Jun 28

PWM MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA BARAT

PWMMPABsmall

PW I PAP (GI) ABU BAKAR BIN AMAT

BAT PPN PPS PPA

PW I PAP (GI) Abu Bakar bin Amat telah dilahirkan pada 04 Okt 1971 di Hospital Besar Melaka. Memasuki Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia pada 01 Julai 1993 di Woodlands Singapura dan telah diserapkan ke Cawangan Kelasi iaitu Peperangan Atas Permukaan (PAP) dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mana merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Tun Tuah Bachang, Melaka. Beliau telah diperjawatkan sebagai Pegawai Waran Markas Pemerintahan Armada Barat pada 26 Mei 2017.

PW I PAP (GI) Abu Bakar bin Amat telah memasuki perkhidmatan pada 1 Jul 93 dari Pengambilan 169. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah diperjawatkan di pelbagai unit termasuk kapal TLDM dan pangkalan. Beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan tertinggi TLDM untuk menjadi Pegawai Waran Markas Armada Barat setelah mempamerkan prestasi yang baik sebagai Pegawai Waran Markas Bantuan TLDM selama 2 tahun 1 bulan.

Sepanjang perkhidmatannya, PW I PAP (GI) Abu Bakar telah ditugaskan di beberapa buah Kapal dan unit Pangkalan TLDM antaranya, KD MAHAWANGSA, SKTLDM Sitiawan, KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN, PROTELA Lumut, KD LEKIR, KD RAJAWALI, Sekolah Peperangan Atas Permukaan KD PELANDOK, Maktab Tentera Diraja (MTD), KD SULTAN IDRIS I, Markas Pemerintahan Bantuan TLDM dan terkini Markas Pemerintahan Armada Barat. Beliau telah diberi peluang menghadiri kursus Meriam 76/62mm Oto Melara, 40/70mm Oto Breda dan beberapa lagi kursus lain di LA SPEZIA, Italy. Sejurus tamat kursus selama setahun, beliau telah menjadi sebahagian daripada krew pertama Class Corvette KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN dan menjawat jawatan sebagai Gunnery Yeoman sehingga kapal tersebut ditauliahkan pada 31 Julai 1999 di Fincantieri Shipyard LA Spezia Italy.

Sebagai pengiktirafan di dalam perkhidmatan, PW I PAP (GI) Abu Bakar bin Amat dianugerahkan Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan Pingat Bentara Angkatan Tentera (BAT) oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.

PW I PAP (GI) Abu Bakar bin Amat telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Salmiah binti Haji Saleh pada 23 Mei 1997 dan kini telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu seorang lelaki dan 3 orang perempuan.

Read 2086 times Last modified on Rabu, 22 Januari 2020 07:47

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 718

Semalam 801

Bulan ini 8589

Keseluruhan 802249

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM