INOVASI DAN KUALITI

INOVASI DAN KUALITI (16)

Program MBM bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kejiranan yang indah melalui proses membaik pulih dan menaik taraf kuarters kakitangan kerajaan. Pelaksana bagi inisiatif ini adalah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).  Bahagian Logistik Pertahanan, Markas ATM telah ditugaskan sebagai penyelaras program ini untuk ATM. Manakala, Bahagian Materiel, Mk TL bertanggungjawab mengkoordinasikan keperluan ini bagi pihak TLDM. Markas Pemerintahan Bantuan TLDM telah dilantik sebagai pengurus bagi projek ini. Rumah Keluarga TLDM (RKTLDM) yang terlibat dalam projek menaik taraf ini ialah seperti berikut:

a.    RKTLDM Parit.   Blok yang terlibat adalah Blok G3 (16 unit) dan G4 (16 unit).  Sebanyak 4 kontraktor dilantik bagi melaksanakan kerja kejuruteraan awam dan 2 kontraktor dilantik untuk kerja elektrikal dan mekanikal.  Kerja telah bermula pada 17 Ogos 15 dan siap pada 15 Jan 16.

b.    RKTLDM Sitiawan.  Blok yang terlibat adalah Blok G20 (24 unit), G21 (16 unit) dan G22 (16 unit).  Sebanyak 11 kontraktor dilantik bagi melaksanakan kerja kejuruteraan awam dan 2 kontraktor dilantik untuk kerja elektrikal dan mekanikal.  Kerja telah bermula pada 30 Jul 15 dan siap pada 31 Dis 15.

Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan keselamatan di kawasan perumahan dengan menjalankan rondaan bersama anggota PDRM dan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Ia bertujuan mengurangkan kadar jenayah di kawasan yang dianggap sebagai hotspot di sekitar pangkalan-pangkalan ATM.  Marsyal Provos TLDM dipertanggungjawabkan untuk mengkoordinasikan keperluan ini. Sebanyak 4 Markas terlibat dalam inisiatif ini dengan jumlah rondaan seperti berikut:

a.    Mk Pangkalan Lumut – 8 rondaan.
b.    MWL 1 – 40 rondaan.
c.    MWL 2 – 15 rondaan.
d.    MWL 3 – 33 rondaan.

 

Inisiatif ini bertujuan memberi kesedaran kepada golongan wanita tentang aspek keselamatan. Program ini adalah kerjasama antara PDRM selaku peneraju inisiatif dengan ATM. Sepanjang tahun 2015, dua program ceramah berkaitan keselamatan dan satu sesi interaksi sukan telah diadakan seperti berikut:

a.    Ceramah Kesedaran Keselamatan diadakan pada 2 Dis 15 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.
b.    Ceramah dan Pameran Kesedaran Keselamatan diadakan pada18 Dis 15 di Pangkalan TLDM Lumut.
c.    Perlawanan Persahabatan Sukan Bola Tampar diadakan pada 19 Dis 15 di Pangkalan TLDM Lumut.

 

Penubuhan MCTC Pangkalan TLDM Lumut bertujuan meningkatkan kualiti kehidupan warga TLDM melalui penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan Kerajaan yang lebih sempurna, barangan yang lebih murah dan menyediakan program pertanian dan keusahawanan. Penubuhan MCTC Pangkalan TLDM Lumut merupakan salah satu inisiatif yang baik dalam meningkatkan kualiti hidup warga TLDM dan masyarakat setempat. Pengoperasian MCTC Pangkalan TLDM Lumut telah memberi pelbagai manfaat termasuklah peluang meningkatkan taraf ekonomi mahupun kemudahan perkhidmatan kepada warga TLDM serta masyarakat di sekitar Pangkalan TLDM Lumut. Inisiatif di bawah MCTC merangkumi:

1.    Inisiatif 1: Menawarkan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta serta aktiviti sosial.

       a.    Perkhidmatan kaunter PTPTN  pada minggu awal dan akhir pada setiap bulan.

       b.    Perkhidmatan kaunter Kooperasi Tentera pada setiap hari Rabu.

2.    Inisiatif 2: Menjadikan MCTC dan PERNAMA sebahagian dari jaringan UTC-RTC.  Pasar Tani diadakan pada setiap petang Rabu di bawah seliaan FAMA.

3.    Inisiatif 3: Menawarkan tanah terbiar di sekitar kem tentera kepada rakyat untuk aktiviti pertanian bernilai tinggi. Aktiviti pertanian bernilai tinggi di tanah terbiar sekitar sekitar pangkalan adalah seperti berikut:  

      a.    Projek Fertigasi Rakyat. Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Manjung yang mengusahakan tanaman cili di kawasan tanah lapang Apartmen A39.  
            Projek merangkumi tiga fasa iaitu tanaman pertama pada Jun hingga September 2014, tanaman kedua pada April hingga Jun 2015 dan  tanaman ketiga bermula pada bulan Januari
            2016.

     b.    Projek Cendawan. Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Manjung dengan pembinaan sebanyak 20 buah rumah cendawan yang telah siap dibina pada
            20 Jan 15.  Projek ini diselia oleh 8 bintara yang akan bersara pada tahun 2016 di mana sebanyak 20,600 bongkah cendawan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian telah  
            dimasukkan ke Rumah Cendawan pada 8 Apr 15. Kutipan hasil bermula April 2015 dan berakhir pada September 2015. Tanaman semula  musim kedua bermula pada November 2015
            dengan menggunakan bongkah yang dibuat sendiri daripada jerami padi.

    c.    Kursus/Bengkel/Seminar Pertanian. Sebanyak empat kursus/bengkel telah dilaksanakan pada tahun 2015 seperti berikut:

          (1)    Bengkel Fertigasi Cili. Bengkel dilaksanakan pada 23 dan 24 Nov 15 di WASPADA, KD PELANDOK melibatkan 28 peserta TLDM.

          (2)    Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu. Kursus dilaksanakan pada 11 hingga 13 Ogos 15 di Pusat Latihan Pertanian Lekir melibatkan 3 peserta TLDM.

          (3)    Kursus Tanaman Cendawan Menggunakan Media Jerami Padi. Kursus dilaksanakan pada 20 dan 21 Okt 15 di Institut Pertanian Titi Gantong melibatkan seramai 10 peserta TLDM.

          (4)    Seminar Pertanian dan Penternakan. Seminar dilaksanakan pada 27 Okt 15 di Wisma Bintara Lumut melibatkan seramai 100 peserta.

4.    Inisiatif 4: Memberikan bantuan keusahawanan yang komprehensif kepada ahli keluarga tentera. Sebanyak lima kursus keusahawanan telah dilaksanakan melibatkan seramai 85 peserta seperti berikut:   

      a.    Jahitan Baju Melayu Lelaki di Butik A 15 pada 9 dan 10 Mei 15 melibatkan seramai 6 orang suri rumah.

      b.    Bengkel Latihan Amali Pemprosesan Hasilan Bakeri di Bakeri MCTC pada 15 dan 16 Jun 15 melibatkan  seramai 25 perserta.

      c.    Kursus Kecantikan telah diadakan di  KRATEL pada 14 dan 15 Sep 15 melibatkan seramai 20  peserta.

      d.    Kursus Keusahawanan diadakan di KRATEL pada 14 dan 15  Sep 15 melibatkan seramai 20 peserta.

      e.    Jahitan Tudung (3 Layer) di Butik Komuniti A12 pada 12 dan 13 Okt 15 melibatkan seramai 14 peserta.

5.    Inisiatif 5: Mempromosikan aktiviti sukarela yang berhampiran dengan kem-kem tentera. Aktiviti kesukarelawan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

      a.    Projek Jiwa Murni. Gotong-royong menaik taraf infrastruktur Sekolah ACS Lumut telah dilaksanakan pada Okt 15 melibatkan seramai  200 anggota.

      b.    Program One Malaysia Green And Clean.  Dilaksanakan pada 9 Ogos 15 di Pulau Pangkor dengan kerjasama Jawatankuasa Kesihatan,Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak
      melibatkan 100 peserta.

      c.    Gotong Royong. Gotong royong di PPDK Pangkalan TLDM Lumut pada 10 hingga 18 Dis 15.

Program ini adalah untuk melaksanakan aktiviti character building untuk membantu remaja bermasalah selepas waktu sekolah dengan kerjasama antara ATM, PDRM dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).  TLDM terlibat sebagai penyelaras program bagi 11 sekolah di Perak (5 sekolah), Kuala Lumpur (2 sekolah), Selangor (2 sekolah) dan Johor (2 sekolah). Sepanjang tahun 2015, TLDM telah berjaya menganjurkan 2 siri Summer Camp seperti berikut:

1.    Summer Camp 6/15 (9 hingga 13 Ogos 15).   Dilaksanakan di PLKN Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), Mersing, Johor yang melibatkan seramai 440 pelajar daripada 11 buah sekolah di negeri Johor.

2.    Summer Camp 8/15 (7 hingga 11 Ogos 15).   Dilaksanakan di PLKN Segari, Lumut, Perak yang melibatkan seramai 600 pelajar daripada 15 buah sekolah di negeri Perak.

 

Inisiatif ini diterajui oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) bagi memberi kemudahan kepada anggota veteran untuk berurusan dengan pihak JHEV. 1MVAP berperanan sebagai pusat sehenti yang merupakan satu langkah untuk mewujudkan jaringan sosial antara veteran ATM dengan kerajaan. Pada masa ini, terdapat 2 lokasi 1MVAP iaitu di Pangkalan TLDM Lumut dan Pangkalan TLDM Sandakan.Sepanjang 2015, seramai 331 pengunjung telah mengunjungi 1MVAP TLDM iaitu 112 pengunjung bagi 1MVAP Pangkalan TLDM Lumut dan 219 pengunjung bagi 1MVAP Pangkalan TLDM Sandakan.

 

Inisiatif ini melibatkan kolaborasi antara ATM dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi memberi latihan kepada isteri anggota ATM bagi meningkatkan pendapatan keluarga. Pada tahun 2015, hanya dua siri kursus jahitan telah dilaksanakan seperti berikut:

1.    Jahitan Baju Melayu Lelaki. Kursus ini telah dilaksanakan di Butik A 15, Pangkalan TLDM Lumut bermula 9 dan 10 Mei 15.

2.    Jahitan Tudung (3 Layer). Kursus jahitan ini telah dilaksanakan di Butik Komuniti A 12, Pangkalan TLDM Lumut bermula 12 dan 13 Okt 15.

 

Inisiatif ini merupakan kolaborasi di antara ATM dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).  Ia bertujuan meningkatkan tahap kesihatan isteri dan anak-anak anggota ATM melalui penganjuran seminar dan program kesihatan. Sel Wanita (SELWA) TLDM dilantik sebagai penyelaras bagi inisiatif ini. Program kesihatan yang dilaksanakan oleh setiap Markas Formasi menawarkan perkhidmatan percuma daripada LPPKN merangkumi ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan, ujian pap smear, pemeriksaan payudara, mammogram dan urutan. Sepanjang 2015, empat Program Kesihatan 1MFF telah dilaksanakan di lokasi seperti berikut:

1.    Pangkalan TLDM Kuantan pada 3 Mac 15 melibatkan seramai 113 peserta yang diadakan di Dewan Al-Hilmi.

2.    Pangkalan TLDM Lumut pada 24 Apr 15 melibatkan seramai 150 peserta yang dilaksanakan di Pusat Pembangunan Wanita.

3.    Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 Ogos 15 melibatkan seramai 100 peserta yang dilaksanakan di Hospital Angkatan Tentera PTKK.

4.    Pangkalan TLDM Tanjung Gerak, Langkawi pada 6 Dis 15 melibatkan seramai 64 peserta yang dilaksanakan di Dewan Tun Rahah.

 

Penglibatan TLDM dalam inisiatif ini telah bermula sejak 1 Jun 11 di mana anggota TLDM ditugaskan sebagai Pembantu Wardar bagi menyelia Orang Diselia (ODS) di Kem Batu 10 Kuantan.Cawangan Khidmat Bantuan, Bahagian Sumber Manusia (BSM) Mk TL dilantik sebagai penyelaras inisiatif ini. Anggota yang ditugaskan dikawal selia oleh KD SRI KUANTAN manakala Markas Staf Stesen (MSS) Kuantan bertanggungjawab bagi urusan pentadbiran mereka semasa bertugas di kem ini. Penugasan anggota dilaksanakan secara bergilir bagi tempoh 6 bulan. Pada tahun 2015, sebanyak 2 siri penugasan telah dilaksanakan melibatkan seramai 28 anggota LLP iaitu 14 anggota bagi setiap siri.

Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) merupakan pendekatan yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri sejak 2010 dan kini diterapkan dalam pentadbiran Kerajaan. Pendekatan NBOS ini mengutamakan pembangunan idea-idea baharu yang kreatif dan inovatif.  Kementerian Pertahanan khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah terlibat dengan beberapa inisiatif NBOS untuk mencapai keberhasilan yang telah dihasratkan di dalam National Key Result Area (NKRA). Sehingga kini, ATM telah terlibat dalam 22 inisiatif sama ada sebagai peneraju utama atau pemberi sokongan perlaksanaan inisiatif, manakala sebanyak 9 inisiatif melibatkan TLDM. Inisiatif yang melibatkan TLDM adalah seperti berikut:

1.    NBOS 2 - Program Pemulihan Pemasyarakatan (PPP)

2.    NBOS 6 - Program 1Malaysia Family First (1MFF)

3.    NBOS 7 - Program 1Malaysia Support For Housewives (1MS4HW)

4.    NBOS 7 - Program 1Malaysia Veterans Access Point (1MVAP)

5.    NBOS 8 - Program Remaja Berwawasan (PRBW)

6.    NBOS 8 - Military Community Transformation Centre (MCTC)

7.    NBOS 8 - Program AMANITA

8.    NBOS 8 - Rondaan Awam, PDRM dan ATM 1Malaysia (RAPAT 1M)

9.    NBOS 10 - My Beautiful Malaysia (MyBM)

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 673

Semalam 804

Bulan ini 2313

Keseluruhan 770744

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM