Jun 29

PWM MARKAS PEMERINTAHAN PASKAL

PWM PASKAL 20

PW I PAP (PKL) ABDOL SHAM BIN ASSIN

BAT PNBB (Lubnan) PPS PPA UNIFIL BBA 

PW I PAP (PKL) Abdol Sham bin Assin telah dilahirkan di Kampung Baru, Kota Samarahan, Sarawak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru dan melanjutkan pelajaran sehingga Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Muara Tuang. Mula memasuki perkhidmatan pada 18 April 1996 dan mendapat latihan ketenteraan awal di Pusat Latihan Rekrut di Woodlands, Singapura seterusnya menyertai Pasukan Khas Laut (PASKAL) setahun kemudian. Bintara telah berkahwin dan mempunyai 4 orang cahaya mata.

Bintara telah menabur jasa dan bakti selama 24 tahun dalam perkhidmatan dengan menunjukkan sikap taat setia yang tinggi dan tidak berbelah bagi dalam melaksanakan tugas yang di amanahkan. Sentiasa menunjukkan mutu kerja yang cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan dan bebas daripada kesalahan disiplin. Sepanjang berkhidmat dalam pasukan ini, bintara pernah diperjawatkan dalam beberapa jabatan seperti Skuadron Gempur Bravo, Jabatan Kawalan Anggota, Skuadron Gempur Alpha, Payujun dan sekarang sebagai Pegawai Waran Markas, Markas Pemerintahan PASKAL.

Di samping kursus kerjaya, bintara mempunyai beberapa kursus kepakaran. Antara kursus yang pernah dihadiri oleh bintara adalah seperti Jurulatih Abselling dan Penyelamat Udara (JAPU), Pelepas Terjun Bebas (JUMP MASTER), Asas Terjun Bebas (FREE FALL), Fisioterafi dan Kecederaan dalam sukan serta Emosi dan Strees dalam Sukan Anjuran TLDM. Setiap kursus yang dihadiri sering menghasilkan keputusan yang cemerlang dan amat membanggakan.

Sementara itu, bintara aktif dalam menjayakan eksesais dan operasi yang melibatkan pasukan ini. Pernah mengikuti beberapa siri latihan gabungan bersama Pasukan Khas Negara Asing seperti US Navy SEAL, MALPHI, PHIMAL dan MALINDO DARSASA Eksesais Green Beret bersama United State Special Operation Forces (USSOF) di samping eksesais tahunan yang lain seperti Ek Jerung Emas, Ek Naga Emas, Ek Ular Emas, Ek Wira Laut, Ek Belangkas, Ek Janggal dan Ek Pangkor War .

Bintara juga pernah terlibat dengan operasi sebenar. Senarai operasi yang pernah bintara sertai adalah seperti Gugusan Semarang Peninjau (GSP), Op PADANAN, Op Pasir Laut, Op Seri Petaling, Op Neraca, Op Daulat Cahaya, dan Op Fajar. Setiap penyertaan beliau dalam setiap operasi telah menghasilkan perkembangan yang positif. Lantaran komitmen yang tinggi, beliau telah terpilih untuk mengikuti Misi PBB, United Nation Interim Force in Lebanon (UNIFIL) pada tahun 2013. Bintara terlibat aktif dalam bidang sukan Payung Terjun dan mewakili TLDM dan ATM sehingga sekarang. Bintara juga pernah Mewakili Formasi Markas Armada semasa Kejohanan Mini Olimpik TLDM dalam sukan menembak rifle sehingga berjaya menghasilkan kejayaan cemerlang. Bintara juga pernah mewakili pasukan ini dalam sukan bola sepak semasa Kejohanan Piala Zain.

Sebagai seorang anggota tentera, Bintara aktif melibatkan diri dalam aktiviti sosial serta Projek Jiwa Murni. Bintara juga merupakan AJK Persatuan Payung Terjun TLDM, AJK kebajikan anggota PASKAL dan AJK Kelab dan Sosial SMK Convert Sitiawan Sehingga kini. Bintara juga merupakan tenaga pengajar kepada calon Angkasawan Negara dan sering terlibat sebagai tenaga pengajar semasa Latihan Gabungan bersama US NAVY SEAL serta NBOS bersama BOMBA PENYELAMAT MALAYSIA.

Mempunyai tahap fizikal yang baik, taraf kesihatan FE serta BMI yang ideal. Sikap profesionalisma bintara juga sesuai dengan nilai kualiti peribadi yang amat membanggakan sebagai anggota PASKAL. Segala tugas serta tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan efektif sama ada semasa berkhidmat di Skuadron Gempur dan sebagai jurulatih. Sentiasa mempamerkan taat setia tanpa berbelah bagi dan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh cemerlang dan dedikasi. Sering memberikan idea yang bernas kepada pihak atasan dan bimbingan untuk anggota bawahan. 

Sifat tidak jemu dan berputus asa yang beliau miliki amat dikagumi dan perlu dicontohi. Ia amat sesuai untuk dijadikan sebagai seorang contoh ataupun icon yang terbaik untuk generasi baru bagi membentuk diri yang berkualiti dan berwawasan di dalam perkhidmatan TLDM khususnya dan ATM amnya. Sebagai bintara yang cemerlang, beliau telah dipilih memegang jawatan Pegawai Waran Markas, Markas Pemerintahan Pasukan Khas Laut pada 20 Jan 2020 dan merupakan satu kebanggaan bagi pasukan khususnya dan keseluruhan anggota LLP amnya.

Read 2401 times Last modified on Isnin, 13 Julai 2020 04:33

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 718

Semalam 801

Bulan ini 8589

Keseluruhan 802249

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM