Jun 28

PWM MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TLDM

PWM MPPL

PW I KOM (I) SARFARIZAL BIN MD SAAD

PPS PPA

Merupakan anak kelahiran Pulau Langkawi, Kedah. Anak sulung daripada 6 beradik ini lahir pada 23 Jan 1977. Memasuki perkhidmatan TLDM pada 28 Jun 1999 dari pengambilan 182/99 dan telah diserapkan ke Cawangan Pelaut berkepakaran Komunikasi Taktikal (KMT). PW I KOM (I) Sarfarizal bin Md Saad telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Hasna binti Ab Wahab yang berasal dari Jerantut, Pahang pada 31 Ogos 2003 dan kini bertugas sebagai Jururawat di Klinik Kesihatan Pulau Pangkor, Perak. Hasil perkahwinan, beliau telah dikurniakan 3 orang cahayamata. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka dan Sekolah Menengah Tuanku Putra, Pulau Langkawi, Kedah sebelum menduduki peperiksaan STPM di Sekolah Menengah Mahsuri, Pulau Langkawi, Kedah.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, PW I KOM (I) Sarfarizal bin Md Saad pernah berkhidmat dibeberapa Unit Pangkalan dan juga kapal-kapal TLDM seperti ex KD SRI SARAWAK, SKTLDM Kuantan, KD MAHAWANGSA, SKTLDM Lumut, KD LEKIU, Pusat Sumber Maritim dan Sejarah TLDM (PUSMAS TLDM), KD JEBAT, KD PELANDOK dan kini diperjawatkan sebagai Pegawai Waran Markas bagi Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL). Beliau pernah menjadi salah seorang daripada pengubal buku rujukan Malaysian Communication Publication Vol II (MANCO Vol II) bagi edisi 2013 dan terbaru edisi 2019. Selain itu, beliau juga merupakan Pegawai Waran yang bertanggungjawab bagi Penambahbaikan Sistem Latihan dan Silibus Komunikasi pada 2012 dan 2018. Beliau juga merupakan pengendali sistem latihan Fleetwork Trainer Simulator sejak ia ditambahbaik sistem sedia ada dan merupakan Subject Matter Expert (SME) di dalam kepakaran Komunikasi. Sepanjang perkhidmatan PW I KOM (I) Sarfarizal bin Md Saad juga telah diberi peluang untuk mengikuti beberapa kursus seperti Kursus Telegon Migrate 10, Kursus Penulisan Bahasa, Kursus kendalian Communication On The Move (COTM), Kursus Peperangan Elektronik, Kursus SATCOM ATM dan beberapa kursus yang lain. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tinggi di dalam kepakaran Komunikasi terutamanya Komunikasi Taktikal, beliau sering kali dipanggil untuk menjadi tenaga pengajar bagi kapal-kapal mahupun terlibat dengan Tim Penilai apabila kerjasama diantara Markas Kesiagaan TLDM. Seorang yang komited, berdisiplin dan berpengetahuan tinggi, beliau merupakan role model kepada semua peringkat Lain-lain Pangkat terutamanya bagi pelatih-pelatih dibawah Unit Naungan MPPL.

PW I KOM (I) Sarfarizal bin Md Saad juga aktif didalam sukan seperti Bola Sepak dan Futsal. Beliau pernah mewakili unit dalam beberapa pertandingan anjuran Markas Formasi. Bagi mengisi masa lapang beliau lebih suka beriadah bersama keluarga. Dengan kepercayaan daripada pucuk pimpinan tertinggi MPPL, PW I KOM (I) Sarfarizal bin Md Saad telah dilantik secara rasminya pada 18 Apr 2019 sebagai Pegawai Waran Markas bagi Markas Pendidikan dan Latihan TLDM.

Read 1886 times Last modified on Jumaat, 17 Julai 2020 09:55

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 704

Semalam 801

Bulan ini 8575

Keseluruhan 802235

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM