Jun 29

PWM MARKAS PANGKALAN LUMUT

PWMPANGKALsmall

PW I PRL MUHAMMAD AZMI BIN ABDULLAH

BAT PJK PBS PPA

Beliau telah dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada 25 Ogos 1971, beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah St Mark Butterwoerth Pulau Pinang. Memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia pada 1 Julai 1993 di Berek TLDM Woodlands, Singapore dan diserapkan ke Cawangan Kelasi dalam kepakaran Regulating Rating (RGR). Kini kepakaran RGR telah ditukar kepada kepakaran asal iaitu Provos Tentera Laut (PRL).

Sepanjang perkhidmatan, beliau diperjawatkan dengan pelbagai jawatan. Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang adalah sebagai Jurulatih Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PALAPES TLDM di Universiti Sains Malaysia dan Universiti Utara Malaysia), Bintara Koordinasi Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) peringkat Kebangsaan, Jurulatih Beliawan dan Beliawanis di KLD TUNAS SAMUDERA, Staf Risik RNO PENANG, Juragan KD SELANGOR, Juragan KD MALAYA, dan Juragan MARKAS PANGKALAN LUMUT.

Pada Tanggal 22 April 2019, beliau telah dilantik menjadi Pegawai Waran Markas di Markas Pangkalan Lumut sebagai pengiktirafan di dalam perkhidmatan, turut melibatkan diri dalam kerja-kerja amal dan sosial bersama masyarakat setempat. Beliau dapat bergaul dan berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat semasa melaksanakan kerja-kerja amal dan sosial. Selain aktiviti sosial, beliau juga aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili TLDM di dalam sukan bola sepak.

Sepanjang perkhidmatan, beliau telah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai nilai-nilai peribadi yang tulus ikhlas serta bersikap adil dalam menjalankan tugas. Disamping itu, beliau juga berupaya merancanakan sesuatu tugas dengan sistematik mengikut lunas-lunas dan peraturan yang ditetapkan. Sebagai anggota lain-lain pangkat yang terkanan di unit, beliau mengambil berat atas segala hal kebajikan dan masalah peribadi anggota bawahan dengan baik.

Telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Misravida binti Muhammad Jamek dan kini dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu 3 perempuan dan 2 lelaki.

Read 1889 times Last modified on Rabu, 22 Januari 2020 07:54

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 719

Semalam 801

Bulan ini 8590

Keseluruhan 802250

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM