Kepimpinan LLP

Kepimpinan LLP (14)

Jul 10

PWM LOG BARAT KECIL

PW I TNL AHMAD MUSLI BIN BEDIN

PJK PPS PPA

Merupakan anak kelahiran Kampung Padang Biak Arau, Perlis Indera Kayangan. Memasuki perkhidmatan TLDM pada 24 Febuari 98 (Intake 180/98) dan diserapkan ke Cawangan Bekalan dalam Kepakaran Teknisyen Stor AM (TNS(S)). Telah mendirikan rumahtangga bersama Siti Hajar binti Hj Hussin @ Yusof pada 16 Dis 04 dan mempunyai 4 orang cahaya mata 1 Perempuan dan 3 Lelaki. Telah Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah Arau. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Dato’ Sheikh Ahmad, Arau Perlis dan Sekolah Menengah Vokasional Arau, Perlis sehingga tamat tingkatan lima pada tahun 1996.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau pernah diperjawatkan di beberapa buah Kapal / pangkalan seperti KD MAHAWANGSA, KD JEBAT, Depot Bantuan TLDM, Markas Wilayah Laut 1, KD Pelandok dan Depot Bekalan Armada Barat. Bermula Masuk Kekuatan Anggota pada 26 Mei 13 sehingga 26 Ogos 19 dan kini di perjawat sebagai Pegawai Waran Markas (PWM) Logistik Barat pada 10 Feb 20.

Sepanjang kerjaya di dalam TLDM beliau telah dapat melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan cemerlang. Berpengetahuan luas dalam bidang Bekalan membolehkan beliau menguasai bidang tugasnya serta mampu melatih dan menjadi Ketua Jurulatih Kanan semasa di Fakulti Bekalan Dan Pengurusan KD PELANDOK dan beliau membimbing anggota bawahannya mahir dalam kepakarannya. Sepanjang Perkhidmatan, beliau juga telah menghadiri beberapa kursus dan seminar di antaranya Sistem Latihan (Teknik Mengajar, Analisis dan Reka Bentuk, Kawalan Mutu), Pengurusan Kualiti (ISO 9001:2008, OHSAS), Ketua Audit Dalaman Sistem Latihan, Kursus E-Learning, Jurulatih PKBM(L) Zon Perak dan menjuarai kesemua Kategori yang dipertandingkan serta Johan Keseluruhan peringkat Kebangsaan di Kota Kinabalu pada 2015, Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Bidang Logistik Tahap 1, 2 dan 3 serta mentor pada jurulatih-jurulatih TNL bagi Pengurusan Diploma UPNM Teknisyen Logistik TNL.

Seorang yang aktif dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Perkhidmatan, beliau mempunyai sikap terbuka dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan dengan menghadiri majlis-majlis dianjurkan oleh Masjid dan blok penginapan dan memegang Jawatan Ketua Apartmen pada tahun 2019. Beliau telah dilantik oleh Dato’ Pengerusi Masjid An-Nur sebagai Ahli Jawatankuasa Masjid bagi sesi 2018, 2019 dan 2020.

Sumbangan dan jasa bakti terhadap perkhidmatan amat berkualiti dan membanggakan. Beliau seorang yang suka mengambil berat hal-hal kebajikan dan ketelitian tugas anggota-anggota di bawah naungannya sesuai kewibawaan beliau sebagai Pegawai Waran Markas dan anggota terkanan kepakaran Bekalan Cawangan ini. Kesungguhan, dedikasi, prestasi yang ditunjukkan bukan sahaja timbul dari kewajipan terhadap tugas, malah kesanggupan berkorban tenaga dan masa dengan mengenepikan kepentingan peribadi demi perkhidmatan dan mempunyai sifat-sifat ingin berbakti kepada Nusa, Bangsa dan Negara. Beliau juga telah dianugerahkan beberapa Sijil perkhidmatan Cemerlang, diantaranya Sijil AKC pada tahun 2007, 2010, 2011 dan 2019.

Kewibawaan serta khidmat bakti dan perkhidmatan cemerlang yang dipamerkan bukan sahaja kerana tugas tetapi juga atas sifat taat setia terhadap perkhidmatan dan sikap semula jadi yang tidak pernah mementingkan diri sendiri. Sebagai mengenang jasa bakti dan sedia berkorban kepada Negara serta khidmat cemerlang yang telah dicurahkan kepada TLDM amnya dan ATM khasnya Dan di Anugerah kan Pingat Jasa Kebaktian PJK Negeri Perlis Indera Kayangan di Istana Negeri Arau.

Pada 10 Feb 20, beliau telah dilantik buat julung kalinya dari kepakaran Bekalan menjadi PEGAWAI WARAN MARKAS Logistik Barat yang disempurna majlis pemakaian Insignia PWM oleh YBhg Panglima Logistik Barat Laksamana Pertama Rozaide bin Megat Othman sebagai pengiktirafan di dalam perkhidmatan. Sepanjang perkhidmatan, beliau menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai nilai-nilai peribadi yang tulus ikhlas serta bersikap adil dalam menjalankan tugas. Beliau juga aktif dalam bidang sukan bola sepak dan sepak takraw peringkat Markas.

Jul 03

PWM Markas Logistik Timur

PW I TNL MUHAMMAD NOR AIMAN BIN ABDULLAH

PPS PPA

Beliau merupakan Pegawai Waran Markas (PWM) yang pertama dilantik sebagai Pegawai Waran Markas Logistik Timur (PWM Mk LT). Beliau merupakan anak kelahiran negeri Melaka. Beliau menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia pada Mac 2000 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Batu Arang, Selangor. Beliau menjalani latihan rekrut di Pusat Latihan Rekrut Tentera Laut Diraja Malaysia (PULAREK TLDM) Tanjung Pengelih, Johor. Merupakan pengambilan pertama yang berjaya menamatkan latihan rekrut dipusat latihan tersebut.

Sepanjang perkhidmatan, beliau diperjawatkan dengan pelbagai jawatan. Antaranya KD HANG TUAH, KD SRI TAWAU, KD SULTAN ISMAIL, PUSAT KEPIMPINAN TLDM, DEPOT BEKALAN ARMADA, KD SRI INDERASAKTI, KD SRI SANDAKAN, KAPAL AUXILLARI TUN AZIZAN (KA TAZ) , MARKAS LOGISTIK TIMUR dan MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA TIMUR. Pengalaman berharga beliau ialah semasa penugasan dalam operasi terhad iaitu OP PASIR dan OP DAULAT BENUA yang melibatkan keselamatan negara.

Selain itu, semasa berkhidmat di KA TAZ beliau terlibat dalam operasi melibatkan intergrasi dengan pihak kepentingan bersama seperti Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC Berhad).

Beliau mempunyai pengalaman yang luas hasil daripada perjawatan-perjawatan yang pernah disandang di antaranya ialah Jurulatih Pengajian Kepimpinan (Pertengahan) di Pusat Kepimpinan TLDM, Yang Dipertua Wisma Laskar Depot Bekalan Armada, Ahli Pasukan Bertindak Proses Markas Pendidikan Dan Latihan TLDM (MPPL) bagi Anugerah Kualiti Markas, Ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KA TUN AZIZAN, Ahli Jawatankuasa Bersama Koordinator Projek Jiwa Murni Markas Logistik Timur dan beberapa jawatan lain lagi. Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam penyediaan kertas kerja awal pengubahsuaian Pangkalan Tentera Laut KD SRI TAWAU pada tahun 2003.

Sepanjang perkhidmatan, beliau juga telah menghadiri beberapa kursus dan seminar. Di antaranya kursus yang telah dihadiri ialah Sistem Latihan (Teknik Mengajar, Analisis dan Reka Bentuk, Kawalan Mutu), Pengurusan Kualiti (ISO 9001:2008), Building English Skills, Crane Operator Course, Developing Dynamic Web Application, Fasilitator EKSA, Flight Deck Officer (FDO), Kursus Asas Lotus Freelance, Kursus Pengurusan Inventori V3, Pengurusan Rekod Kerajaan, Teknik Mengajar (Lanjutan Jurulatih), Kursus Pemantapan Akidah dan Seminar Kefahaman Islam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain itu, beliau juga senantiasa mengasah kemahiran dalam perkhidmatan dan mempunyai beberapa kursus kemahiran tambahan yang telah dipelajari. Antara kursus kemahiran tersebut ialah:

1. Sijil Kemahiran Universiti Teknologi Malaysia Microsoft Server 2003 dan Window XP Professional.
2. Majlis Latihan Vokasional Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia Pembantu Juruteknik Logistik Tahap 1.
3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, Sijil Kemahiran Malaysia Pembantu Juruteknik Logistik Tahap 2.
4. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, Sijil Kemahiran Malaysia Penyelia Pembantu Tadbir Sistem Maklumat Tahap 3.
5. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia, Sijil Kemahiran Malaysia Penyelia Sekuriti Tahap 3.
6. Sijil Kemahiran Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Bidang Imej Digital.

Selain itu, beliau merupakan pemenang Anugerah Laskar Terbaik Markas Pendidikan dan Latihan TLDM (MPPL) bagi tahun 2007 dan seterusnya merupakan calon peringkat akhir Anugerah Laskar Terbaik TLDM 2008. Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang lebih dari 3 kali serta pernah mendapat Surat Penghargaan semasa menamatkan kursus Laskar Kanan di Fakulti Bekalan dan Pengurusan terhadap pencapaian kursus yang cemerlang. Pencapaian tertinggi beliau adalah mewakili TLDM dan menghadiri Sea Power Conference 2019 dan seterusnya menghadiri Westren Pacific Naval Symposium Senior Enlisted Leaders Working Group 2019 (WPNS SELWG) yang merupakan seminar Pegawai Waran (PW) yang melibatkan 24 buah negara yang dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) pada 06 hingga 14 Oktober 2019 di Sydney, Australia.

Beliau sudah berumahtangga bersama Puan Noribah binti Harun dan telah dikurniakan 2 cahaya mata perempuan dan seorang lelaki. Beliau sangat minat melancong bersama keluarga dan menikmati keindahan alam semulajadi. Beliau gemar melakukan aktiviti luar bersama keluarga serta jiran tetangga dan rakan-rakan sekerja dengan tujuan mengeratkan tali silaturrahim selain ianya juga menjadi The Way of NAVY’s Life.

PWMPANGKALsmall

PW I PRL MUHAMMAD AZMI BIN ABDULLAH

BAT PJK PBS PPA

Beliau telah dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang pada 25 Ogos 1971, beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah St Mark Butterwoerth Pulau Pinang. Memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia pada 1 Julai 1993 di Berek TLDM Woodlands, Singapore dan diserapkan ke Cawangan Kelasi dalam kepakaran Regulating Rating (RGR). Kini kepakaran RGR telah ditukar kepada kepakaran asal iaitu Provos Tentera Laut (PRL).

Sepanjang perkhidmatan, beliau diperjawatkan dengan pelbagai jawatan. Antara jawatan-jawatan yang pernah disandang adalah sebagai Jurulatih Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PALAPES TLDM di Universiti Sains Malaysia dan Universiti Utara Malaysia), Bintara Koordinasi Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (Laut) peringkat Kebangsaan, Jurulatih Beliawan dan Beliawanis di KLD TUNAS SAMUDERA, Staf Risik RNO PENANG, Juragan KD SELANGOR, Juragan KD MALAYA, dan Juragan MARKAS PANGKALAN LUMUT.

Pada Tanggal 22 April 2019, beliau telah dilantik menjadi Pegawai Waran Markas di Markas Pangkalan Lumut sebagai pengiktirafan di dalam perkhidmatan, turut melibatkan diri dalam kerja-kerja amal dan sosial bersama masyarakat setempat. Beliau dapat bergaul dan berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat semasa melaksanakan kerja-kerja amal dan sosial. Selain aktiviti sosial, beliau juga aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili TLDM di dalam sukan bola sepak.

Sepanjang perkhidmatan, beliau telah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi, mempunyai keyakinan diri dan mempunyai nilai-nilai peribadi yang tulus ikhlas serta bersikap adil dalam menjalankan tugas. Disamping itu, beliau juga berupaya merancanakan sesuatu tugas dengan sistematik mengikut lunas-lunas dan peraturan yang ditetapkan. Sebagai anggota lain-lain pangkat yang terkanan di unit, beliau mengambil berat atas segala hal kebajikan dan masalah peribadi anggota bawahan dengan baik.

Telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Misravida binti Muhammad Jamek dan kini dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu 3 perempuan dan 2 lelaki.

PWMMawilla2small

PW I PRL ABDUL MALEK BIN JUMAT

BAT PPS PPA

PW I PRL Abdul Malek bin Hj Jumat dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 27 Sep 1973 dan merupakan anak ke tiga dari lima adik beradik. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2 Januari 1993 dan menjalani latihan asas rekrut di Pusat Latihan TLDM Woodland, Singapura dalam mengambilan intek 168/93 dan telah diserapkan ke cawangan kelasi dalam kepakaran Regulating Rating (RGR) dan merupakan cawangan baharu didalam perkhidmatan TLDM bagi menggantikan cawangan Juragan (JGN) dan kini kepakaran RGR telah pun di tukar nama kepada kepakaran sediada dengan perjawatan terkini iaitu Provos Tentera Laut.

Sepanjang perkhidmatan beliau telah diperjawatkan di beberapa buah kapal dan pangkalan. Antara kapal - kapal yang beliau telah berkhidmat ialah KD KASTURI, KD LEMBING, KD SERANG dan KD MAHAWANGSA . Perkhidmatan di pangkalan antara lain PROTELA LUMUT (Istiadat TLDM), KD SRI SANDAKAN, KD PELANDOK, Cawangan Penyiasatan Khas (CPM ATM Labuan), Pusat Kepimpinan TLDM dan KD Sultan Idis I (KDSI I), Markas Pemerintahan Armada dan sekarang di Markas Wilayah Laut 2 sebagai Pegawai Waran Markas.

Pada tanggal 2 Mei 2019, beliau telah pun dilantik menjadi seorang Pegawai Waran Markas di Markas Wilayah Laut 2 Sandakan Sabah dan sebagai pengiktirafan didalam perkhidmatan, beliau turut jua melibatkan diri dalam kerja kerja amal serta sosial bersama anggota dan masyarakat disekelilingnya. Beliau mudah berinterasi bersama anggota dan pegawai serta semua lapisan masyarakat setempat dan melaksanakan aktiviti keagamaan dan aktif jua didalam bidang sukan yang ada. Semasa perkhidmatannya, beliau terlibat secara tidak langsung menjalani pelbagai eksesais bersama kapal-kapal perang dari negara asing seperti Amerika syarikat, India, Pakistan, Myammar, Thailand dan Filipina. Hasil daripada perkhidmatan dikapal sebagai Juragan, beliau telah diberi kepercayaan oleh pihak atasan untuk mendidik dan mengajar pegawai-pegawai muda di Kolej Tentera Laut Diraja Malaysia semasa berkhidmat di KDSI I. Sebagai pengiktirafan di dalam perkhidmatan beliau telah di anugerahkan Pingat Bentara Angkatan Tentera (BAT) oleh DYMM yang DI Pertuan Agong di Istana Negara.

Kewibawaan serta dedikasi yang telah ditunjukkan bukan sahaja timbul dari kewajipan terhadap tugas malah didorong oleh sifat taat setia kepada negara serta tidak mengutamakan kepentingan peribadi. Atas kegigihan, ketaatsetiaan kepada negara dan perkhidmatan dan sikap profesional dalam pelaksanaan tugas.

Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Jamaliah bte Mohd Diah dan kini telah dikurniakan 4 orang cahaya mataiaitu 3 lelaki dan seorang perempuan dan kini menetap di Rumah Keluarga TLDM Sandakan.

PWM MPPL

PW I KOM (I) SARFARIZAL BIN MD SAAD

PPS PPA

Merupakan anak kelahiran Pulau Langkawi, Kedah. Anak sulung daripada 6 beradik ini lahir pada 23 Jan 1977. Memasuki perkhidmatan TLDM pada 28 Jun 1999 dari pengambilan 182/99 dan telah diserapkan ke Cawangan Pelaut berkepakaran Komunikasi Taktikal (KMT). PW I KOM (I) Sarfarizal bin Md Saad telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Hasna binti Ab Wahab yang berasal dari Jerantut, Pahang pada 31 Ogos 2003 dan kini bertugas sebagai Jururawat di Klinik Kesihatan Pulau Pangkor, Perak. Hasil perkahwinan, beliau telah dikurniakan 3 orang cahayamata. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka dan Sekolah Menengah Tuanku Putra, Pulau Langkawi, Kedah sebelum menduduki peperiksaan STPM di Sekolah Menengah Mahsuri, Pulau Langkawi, Kedah.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, PW I KOM (I) Sarfarizal bin Md Saad pernah berkhidmat dibeberapa Unit Pangkalan dan juga kapal-kapal TLDM seperti ex KD SRI SARAWAK, SKTLDM Kuantan, KD MAHAWANGSA, SKTLDM Lumut, KD LEKIU, Pusat Sumber Maritim dan Sejarah TLDM (PUSMAS TLDM), KD JEBAT, KD PELANDOK dan kini diperjawatkan sebagai Pegawai Waran Markas bagi Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL). Beliau pernah menjadi salah seorang daripada pengubal buku rujukan Malaysian Communication Publication Vol II (MANCO Vol II) bagi edisi 2013 dan terbaru edisi 2019. Selain itu, beliau juga merupakan Pegawai Waran yang bertanggungjawab bagi Penambahbaikan Sistem Latihan dan Silibus Komunikasi pada 2012 dan 2018. Beliau juga merupakan pengendali sistem latihan Fleetwork Trainer Simulator sejak ia ditambahbaik sistem sedia ada dan merupakan Subject Matter Expert (SME) di dalam kepakaran Komunikasi. Sepanjang perkhidmatan PW I KOM (I) Sarfarizal bin Md Saad juga telah diberi peluang untuk mengikuti beberapa kursus seperti Kursus Telegon Migrate 10, Kursus Penulisan Bahasa, Kursus kendalian Communication On The Move (COTM), Kursus Peperangan Elektronik, Kursus SATCOM ATM dan beberapa kursus yang lain. Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tinggi di dalam kepakaran Komunikasi terutamanya Komunikasi Taktikal, beliau sering kali dipanggil untuk menjadi tenaga pengajar bagi kapal-kapal mahupun terlibat dengan Tim Penilai apabila kerjasama diantara Markas Kesiagaan TLDM. Seorang yang komited, berdisiplin dan berpengetahuan tinggi, beliau merupakan role model kepada semua peringkat Lain-lain Pangkat terutamanya bagi pelatih-pelatih dibawah Unit Naungan MPPL.

PW I KOM (I) Sarfarizal bin Md Saad juga aktif didalam sukan seperti Bola Sepak dan Futsal. Beliau pernah mewakili unit dalam beberapa pertandingan anjuran Markas Formasi. Bagi mengisi masa lapang beliau lebih suka beriadah bersama keluarga. Dengan kepercayaan daripada pucuk pimpinan tertinggi MPPL, PW I KOM (I) Sarfarizal bin Md Saad telah dilantik secara rasminya pada 18 Apr 2019 sebagai Pegawai Waran Markas bagi Markas Pendidikan dan Latihan TLDM.

pwmmpatkecil

PW I TMS FIRMAN BIN ASRI

BSK PPS PPA

Dilahirkan di Hospital Besar Tawau, Sabah pada 15 Sep 1976. Anak kedua daripada lapan orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Muhibbah Raya, Tawau dan ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Jalan Apas Tawau, dan bertukar aliran ke Sekolah Menengah Vokasional Tawau dalam jurusan Elektrik dan melanjutkan pelajaran di Politeknik Matang Kuching, Sarawak dalam kursus Elektrik Janakuasa.

Mula memasuki perkhidmatan TLDM pada 24 Apr 1997 (pengambilan 178) dan diserapkan ke kepakaran Teknisyen Merin Srimala (TMS) dari Cawangan Teknikal. Pernah berkhidmat di beberapa unit pangkalan dan kapal serta Gugusan Semarang Peninjau diantaranya KD PELANDOK, Stesen LIMA TLDM, KD SRI KOTA KINABALU, KD LEKIR, ALD 2, DEPOT SENGGARA ARMADA TIMUR dan sekarang di unit MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA TIMUR. Pernah di Pilih sebagai bintara terbaik unit KD LEKIR dan DEPOT SENGGARA ARMADA TIMUR.

Seorang yang aktif dalam sukan Scuba dan Perahu Layar. Pernah beberapa kali mewakili TLDM di peringkat antarabangsa dalam sukan perahu Layar. Beliau juga merupakan salah seorang krew bagi pelayaran Bot Layar Utarid dari Pangkalan TLDM Lumut ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Beliau telah dilantik sebagai Pegawai Waran Markas(PWM) bagi MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA TIMUR pada 15 Apr 19.

Mendirikan rumahtangga dengan Puan Saheria binti Pandu dan telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu 2 lelaki dan 2 perempuan. Bagi mengisi masa lapang beliau lebih suka melakukan aktiviti menyelam dan mendaki bukit.

PWMMPABsmall

PW I PAP (GI) ABU BAKAR BIN AMAT

BAT PPN PPS PPA

PW I PAP (GI) Abu Bakar bin Amat telah dilahirkan pada 04 Okt 1971 di Hospital Besar Melaka. Memasuki Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia pada 01 Julai 1993 di Woodlands Singapura dan telah diserapkan ke Cawangan Kelasi iaitu Peperangan Atas Permukaan (PAP) dengan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mana merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Tun Tuah Bachang, Melaka. Beliau telah diperjawatkan sebagai Pegawai Waran Markas Pemerintahan Armada Barat pada 26 Mei 2017.

PW I PAP (GI) Abu Bakar bin Amat telah memasuki perkhidmatan pada 1 Jul 93 dari Pengambilan 169. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah diperjawatkan di pelbagai unit termasuk kapal TLDM dan pangkalan. Beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan tertinggi TLDM untuk menjadi Pegawai Waran Markas Armada Barat setelah mempamerkan prestasi yang baik sebagai Pegawai Waran Markas Bantuan TLDM selama 2 tahun 1 bulan.

Sepanjang perkhidmatannya, PW I PAP (GI) Abu Bakar telah ditugaskan di beberapa buah Kapal dan unit Pangkalan TLDM antaranya, KD MAHAWANGSA, SKTLDM Sitiawan, KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN, PROTELA Lumut, KD LEKIR, KD RAJAWALI, Sekolah Peperangan Atas Permukaan KD PELANDOK, Maktab Tentera Diraja (MTD), KD SULTAN IDRIS I, Markas Pemerintahan Bantuan TLDM dan terkini Markas Pemerintahan Armada Barat. Beliau telah diberi peluang menghadiri kursus Meriam 76/62mm Oto Melara, 40/70mm Oto Breda dan beberapa lagi kursus lain di LA SPEZIA, Italy. Sejurus tamat kursus selama setahun, beliau telah menjadi sebahagian daripada krew pertama Class Corvette KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN dan menjawat jawatan sebagai Gunnery Yeoman sehingga kapal tersebut ditauliahkan pada 31 Julai 1999 di Fincantieri Shipyard LA Spezia Italy.

Sebagai pengiktirafan di dalam perkhidmatan, PW I PAP (GI) Abu Bakar bin Amat dianugerahkan Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan Pingat Bentara Angkatan Tentera (BAT) oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.

PW I PAP (GI) Abu Bakar bin Amat telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Salmiah binti Haji Saleh pada 23 Mei 1997 dan kini telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu seorang lelaki dan 3 orang perempuan.

BIODATA KECIL

PW I PRL IRWAN FAIROZ BIN MAT ARIFF

BAT PPS PPA

PW I PRL Irwan Fairoz bin Mat Ariff dilahirkan pada 08 Sept 1979 di Hospital Besar Ipoh dan dibesarkan di Felda Gunung Besout 5, Sungkai Perak. Berkahwin dengan Puan Hayati binti Jamal dan dikurniakan 5 orang anak lelaki. Mula berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 27 Oktober 1999 di Pusat Latihan Pengambilan Pangkalan TLDM Lumut dan dimasukkan ke Cawangan Provos Tentera Laut (PRL).

Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah berkhidmat dikapal dan unit pangkalan bermula KD Sri Tawau, PROTELA Labuan, PROTELA Kota Kinabalu, CPK Selangor, KD Sultan Abdul Aziz Shah, SKTLDM Lumut, Depot Bekalan Armada, KD Selangor, Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM dan Markas Pemerintahan Armada Barat.

Di samping itu, dia juga berjaya lulus kursus kerjaya dan kursus sampingan seperti Kursus Fasilitator dan Jatidiri, Kursus Training Of Trainer (TOT) PEMADAM, Kursus Training Of Trainer (TOT) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pengendalian Kursus Mahkamah Tentera, Kursus Anti Narkotik, Kursus Asas Penyiasatan, Kursus Pengadilan Ujian Dadah Dalam Air Kencing, Kursus Pengiring Orang Kenamaan dan Litupan Keselamatan, Kursus Penyiasatan Dalaman dan Kursus Pengurusan Keselamatan.

Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatannya yang cemerlang, TLDM telah menganugerahkannya dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2007 di Unit Protela Kota Kinabalu, Anugerah Kualiti dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di KD Sultan Abdul Aziz Shah serta Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM dan Anugerah Kualiti di Depot Bekalan Armada. Dia adalah orang yang positif dalam pekerjaan yang telah diamanahkan dengan sifat kepemimpinan dan disiplin yang telah menjadi bawahan dan telah menunjukkan dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan tugasnya. Dia juga pernah memegang jawatan sebagai Pegawai Waran pertama (PWM) untuk Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM pada 17 Disember 2018 sejak ia ditubuhkan sehingga 13 Dis 2019. PW I PRL Irwan Fairoz bin Mat Ariff dilantik sebagai Pegawai Waran keempat (PWM) Pusat Hidrografi Nasional pada 18 Jun 2020.

PWMMawilla3 kecil

PW I PAP (GI) NOOR AZAM BIN HASHIM

BAT PPA PPS PBB PNBB

PW I PAP (GI) Noor Azam bin Hashim telah dilahirkan pada 24 Nov 1972 di Jitra Kedah. Beliau berkelulusan Sijil Pendidikan Menengah (SPM). Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Seri Mahawangsa Jitra Kedah. Memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia pada 17 Jul 1995 di Pusat Latihan Tentera Laut Woodlands Singapura, Pengambilan 173 dan telah diserapkan ke Cawangan Pelaut yang berkepakaran Peperangan Atas Permukaan.

Sepanjang tempoh 23 tahun perkhidmatan beliau telah diperjawatkan dibeberapa buah kapal dan unit di dalam TLDM seperti KD RAJA JAROM, KD PARI, KD SERANG, dan KD JEBAT manakala unit-unit pangkalan seperti KD SRI LABUAN, PROTELA Lumut, KD PELANDOK dan Misi Pengaman di Lubnan.

Semasa di perjawatkan di unit-unit dalam TLDM beliau pernah ditugaskan sebagai Jurulatih Kawad dan menjawat jawatan sebagai Pegawai Waren Tatatertib (PWTT) di Sekolah Peperangan Atas Permukaan KD PELANDOK. Semasa berkhidmat di Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL) beliau juga pernah diperjawatkan sebagai Pegawai Waren Kawalan Mutu (QC) dalam memantau tentang pelaksanaan latihan di unit bawah naungan seperti KD PELANDOK, KD SULTAN IDRIS 1, Pusat Kepimpinan TLDM dan Pusat Latihan di Tanjung Pengelih JOHOR.

Sebagai pengiktirafan dalam perkhidmatan, PW I PAP (GI) Noor Azam bin Hashim dianugerahkan Pingat Bentara Angkatan Tentera (BAT) oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara. Seorang yang komited, berdisplin, berhemah tinggi serta boleh membimbing dan menjadi role model kepada semua peringkat anggota Lain-lain Pangkat.

Pada tanggal 1 Apr 2019 beliau telah dilantik sebagai Pegawai Waran Markas yang ke 3 di Markas Wilayah Laut 3. Pelantikan Pegawai Waran Markas merupakan sejarah di dalam TLDM. Pegawai Waren merupakan salah seorang yang diberi kepercayaan oleh perkhidmatan untuk menyandang jawatan tersebut.

PW I PAP (GI) Noor Azam bin Hashim telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Zainab bte Ayob pada 18 April 1997 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

PWMMawilla1kecil

PW I JTP (HAC) MOHAMMAD KHAN BIN HJ MOHD NEWAZ

BAT PPS PPA

Merupakan anak kelahiran Kuantan, Pahang (Kem Batu 10). Anak ke-6 daripada 12 orang adik beradik. Mula memasuki perkhidmatan TLDM pada 18 April 1996 (Intake 175) di Woodlands Singapura, dan diserapkan ke Cawangan Pelaut Radar Plotter (RDP) sebelum Cawangan tersebut di tukarkan kepada Juruplot Taktikal Peperangan (JTP). Telah berkahwin dengan Puan Sameera binti Rahimatullah serta mempunyai 3 orang cahaya mata. Isteri beliau seorang suri rumah sepenuh masa dan sering melibatkan diri dengan aktiviti BAKAT Sentral.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah ditugaskan di beberapa unit kapal dan pangkalan TLDM antaranya ialah, KD BADEK, KD MUSYTARI, KD YU, Stesen Mike, Markas Tentera Laut Cawangan Teknologi Maklumat, KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, KD PELANDOK (Jurulatih Asas Navigasi), Projek New Generation Petrol Vessel (NGPV) ketiga PV 3, KD PERAK First Crew, dan Markas Tentera Laut Bahagian Sumber Manusia - HRMIS.

Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Jawantankuasa program-program yang bertaraf antarabangsa seperti:

a. Sekretariat Westren Pacific Naval Symposium Senior Enlisted Leaders Working Group 2014 (WPNS SELWG) yang merupakan seminar Pegawai Waran (PW) yang melibatkan 24 buah negara yang dianjurkan oleh TLDM pada 18 hingga 22 Ogos 14 di Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur.

b. Ahli Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) LIMA '01, LIMA '03, LIMA '13, LIMA '15, LIMA '17, dan LIMA ‘19 yang membantu pengurusan ICT di Segmen Maritim.

c. Tim Penyediaan Risalah 'CHIEF OF NAVY ON WATCH' (Versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia) 2016.

d. Tim Konsolidasi PW bersama Pegawai Waran TLDM untuk membincangkan kaji selidik dan Permasalahan Warga LLP.

Beliau juga sentiasa bergerak secara aktif dalam Projek Inovasi dan seminar yang dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia (BSM) seperti berikut:

a. Tim Projek Inovasi Anugerah Inovasi Tentera Laut (AITL) - Kategori ICT (Johan) dan Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan (AIKP) - Kategori ICT (Peringkat Akhir Tempat ke 5) dalam Projek Penilaian Prestasi Pegawai atas talian (e-Appraisal) 2014.

b. Tim Penulisan Projek Inovasi dan kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) iaitu Penyimpanan Kabel Rangkaian (RIKTIG) - Kategori Teknikal (Tempat ke-3) 2014.

c. Tim Penulisan Anugerah Inovasi Tentera Laut (AITL) iaitu Pengendalian Pemasangan Kabel Rangkaian (NETRO) - Kategori Teknikal (Peringkat Akhir) 2015.

d. Tim Pembentangan Kertas Kerja Seminar PW BSM 2014 dengan tajuk Peningkatan Kerjaya dan Kenaikan Pangkat dalam tempoh yang singkat memberi kepuasan kepada warga TLDM.

e. Pembentangan Kertas Kerja Seminar Bintara peringat Wilayah di PHN 2016 mewakil Mk TL dengan tajuk Program Transformasi 15 to 5.

f. Panel Pemilihan Bintara dan Laskar Kreatif dan Berkualiti Suku Tahun bagi Mk TL 2016.

g. Tim Penyediaan Kertas Kerja Memperkasakan Fungsi Pegawai Waran dalam TLDM 2017.

h. Sekretariat Bengkel Juragan dan Bintara Tatatertib 2017.

i. Tim K3M

j. Tim penubuhan Jawatankuasa Pegawai Waran (JKPW)

Di samping penglibatan aktif dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh perkhidmatan, beliau mempunyai sikap terbuka dengan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan yang dianjurkan oleh Surau dan Blok penginapan Desa Pasifik Ampang. Pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Blok H (2017), AJK Protokol Laut Wisma Bintara ATM merangkap Timbalan Yang Dipertua (TYDP) Laut (2017) dan Pengerusi Perumahan ATM (2018).

Beliau juga pernah dianugerahkan Bintara Kreatif dan Berkualiti Suku Tahun Pertama Markas Tentera Laut Tahun 2014 dan Bintara Terbaik TLDM 2016. Beliau juga dianugerahkan pingat Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Bentara Angkatan Tentera (BAT) 2014 dan Lencana Sailor of The Year (2018). Sentiasa bergiat aktif dalam aktiviti sukan seperti Badminton, Futsal, Bowling dan Golf NAGA yang dianjurkan di peringkat Bahagian dan Markas. Beliau juga merupakan Pegawai Teknik Olahraga KOAM serta pernah mewakili TLDM dalam Kejohanan Mini Olimpik (KMO).

Bagi mengiktiraf PW yang sentiasa komited dan berdisiplin, Pengurusan tertinggi TLDM dan LLP menyokong dan bersetuju untuk PW dilantik sebagai Pegawai Waran Markas (PWM) Markas Wilayah Laut 1 yang ke-3 mulai 17 Jun 19.

MEDIA SOSIAL

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 731

Semalam 564

Bulan ini 19851

Keseluruhan 836383

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM