Print this page
Jun 28

PWM MARKAS WILAYAH LAUT 1

PWMMawilla1kecil

PW I JTP (HAC) MOHAMMAD KHAN BIN HJ MOHD NEWAZ

BAT PPS PPA

Merupakan anak kelahiran Kuantan, Pahang (Kem Batu 10). Anak ke-6 daripada 12 orang adik beradik. Mula memasuki perkhidmatan TLDM pada 18 April 1996 (Intake 175) di Woodlands Singapura, dan diserapkan ke Cawangan Pelaut Radar Plotter (RDP) sebelum Cawangan tersebut di tukarkan kepada Juruplot Taktikal Peperangan (JTP). Telah berkahwin dengan Puan Sameera binti Rahimatullah serta mempunyai 3 orang cahaya mata. Isteri beliau seorang suri rumah sepenuh masa dan sering melibatkan diri dengan aktiviti BAKAT Sentral.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah ditugaskan di beberapa unit kapal dan pangkalan TLDM antaranya ialah, KD BADEK, KD MUSYTARI, KD YU, Stesen Mike, Markas Tentera Laut Cawangan Teknologi Maklumat, KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, KD PELANDOK (Jurulatih Asas Navigasi), Projek New Generation Petrol Vessel (NGPV) ketiga PV 3, KD PERAK First Crew, dan Markas Tentera Laut Bahagian Sumber Manusia - HRMIS.

Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Jawantankuasa program-program yang bertaraf antarabangsa seperti:

a. Sekretariat Westren Pacific Naval Symposium Senior Enlisted Leaders Working Group 2014 (WPNS SELWG) yang merupakan seminar Pegawai Waran (PW) yang melibatkan 24 buah negara yang dianjurkan oleh TLDM pada 18 hingga 22 Ogos 14 di Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur.

b. Ahli Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) LIMA '01, LIMA '03, LIMA '13, LIMA '15, LIMA '17, dan LIMA ‘19 yang membantu pengurusan ICT di Segmen Maritim.

c. Tim Penyediaan Risalah 'CHIEF OF NAVY ON WATCH' (Versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia) 2016.

d. Tim Konsolidasi PW bersama Pegawai Waran TLDM untuk membincangkan kaji selidik dan Permasalahan Warga LLP.

Beliau juga sentiasa bergerak secara aktif dalam Projek Inovasi dan seminar yang dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia (BSM) seperti berikut:

a. Tim Projek Inovasi Anugerah Inovasi Tentera Laut (AITL) - Kategori ICT (Johan) dan Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan (AIKP) - Kategori ICT (Peringkat Akhir Tempat ke 5) dalam Projek Penilaian Prestasi Pegawai atas talian (e-Appraisal) 2014.

b. Tim Penulisan Projek Inovasi dan kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) iaitu Penyimpanan Kabel Rangkaian (RIKTIG) - Kategori Teknikal (Tempat ke-3) 2014.

c. Tim Penulisan Anugerah Inovasi Tentera Laut (AITL) iaitu Pengendalian Pemasangan Kabel Rangkaian (NETRO) - Kategori Teknikal (Peringkat Akhir) 2015.

d. Tim Pembentangan Kertas Kerja Seminar PW BSM 2014 dengan tajuk Peningkatan Kerjaya dan Kenaikan Pangkat dalam tempoh yang singkat memberi kepuasan kepada warga TLDM.

e. Pembentangan Kertas Kerja Seminar Bintara peringat Wilayah di PHN 2016 mewakil Mk TL dengan tajuk Program Transformasi 15 to 5.

f. Panel Pemilihan Bintara dan Laskar Kreatif dan Berkualiti Suku Tahun bagi Mk TL 2016.

g. Tim Penyediaan Kertas Kerja Memperkasakan Fungsi Pegawai Waran dalam TLDM 2017.

h. Sekretariat Bengkel Juragan dan Bintara Tatatertib 2017.

i. Tim K3M

j. Tim penubuhan Jawatankuasa Pegawai Waran (JKPW)

Di samping penglibatan aktif dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh perkhidmatan, beliau mempunyai sikap terbuka dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan yang dianjurkan oleh Surau dan Blok penginapan Desa Pasifik Ampang. Pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Blok H (2017), AJK Protokol Laut Wisma Bintara ATM merangkap Timbalan Yang Dipertua (TYDP) Laut (2017) dan Pengerusi Perumahan ATM (2018).

Beliau juga pernah dianugerahkan Bintara Kreatif dan Berkualiti Suku Tahun Pertama Markas Tentera Laut Tahun 2014 dan Bintara Terbaik TLDM 2016. Beliau juga dianugerahkan pingat Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Bentara Angkatan Tentera (BAT) 2014 dan Lencana Sailor of The Year (2018). Sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti sukan seperti Badminton, Futsal, Bowling dan Golf NAGA yang dianjurkan di peringkat Bahagian dan Markas. Beliau juga merupakan Pegawai Teknik Olahraga KOAM serta pernah mewakili TLDM dalam Kejohanan Mini Olimpik (KMO).

Bagi mengiktiraf PW yang sentiasa komited dan berdisiplin, Pengurusan tertinggi TLDM dan LLP menyokong dan bersetuju untuk PW dilantik sebagai Pegawai Waran Markas (PWM) Markas Wilayah Laut 1 yang ke-3 mulai 17 Jun 19.

Read 2466 times Last modified on Rabu, 22 Januari 2020 07:51