Jun 28

PWM MARKAS WILAYAH LAUT 3

PWMMawilla3 kecil

PW I PAP (GI) NOOR AZAM BIN HASHIM

BAT PPA PPS PBB PNBB

PW I PAP (GI) Noor Azam bin Hashim telah dilahirkan pada 24 Nov 1972 di Jitra Kedah. Beliau berkelulusan Sijil Pendidikan Menengah (SPM). Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Seri Mahawangsa Jitra Kedah. Memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia pada 17 Jul 1995 di Pusat Latihan Tentera Laut Woodlands Singapura, Pengambilan 173 dan telah diserapkan ke Cawangan Pelaut yang berkepakaran Peperangan Atas Permukaan.

Sepanjang tempoh 23 tahun perkhidmatan beliau telah diperjawatkan dibeberapa buah kapal dan unit di dalam TLDM seperti KD RAJA JAROM, KD PARI, KD SERANG, dan KD JEBAT manakala unit-unit pangkalan seperti KD SRI LABUAN, PROTELA Lumut, KD PELANDOK dan Misi Pengaman di Lubnan.

Semasa di perjawatkan di unit-unit dalam TLDM beliau pernah ditugaskan sebagai Jurulatih Kawad dan menjawat jawatan sebagai Pegawai Waren Tatatertib (PWTT) di Sekolah Peperangan Atas Permukaan KD PELANDOK. Semasa berkhidmat di Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL) beliau juga pernah diperjawatkan sebagai Pegawai Waren Kawalan Mutu (QC) dalam memantau tentang pelaksanaan latihan di unit bawah naungan seperti KD PELANDOK, KD SULTAN IDRIS 1, Pusat Kepimpinan TLDM dan Pusat Latihan di Tanjung Pengelih JOHOR.

Sebagai pengiktirafan dalam perkhidmatan, PW I PAP (GI) Noor Azam bin Hashim dianugerahkan Pingat Bentara Angkatan Tentera (BAT) oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara. Seorang yang komited, berdisplin, berhemah tinggi serta boleh membimbing dan menjadi role model kepada semua peringkat anggota Lain-lain Pangkat.

Pada tanggal 1 Apr 2019 beliau telah dilantik sebagai Pegawai Waran Markas yang ke 3 di Markas Wilayah Laut 3. Pelantikan Pegawai Waran Markas merupakan sejarah di dalam TLDM. Pegawai Waren merupakan salah seorang yang diberi kepercayaan oleh perkhidmatan untuk menyandang jawatan tersebut.

PW I PAP (GI) Noor Azam bin Hashim telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Zainab bte Ayob pada 18 April 1997 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Read 1660 times Last modified on Rabu, 22 Januari 2020 07:52

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 712

Semalam 801

Bulan ini 8583

Keseluruhan 802243

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM