Print this page
Jun 29

PWM MARKAS PEMERINTAHAN KAPAL SELAM

PWMMPKS2019small

PW I TLS SHAHRULNIZAM BIN SULAIMAN

PPS PPA BoM (HONS) (UNITAR) Dip Tek Marin (UTM)

Merupakan anak kelahiran Bandaraya Ipoh, Perak. Anak sulung daripada 6 orang adik beradik. Memasuki perkhidmatan TLDM pada 28 Oktober 1999 (Pengambilan 183) dan diserapkan ke Perantis Diploma Teknologi Marin dalam Cawangan Teknikal berkepakaran Teknisyen Marin Elektrikal Sistem (TME(S)) sebelum cawangan tersebut ditukarkan kepada Teknisyen Lektrik Senjata (TLS). Telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Farah Ashikin binti Zamberi yang merupakan seorang guru yang kini mengajar di Sekolah Kebangsaan TLDM Kota Kinabalu. Hasil perkahwinan PWM dikurniakan 2 orang anak lelaki. Telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Kinta Ipoh dan memperolehi keputusan SPM Pangkat 1 di Sekolah Menengah Anderson Ipoh.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah ditugaskan di beberapa unit kapal dan pangkalan TLDM antaranya ialah UPS TLDM Lumut, DSA Lumut, Ex-KD Rentaka, RMN Stn Sierra, KD Malaya (tumpangan refresher course untuk persiapan kursus kapal selam), SM Pemb MkTL (tumpangan kursus kapal selam), Markas Angkatan Kapal Selam (Staf Sistem Kombat) dan Pusat Latihan Kapal Selam (Jurulatih Sonar Akustik).

Semasa perjawatan di unit-unit TLDM, beliau pernah diamanahkan sebagai:

1. Ketua Bahagian Jurutera RMN Stn Sierra.
2. Pegawai Pemeriksa Aset (2017-2019).
3. Tim Pengendali Papan Suis Utama Bekalan Kuasa Darat ke Kapal Selam.
4. Tim Pemunggahan Black Shark Torpedo dan Misil SM39 ke Kapal Selam.
5. Ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari tahun 2015 hingga 2018 peringkat Markas (tempat pertama), AITL (tempat kedua) dan
    peringkat akhir AIKP.

6. Koordinator Projek Jiwa Murni untuk tiga tahun (2015 - 2018).

Sepanjang perkhidmatan di dalam TLDM, selain menjalani kursus kerjaya yang menyokong perjalanan karier beliau, beberapa kursus tambahan telah dilalui dengan jayanya seperti:

1. Diploma Teknologi Marin.
2. Kursus Kelayakan Tahap 1 Kapal Selam.
3. Kursus Prejoining Maintenance Kapal Selam.
4. Kursus Pengendalian Papan Suis Utama Bekalan Kuasa Darat ke Kapal Selam.
5. Kursus Pemunggahan Black Shark Torpedo dan Misil SM39 ke Kapal Selam.
6. Kursus MS ISO dan OHSAS.
7. Kursus Pengendalian Aset.
9. Kursus Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB).

Sikap ingin mencabar kemampuan diri yang beliau miliki telah mendorong PW untuk mengikuti Program K-Force dan berjaya memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Pengurusan pada Disember 2017.

Perkhidmatan TLDM telah mengiktiraf kecemerlangan beliau seperti berikut:

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 2014.
2. Anugerah Bintara Kreatif dan Berkualiti Suku Tahun Kedua Markas Angkatan Kapal Selam – 2016.
3. Calon Anugerah Bintara Terbaik TLDM - 2016.
4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 2017.

Sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti sukan seperti larian, hiking dan bowling. Sentiasa mengikuti acara larian yang dianjurkan di sekitar Kota Kinabalu dan secara konsisten menyertai virtual run 42 km setiap bulan dalam tahun 2019.

Penglibatan aktif dan sikap terbuka yang ditunjukkan beliau di kawasan taman perumahan amat disenangi jiran tetangga di Taman Seri Indah Kota Kinabalu. Penglibatan positif dalam aktiviti sosial dan keagamaan yang ditunjukkan oleh PW mampu melonjak imej TLDM pada pandangan masyarakat.

Sikap kerjasama, toleransi dan sentiasa positif adalah menjadi antara elemen-elemen beliau dicalonkan sebagai Pegawai Waran Markas bagi Markas Pemerintahan Angkatan Kapal Selam mulai 21 Okt 19.

Read 2309 times Last modified on Rabu, 22 Januari 2020 07:53