Jun 10

MAJLIS MAKAN MALAM RAI COMPACFLT

KUALA LUMPUR, 10 Jun 14 – Majlis makan malam bagi meraikan kunjungan Admiral Harry B. Harris JR, Commander U.S Pacific Fleet (COMPACFLT) ke Malaysia telah diadakan di Hotel Grand Millenium, di sini malam tadi. Admiral Harry B. Harris JR bersama delegasi yang tiba petang semalam dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari ke negara ini. 

Gambar Utama
Mesra...Admiral Harry terharu menerima layanan
istimewa daripada Laksamana Tan Sri Abdul Aziz


Dengan tema chinese food, majlis keraian malam tadi turut dihadiri Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar serta Pegawai-pegawai Kanan Markas Tentera Laut.

2
Jalinan persahabatan yang erat


Walaupun diadakan secara sederhana, namun pertemuan tersebut dilihat amat bermakna. Kemesraan tuan rumah dan tetamu yang diraikan membuktikan jalinan persefahaman dua hala dan persahabatan yang erat mampu dikekal dan dipertingkatkan.

 
3 4
Serius...Panglima Tentera Laut sempat bertukar pandangan berkaitan isu keselamatan serantau
5 6
Terpesona menyaksikan persembahan BAKES TLDM

Majlis yang turut diserikan dengan persembahan kumpulan Quintet dan Artis Tari dari BAKES TLDM diakhiri dengan pertukaran cenderahati sebagai tanda kenangan.



Rujukan: 100614/05
Sumber: Cawangan Perhubungan Awam MKTL
Artikel: PW II PRL Normahaily Mohd Nor
Jurufoto: BK PNK Md Nasir Mohamed

Last modified on Tuesday, 10 June 2014 16:46

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 167

Semalam 594

Bulan ini 26587

Keseluruhan 49345

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM