Jun 28

PWM MARKAS WILAYAH LAUT 2

PWMMawilla2small

PW I PRL ABDUL MALEK BIN JUMAT

BAT PPS PPA

PW I PRL Abdul Malek bin Hj Jumat dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 27 Sep 1973 dan merupakan anak ke tiga dari lima adik beradik. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2 Januari 1993 dan menjalani latihan asas rekrut di Pusat Latihan TLDM Woodland, Singapura dalam mengambilan intek 168/93 dan telah diserapkan ke cawangan kelasi dalam kepakaran Regulating Rating (RGR) dan merupakan cawangan baharu didalam perkhidmatan TLDM bagi menggantikan cawangan Juragan (JGN) dan kini kepakaran RGR telah pun di tukar nama kepada kepakaran sediada dengan perjawatan terkini iaitu Provos Tentera Laut.

Sepanjang perkhidmatan beliau telah diperjawatkan di beberapa buah kapal dan pangkalan. Antara kapal - kapal yang beliau telah berkhidmat ialah KD KASTURI, KD LEMBING, KD SERANG dan KD MAHAWANGSA . Perkhidmatan di pangkalan antara lain PROTELA LUMUT (Istiadat TLDM), KD SRI SANDAKAN, KD PELANDOK, Cawangan Penyiasatan Khas (CPM ATM Labuan), Pusat Kepimpinan TLDM dan KD Sultan Idis I (KDSI I), Markas Pemerintahan Armada dan sekarang di Markas Wilayah Laut 2 sebagai Pegawai Waran Markas.

Pada tanggal 2 Mei 2019, beliau telah pun dilantik menjadi seorang Pegawai Waran Markas di Markas Wilayah Laut 2 Sandakan Sabah dan sebagai pengiktirafan didalam perkhidmatan, beliau turut jua melibatkan diri dalam kerja kerja amal serta sosial bersama anggota dan masyarakat disekelilingnya. Beliau mudah berinterasi bersama anggota dan pegawai serta semua lapisan masyarakat setempat dan melaksanakan aktiviti keagamaan dan aktif jua didalam bidang sukan yang ada. Semasa perkhidmatannya, beliau terlibat secara tidak langsung menjalani pelbagai eksesais bersama kapal-kapal perang dari negara asing seperti Amerika syarikat, India, Pakistan, Myammar, Thailand dan Filipina. Hasil daripada perkhidmatan dikapal sebagai Juragan, beliau telah diberi kepercayaan oleh pihak atasan untuk mendidik dan mengajar pegawai-pegawai muda di Kolej Tentera Laut Diraja Malaysia semasa berkhidmat di KDSI I. Sebagai pengiktirafan di dalam perkhidmatan beliau telah di anugerahkan Pingat Bentara Angkatan Tentera (BAT) oleh DYMM yang DI Pertuan Agong di Istana Negara.

Kewibawaan serta dedikasi yang telah ditunjukkan bukan sahaja timbul dari kewajipan terhadap tugas malah didorong oleh sifat taat setia kepada negara serta tidak mengutamakan kepentingan peribadi. Atas kegigihan, ketaatsetiaan kepada negara dan perkhidmatan dan sikap profesional dalam pelaksanaan tugas.

Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Jamaliah bte Mohd Diah dan kini telah dikurniakan 4 orang cahaya mataiaitu 3 lelaki dan seorang perempuan dan kini menetap di Rumah Keluarga TLDM Sandakan.

Read 1810 times Last modified on Jumaat, 10 Julai 2020 01:34

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 718

Semalam 801

Bulan ini 8589

Keseluruhan 802249

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM