagai Role Model kepada semua peringkat Lain-Lain Pangkat (LLP) TLDM.

Seorang yang aktif dalam bidang sukan-sukan TLDM seperti Sepak Takraw dan Ping-Pong. Pernah memenangi 2 tahun berturut-turut pada Kejuaraan Sukan 3 Penjuru Sepak Takraw dan Ping-Pong di Semporna, Sabah. Beliau juga pernah memenangi tempat Pertama dalam Anugerah Anggota Kualiti dan Inovasi MAKS bagi suku tahun kedua 2013 dan tempat Pertama keseluruhan pada Anggota Kualiti dan Inovasi MAKS dan AKAS serta telah dicalonkan sebagai Bintara Terbaik 2013 di peringkat akhir TLDM.

Sepanjang perkhidmatan di dalam TLDM, peluang untuk berkursus juga diberikan kepada beliau bagi memastikan kecekapan didalam pekerjaan sentiasa yang terbaik seperti kursus-kursus dalam dan luar negara yang pernah dihadiri ialah DA 2000 MONOTORING SYS (KDG), MTU Maintenance 538 16V90TB (W1-W4 & W1-W5) Fire Intervention Group and Subcrew Course di Brest France, Naval Base Maintenance Submarine Training (NBMT) di France & Spain, Joint Warrant Officer Course (JWOC) di Australia.

Kewibawaan, dedikasi serta penampilan yang telah di tunjukkan dalam perkhidmatan dari segi Pengetahuan, Kerjaya serta Moral yang tinggi, beliau telah diberi kepercayaan bagi menerajui peringkat LLP TLDM dan diperjawatkan sebagai Pegawai Waran TLDM (WOON) yang ke-6 mulai 17 November 2016.

Read 4216 times Last modified on Rabu, 29 Januari 2020 06:47

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 718

Semalam 801

Bulan ini 8589

Keseluruhan 802249

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM