Jul 03

PWM MARKAS LOGISTIK TIMUR

Written by 

PWM Markas Logistik Timur

PW I TNL MUHAMMAD NOR AIMAN BIN ABDULLAH

PPS PPA

Beliau merupakan Pegawai Waran Markas (PWM) yang pertama dilantik sebagai Pegawai Waran Markas Logistik Timur (PWM Mk LT). Beliau merupakan anak kelahiran negeri Melaka. Beliau menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia pada Mac 2000 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang, Selangor. Beliau menjalani latihan rekrut di Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut Diraja Malaysia (PULAREK TLDM) Tanjung Pengelih, Johor. Merupakan pengambilan pertama yang berjaya menamatkan latihan rekrut dipusat latihan tersebut.

Sepanjang perkhidmatan, beliau diperjawatkan dengan pelbagai jawatan. Antaranya KD HANG TUAH, KD SRI TAWAU, KD SULTAN ISMAIL, PUSAT KEPIMPINAN TLDM, DEPOT BEKALAN ARMADA, KD SRI INDERASAKTI, KD SRI SANDAKAN, KAPAL AUXILLARI TUN AZIZAN (KA TAZ) , MARKAS LOGISTIK TIMUR dan MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA TIMUR. Pengalaman berharga beliau ialah semasa penugasan dalam operasi terhad iaitu OP PASIR dan OP DAULAT BENUA yang melibatkan keselamatan negara.

Selain itu, semasa berkhidmat di KA TAZ beliau terlibat dalam operasi melibatkan intergrasi dengan pihak kepentingan bersama seperti Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC Berhad).

Beliau mempunyai pengalaman yang luas hasil daripada perjawatan-perjawatan yang pernah disandang di antaranya ialah Jurulatih Pengajian Kepimpinan (Pertengahan) di Pusat Kepimpinan TLDM, Yang Dipertua Wisma Laskar Depot Bekalan Armada, Ahli Pasukan Bertindak Proses Markas Pendidikan Dan Latihan TLDM (MPPL) bagi Anugerah Kualiti Markas, Ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KA TUN AZIZAN, Ahli Jawatankuasa Bersama Koordinator Projek Jiwa Murni Markas Logistik Timur dan beberapa jawatan lain lagi. Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam penyediaan kertas kerja awal pengubahsuaian Pangkalan Tentera Laut KD SRI TAWAU pada tahun 2003.

Sepanjang perkhidmatan, beliau juga telah menghadiri beberapa kursus dan seminar. Di antaranya kursus yang telah dihadiri ialah Sistem Latihan (Teknik Mengajar, Analisis dan Reka Bentuk, Kawalan Mutu), Pengurusan Kualiti (ISO 9001:2008), Building English Skills, Crane Operator Course, Developing Dynamic Web Application, Fasilitator EKSA, Flight Deck Officer (FDO), Kursus Asas Lotus Freelance, Kursus Pengurusan Inventori V3, Pengurusan Rekod Kerajaan, Teknik Mengajar (Lanjutan Jurulatih), Kursus Pemantapan Akidah dan Seminar Kefahaman Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain itu, beliau juga senantiasa mengasah kemahiran dalam perkhidmatan dan mempunyai beberapa kursus kemahiran tambahan yang telah dipelajari. Antara kursus kemahiran tersebut ialah:

1. Sijil Kemahiran Universiti Teknologi Malaysia Microsoft Server 2003 dan Window XP Professional.
2. Majlis Latihan Vokasional Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia Pembantu Juruteknik Logistik Tahap 1.
3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, Sijil Kemahiran Malaysia Pembantu Juruteknik Logistik Tahap 2.
4. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, Sijil Kemahiran Malaysia Penyelia Pembantu Tadbir Sistem Maklumat Tahap 3.
5. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, Sijil Kemahiran Malaysia Penyelia Sekuriti Tahap 3.
6. Sijil Kemahiran Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Bidang Imej Digital.

Selain itu, beliau merupakan pemenang Anugerah Laskar Terbaik Markas Pendidikan dan Latihan TLDM (MPPL) bagi tahun 2007 dan seterusnya merupakan calon peringkat akhir Anugerah Laskar Terbaik TLDM 2008. Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang lebih dari 3 kali serta pernah mendapat Surat Penghargaan semasa menamatkan kursus Laskar Kanan di Fakulti Bekalan dan Pengurusan terhadap pencapaian kursus yang cemerlang. Pencapaian tertinggi beliau adalah mewakili TLDM dan menghadiri Sea Power Conference 2019 dan seterusnya menghadiri Westren Pacific Naval Symposium Senior Enlisted Leaders Working Group 2019 (WPNS SELWG) yang merupakan seminar Pegawai Waran (PW) yang melibatkan 24 buah negara yang dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) pada 06 hingga 14 Oktober 2019 di Sydney, Australia.

Beliau sudah berumahtangga bersama Puan Noribah binti Harun dan telah dikurniakan 2 cahaya mata perempuan dan seorang lelaki. Beliau sangat minat melancong bersama keluarga dan menikmati keindahan alam semulajadi. Beliau gemar melakukan aktiviti luar bersama keluarga serta jiran tetangga dan rakan-rakan sekerja dengan tujuan mengeratkan tali silaturrahim selain ianya juga menjadi The Way of NAVY’s Life.

Rate this item
(0 votes)
Read 260 times Last modified on Jumaat, 10 Julai 2020 01:13
More in this category: « PWM MARKAS LOGISTIK BARAT

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 717

Semalam 801

Bulan ini 8588

Keseluruhan 802248

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM