| Pegawai Memerintah Selaku Ketua Panel Memeriksa Projek Dari Team Wintech |
Dalam menyahut seruan pucuk pimpinan tertinggi TLDM dan sejajar dengan tema sambutan Hari Inovasi TLDM yang ke-78 yang lalu iaitu ‘Warga Berinovasi, Menjana Transformasi’. SKTLDM Parit telah menganjurkan Pertandingan Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KKI) Peringkat unit bagi tahun 2013 pada 16 Mei 13 di Bilik Kuliah SKTLDM Parit.
Kuala Lumpur, 20 Mei - Temuduga Pemilihan Bintara dan Lasykar Kreatif dan Berkualiti Suku Tahun Pertama 2013 telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat BPS pada hari ini. Temuduga ini yang buat julung kalinya dikendalikan oleh Lembaga Panel Pemilihan di kalangan Pegawai Waran yang telah dilantik bertujuan untuk mengiktiraf bintara dan lasykar yang telah menunjukkan daya kreativiti serta pelaksanaan tugas yang berkualiti bagi tempoh Januari hingga Mac 2013.
Pulau Indah, 10 Mei 2013, Audit Persijilan semula MS ISO 9001:2008 ke atas Sistem Pengurusan Kualiti Organisasi Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah berlangsung selama dua hari mulai 9 hingga 10 Mei 2013.
| Pegawai Memerintah SKTLDM Lumut menyampaikan cenderahati penerima anugerah bintara terbaik kepada BK KOM Muhammad Irfan. |
Lumut 3 Mei - Perhimpunan Pegawai Memerintah SKTLDM Lumut yang telah berlangsung pada 3 Mei 2013 baru-baru ini telah turut disertakan dengan Majlis Penyampaian Anugerah Bintara dan Laskar Terbaik bagi suku tahun pertama tahun 2013. Majlis telah berlangsung di perkarangan unit serta dihadiri oleh semua warga SKTLDM Lumut.
KUALA LUMPUR, 3 Mei 13 – Bintara Bahagian Teknologi Maklumat Markas Pendidikan dan Latihan (MPL) TLDM, Bintara Kanan (BK) Zuhara Hamdan telah terpilih sebagai Bintara Kreatif dan Berkualiti bagi Suku Pertama 2013 peringkat MPL TLDM di sini, hari ini.