VETERAN TLDM

VETERAN TLDM (2)

PENGIKTIRAFAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

1

1. Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) merupakan persijilan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia. JPK merupakan salah satu badan akreditasi pembelajaran selain dari Agensi Kelayakan Malaysia di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Ketika ini, SPKM menawarkan 5 tahap persijilan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 dan 3, Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (Tahap 5). Dalam mendapatkan SPKM ini, terdapat 3 kaedah yang boleh digunakan iaitu:

a. Pusat Bertauliah (PB).

b. Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).

c. Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

2



2. PPT atau Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) didefinisikan sebagai satu kaedah penilaian terhadap pekerja mahir untuk mendapatkan pengiktirafan bagi keterampilan semasa dalam bidang kemahiran tertentu berdasarkan pencapaian terdahulu berpandukan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS).

3. Ketika ini program Persijilan Kemahiran Malaysia bagi kaedah PPT/RPEL sedang dilaksanakan oleh TLDM bagi anggota yang masih berkhidmat dengan kerjasama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

4. PERHEBAT telah memeterai Memorandum Persefahaman dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) pada 2 Feb 17 disaksikan oleh Menteri Pertahanan dan Menteri Sumber Manusia bagi perlaksanaan program RPEL. PERHEBAT dilantik oleh JPK sebagai wakil tunggal bagi pelaksanaan RPEL ke atas warga ATM dan ia dilaksanakan secara percuma dengan tajaan oleh PSMB.

5. Keutamaan perlaksanaan RPEL bersama PERHEBAT ini fokus kepada anggota lain-lain pangkat yang bakal menamatkan perkhidmatan di antara 3 hingga 5 tahun di bawah kategori B40. SPKM yang dibuka hanya bagi persijilan Tahap 4 iaitu Diploma Kemahiran Malaysia.

3


6. Walau bagaimanapun, bagi bekas warga TLDM yang telah bersara, program yang sama boleh dilaksanakan secara terus kepada PERHEBAT.
PERHEBAT turut menawarkan peluang yang sama kepada pesara TLDM melalui program ini berdasarkan kepada permohonan bidang yang diingini pesara. Program ini akan mengiktiraf pesara melalui pengalaman kerja yang terdahulu berdasarkan beberapa proses:
a. Pembangunan portfolio (pembuktian pengalaman terdahulu).
b. Pembangunan projek dan pembentangan.
c. Temuduga.


7. Sekiranya pesara boleh melaksanakan ketiga-tiga proses di atas, pesara bakal dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang yang dimohon di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran.


8. Maklumat lanjut berhubung program ini boleh didapatkan daripada:

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Kurikulum
PERHEBAT

SKM

Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) telah dilaksanakan dalam TLDM sejak tahun 90an. Ia boleh diperoleh melalui 2 kaedah utama iaitu melalui Pusat Bertauliah (PB) dan Pentauliah Pencapaian Terdahulu (PPT).

Buat masa ini TLDM melaksanakannya melalui kedua-dua kaedah. Kaedah PB dilaksanakan di Fakulti Kejuruteraan KDP. Ia dikhususkan bagi Kepakaran TMK, TLS, TLR dan TMS untuk SKM Tahap 3 dan Tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia - DKM).

Bagi lain-lain kepakaran dan bidang, perolehan SKM diuruskan melalui PPT. Anggota perlu mendaftar terus kepada Staf Pengiktirafan MPPL untuk mendapatkan persijilan. Harga bagi setiap SKM adalah RM300 untuk setiap tahap. Untuk Kepakaran Pelaut mereka sesuai dipersijilkan dalam bidang Security and Safety dan sebagainya, manakala bagi Bekalan, bidang Perkeranian dan Pramusaji dan sebagainya.

MPPL hanya menguruskan perolehan SKM untuk warga yang masih berkhidmat. Bagi mereka yang telah bersara atau telah menamatkan perkhidmatan, anda boleh mendapatkan JJM terus daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia atau melalui JHEV/PERHEBAT.

 

Maklumat lanjut boleh menghubungi :

Kdr Mohamed Salleh bin Hj Shahadan TLDM

019-2370835

AKS Kawalan Mutu dan Latihan

Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 122

Yesterday 474

Month 2811

All 700610

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE