SKTLDMSesi bergambar Bersama ahli Bengkel SME LLP

SITIAWAN, 24 Mac – Inisiatif mewujudkan Subject Matter Expert (SME) di kalangan warga LLP Cawangan Kejuruteraan sedang dimulakan. Bagi kick-off keperluan ini, inisiatif awal melibatkan pembangunan modul SME telah dilaksana melalui Bengkel Khas di SKTLDM Parit, Perak dari 24 hingga 26 Mac 21. Bengkel Khas ini dihadiri oleh Pegawai Kejuruteraan dan Bintara Teknisyen yang berkelayakan serta terpilih sahaja.

Hasrat mewujudkan SME LLP adalah selaras dengan pendekatan TLDM untuk memperkasakan Teknisyen TLDM agar selari dengan keperluan kompetensi di Armada, selain akan marketable di pasaran/industri kelak apabila mereka menamatkan perkhidmatan. Justeru diantara strategi jangka panjang adalah:

a. Mendaftar senarai SME LLP Kejuruteraan mengikut Pekeliling Kerajaan berkuatkuasa, berdasarkan kesuaian kepakaran diperlukan untuk pengoperasian serta senggaraan Aset Pertahanan.

b. Merangka laluan kerjaya jangka panjang dan interim untuk bakal Teknisyen TLDM yang menjadi SME kelak.

Pembangunan SME LLP ini diketuai oleh Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseph selaku Pengerusi Penyelia Tred dan Kepakaran (PTK) Kejuruteraan, juga sebagai Pengarah Kanan CPKA, yakni Directorate General Technical Seaworthiness (DGTS). Beliau telah memberikan beberapa strategic guidance dan pendekatan untuk modul SME sebelum boleh diangkat ke Pengurusan Tertinggi TLDM bagi perakuan seterusnya.

Pembangunan SME LLP Cawangan Kejuruteraan ini adalah salah satu inisiatif terkini Cawangan Kejuruteraan bagi memperkasakan in-house capability dan mengurangkan outsource dependency untuk perkhidmatan senggaraan mahupun pembaikan di masa akan datang secara berperingkat. Hasil pembangunan SME melalui Bengkel Khas ini boleh digunakan untuk penambahbaikan berterusan (Kaizen) bagi melestarikan pengurusan sumber manusia di Cawangan Kejuruteraan. Dijangka inisiatif ini akan memberi Return of Investment (ROI) yang tinggi, bukan sahaja kepada TLDM malah kepada anggota LLP yang bakal layak dan diiktiraf sebagai SME.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Mk TL
Artikel   : Laksmana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Cawangan Pembangunan Sumber, Bahagian Kejuruteraan, Mk TL

111Lt Kdr (B) Ir. Ts. Yeo Cheng Kwan TLDM CEng, Eur Ing,
CMgr bersama Yacth milik beliau Puteri Samudera

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Leftenan Komander (Bersara) Ir. Ts. Yeo Cheng Kwan TLDM CEng, Eur Ing, CMgr melakar sejarah sebagai anggota TLDM dari Lain-Lain Pangkat yang pertama diiktiraf sebagai European Engineer (Eur Ing). Ini bermaksud pegawai boleh meluluskan sesuatu rekabentuk kejuruteraan untuk projek di negara Eropah dalam bidang diiktiraf, dimana diperakui oleh European Federation of National Engineering Associations (FEANI). Lebih membanggakan, beliau juga diiktiraf dengan kelayakan profesional berprestij berikut:

1. Chartered Engineer (CEng) dari United Kingdom Engineering Council.
2. Chartered Manager (CMgr) dari United Kingdom Chartered Management Institute.
3. Jurutera Profesional (Ir.) dari Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).
4. Teknologis Profesional (Ts.) dari Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

Lt Kdr (B) Ir. Ts. Yeo Cheng Kwan TLDM bukan sahaja berjaya di dalam profesion dan karier, beliau juga aktif dalam sukan sejak dalam perkhidmatan. Sehingga kini beliau masih aktif dengan aktiviti perahu layar, merupakan seorang Yacht Master yang diiktiraf oleh Royal Yachting Association (RYA), United Kingdom. Ini membolehkan beliau kerap menyertai regatta antarabangsa seperti Raja Muda Selangor International Regatta menggunakan Bot Layar milik sendiri. Selain sukan, beliau turut aktif dalam aktiviti amal dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Sumbangan terkini beliau ialah terlibat dengan inisiatif mengiktiraf Teknologis dan Teknisyen agar selaras dengan Akta 768 – Teknologis dan Juruteknik 2015 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Beliau juga turut berkelayakan sebagai Qualified Accessor and Examiner untuk Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan juga United Kingdom Engineering Council. Seperkara lagi yang tidak diketahui ramai ialah sumbangan beliau terhadap pembangunan modal insan golongan belia serta pelajar di Malaysia melalui inisiatif Leadership Building Programme secara percuma.

Berlandaskan pengalaman dan komitmen Veteran TLDM ini yang tinggi, hari ini Ketua Jurutera TLDM meluangkan masa menemui beliau di Pelabuhan Klang. Beliau kini adalah Managing Director di CPD Holistics Sdn Bhd yang berdaftar di Malaysia, ibu pejabat di Pelabuhan Klang. Tujuan pertemuan adalah untuk mengenal pasti pendekatan memperkasa Juruteknik TLDM, selain menjemput beliau sebagai pensyarah jemputan bagi Seminar Pegawai Kejuruteraan akan datang.

Kejayaan, pencapaian, komitmen tinggi dan sumbangan Lt Kdr (B) Ir. Ts. Yeo Cheng Kwan TLDM CEng, Eur Ing, CMgr secara berterusan kepada masyarakat serta arus pendidikan negara amat membanggakan TLDM. Ianya wajar dijadikan contoh serta inspirasi kepada warga #NavyPeople.

Oleh      : Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung
Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan
Foto      : Lt Kdr (B) Ir. Ts. Yeo Cheng Kwan TLDM dan Lt Dya Muhamad Shafie bin Mohd Jusoh TLDM

IMG 20210215 170904

KAJANG, 15 Feb – Ketua Jurutera TLDM, Laksamana Muda Datuk Ir. Ts. Hj Mohd Shaiful Adli Chung melaksanakan kunjungan hormat ke atas KP STRIDE yang baharu, Dr. Mohd Yazid bin Ahmad di ibu pejabat STRIDE, Kajang.

Sepanjang pertemuan tersebut, perkara adalah berkisar mengenai strategi strategik STRIDE-TLDM melibatkan sains pertahanan dengan matlamat untuk mencapai keupayaan self-reliance dalam bidang yang marketable serta niche area, dengan kerjasama industri tempatan. Justeru, core strategy adalah penghasilan rekabentuk atau kajian yang mempunyai kesan spill-over yang tinggi terhadap pasaran di industri.

Ketua Jurutera TLDM juga bertukar fikiran dengan KP STRIDE mengenai kaedah serta mekanisme terbaik bagi synchronization diantara keperluan pengguna (Angkatan Tentera Malaysia - ATM) dengan capability serta capacity penyelidik (researcher), agar keberhasilan kajian/produk memenuhi sebahagian (niche area) keperluan operasi ATM. Bagi maksud tersebut, beberapa siri kerjasama dan Pelan Tindak telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan di peringkat operasi.

Kunjungan selama hampir 45 minit tersebut diakhiri dengan pertukaran cendera kenangan, dimana Ketua Jurutera TLDM menyampaikan Business Card kayu yang dibuat oleh Ketua Jurutera TLDM secara D.I.Y kepada KP STRIDE.

Sumber : RMN Chief Engineer Office, Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel   : Laksda Datuk Ir. Ts. Hj Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Lt Dya Muhamad Shafie bin Mohd Jusoh TLDM

Senior Air Engineer TLDM memberi kata kata semangat kepada peserta kursusSenior Air Engineer TLDM memberi kata-kata semangat kepada peserta kursus

LUMUT, 6 Nov – Seramai 8 orang anggota telah berjaya menamatkan kursus Aviation Foundation Course (AFC) yang berlangsung selama 3 bulan mulai 10 Ogos 20 hingga 6 Nov 20 di Markas Udara TLDM. Kesemua peserta kursus telah menjalani temuduga pemilihan yang teliti bagi menilai tahap pengetahuan, keterampilan serta nilai sahsiah anggota sebelum dipilih untuk menyertai kursus ini.

Kursus AFC merupakan kursus asas kejuruteraan udara bagi melatih anggota teknikal sebelum bergelar Juruteknik Pesawat (JP) TLDM. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengenalan, pendedahan serta pengetahuan asas kepada bakal JP TLDM mengenai sistem airframe, avionic dan power plant pesawat. Peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini akan diperjawatkan ke skuadron penerbangan untuk melalui beberapa siri latihan lanjutan sistem pesawat.

Semasa awal penubuhan Cawangan Udara TLDM iaitu pada tahun 1988, JP TLDM dilatih secara terus oleh Loan Service Personnel dari Tentera Laut Diraja Britain. Lima kumpulan JP TLDM kemudian dihantar secara berperingkat untuk mengikuti latihan asas kejuruteraan udara selama 2 tahun di HMAS Nirimba, Australia. Pada tahun 1994, TLDM telah berupaya melahirkan juruteknik penerbangannya sendiri, satu kejayaan besar buat Cawangan Udara TLDM.

JP TLDM merupakan ‘orang di sebalik tabir’ dalam kejayaan sesuatu pengoperasian pesawat. JP TLDM akan memastikan pesawat diselenggara mengikut prosedur dan standard yang rapi supaya pesawat berada dalam keadaan ‘airworthy’ sebelum diterbangkan. Justeru itu, Markas Udara TLDM amat menitikberatkan aspek latihan dalam pembinaan modal insan bagi melahirkan warga yang bukan sahaja berkemahiran tinggi, malah kompeten dalam mendokong operasi penerbangan yang selamat.

Pengambilan JP TLDM akan diteruskan pada masa hadapan sebagai pelapis kepada JP TLDM semasa serta bagi menampung perkembangan Cawangan Udara TLDM.

Sumber : Markas Udara TLDM
Artikel   : Lt Dya Lugman bin Pirmang TLDM
Foto      : Lt Chan Jun Shen TLDM

ANCM 1ANCM tahun ini diadakan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19

KUALA LUMPUR, 5 Nov - Mesyuarat ASEAN Navy Chiefs’ Meeting (ANCM) ke-14 telah berlangsung hari ini yang dianjurkan oleh Tentera Laut Rakyat Vietnam (Vietnam People’s Navy-VPN) secara video teleconference. Panglima Tentera Laut VPN telah mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany dan rakan sejawat beliau dari Brunei, Cambodia, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura dan Thailand manakala Laos diwakili oleh Timbalan Panglima Angkatan Tentera.

Bertemakan “Naval Cooperation for Cohesive and Responsive ASEAN”, mesyuarat kali ini diadakan menggunakan platform dalam talian akibat penularan Covid-19 di seluruh dunia. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah inisiatif ASEAN Naval Training Experience Exchange Program yang diusulkan oleh tuan rumah Vietnam dan cadangan Tentera Laut Filipina untuk mewujudkan Networked Maritime Centres dan ASEAN Maritime Task Force.

Dalam ucapan beliau, Tan Sri Mohd Reza menyatakan sokongan TLDM untuk mengeratkan kerjasama yang sedia ada di kalangan negara ahli. Beliau juga merasakan bahawa ANCM adalah platform terbaik untuk angkatan laut ASEAN merangka dasar dan strategi yang boleh menyumbang kepada keselamatan maritim serantau. ANCM merupakan mesyuarat tahunan bagi pucuk pimpinan tentera laut negara-negara ASEAN. Tentera Laut Cambodia telah menjadi tuan rumah mesyuarat kali ke-13 dan Tentera Laut Diraja Brunei akan menganjurkan ANCM ke-15 pada tahun hadapan.

Sumber : Bahagian Operasi dan Strategi, Markas Tentera Laut
Artikel   : Lt Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM
Foto      : LK TNL Mohamad Idris bin Suradi

LUMUT, 28 Okt – Sesi temuduga Certificate of Competency (CoC) bagi tiga Pegawai Jurutera Udara (PJU) TLDM telah dilaksanakan pada 27 dan 28 Oktober di Markas Udara TLDM. Kept Ir. Hj Ahmad Fahmi bin Jahaya TLDM selaku Senior Air Engineer (SAE) TLDM telah mempengerusikan panel temuduga CoC dan disertai oleh Kdr Nik Afizul bin Nik Alias TLDM, Kdr Mohammad Khairul bin Khamis TLDM dan Kdr Ir. Mohd Zirwandy bin Zainuddin TLDM. PJU yang terlibat dalam temuduga ini adalah Lt Chan Jun Kwan TLDM, Lt Dya Lugman bin Pirmang TLDM, dan Lt Dya Muhammad Zamir bin Mustapa TLDM.

AEOs
Ahli panel temuduga CoC dan PJU yang terlibat

Temuduga CoC ini merupakan kaedah yang diamalkan oleh Tentera Laut Diraja Britain dan Tentera Laut Diraja Australia yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi PJU dalam aspek tugas dan tanggungjawab, sistem pesawat, pengurusan dokumentasi pesawat serta pengurusan technical airworthiness yang telah diadaptasi ke dalam laluan kerjaya PJU. Pegawai yang lulus temuduga ini akan menjawat perjawatan pertama di skuadron penerbangan kelak. Sehingga kini, Cawangan Udara TLDM telah melahirkan seramai 32 orang PJU.

KPKJEKKetiga-tiga Pegawai Ketika Tamat Kursus
Pegawai Kejuruteraan Jentera & Elektronik Kapal Terbang

Lt Chan
Sesi Temuduga Lt Chan TLDM

Sebelum ini, ketiga-tiga pegawai tersebut telah menghadiri Kursus Pegawai Kejuruteraan Jentera dan Elektronik Kapal Terbang bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai latihan asas kejuruteraan udara. Dalam tempoh tersebut, mereka turut didedahkan kepada pengurusan selenggaraan di skuadron penerbangan TUDM yang mengoperasikan pesawat A400M, EC725 dan C130H.

Lt Zamir
Sesi Temuduga Lt Dya Muhammad Zamir TLDM

Sejak penubuhan unit udara TLDM 30 tahun yang lalu, Cawangan Udara TLDM telah mengoperasikan beberapa jenis pesawat seperti WASP, Super Lynx dan Fennec. Aspek kompetensi amat dititikberatkan di seluruh peringkat Cawangan Udara TLDM supaya pesawat yg diterbangkan mencapai tahap airworthiness yang ditetapkan di samping mengekalkan rekod kemalangan sifar dalam operasi penerbangan.

Sumber : Markas Udara TLDM
Artikel   : Lt Chan Jun Kwan TLDM
Foto      : Lt Chan Jun Shen TLDM

WhatsApp Image 2020 10 14 at 11.57.23
MesPek yang dilangsungkan secara fizikal dan maya

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Mesyuarat Pegawai Kanan Kejuruteraan Siri 2/20 telah dilaksanakan secara hybrid hari ini, iaitu secara fizikal dan maya. Pendekatan ini membolehkan lebih banyak penyertaan pegawai kanan di luar Kuala Lumpur, malah mereka yang berada di luar negara turut menyertai mesyuarat yang diadakan dua kali setahun tersebut.

Antara pengisian mesyuarat termasuk penekanan terhadap pelaksanaan sekurang-kurangnya 27 inisiatif berimpak tinggi baharu oleh Cawangan Kejuruteraan, di mana sebahagiannya telah meningkatkan tahap kesiagaan operasi Armada TLDM. Beberapa inisiatif yang diketengahkan telah didaftarkan untuk projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Kementerian Pertahanan. Terdapat juga inisiatif luar jangka yang telah menjimatkan perbelanjaan Kerajaan dengan ketara.

Ahli mesyuarat turut membincangkan beberapa cabaran yang dijangka dihadapi di masa hadapan serta mengkaji strategi dan pelan tindak yang telah dirangka.

Sumber : Bahagian Kejuruteraan, Markas Tentera Laut
Artikel : Laksamana Muda Datuk Ir. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah
Foto : PW II TLR Muhamad Razid bin Rosman


WhatsApp Image 2020 09 29 at 20.02.34

KUALA LUMPUR, 29 Sep - Majlis Request Pleasure of Your Company (RPC) bersama ahli-ahli kelab bintara Markas Tentera Laut telah berjaya dilaksanakan bertempat di Dewan tertutup KD Sri Gombak.

Ia merupakan upacara yang diadakan julung-julung kalinya bagi memperkenalkan barisan AJK sesi 20/21. Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Kelab Bintara Markas Tentera Laut Sesi 20/21 yang telah dilantik. Semoga barisan AJK sesi 20/21 dapat memberi komitmen dengan semangat kerjasama diantara satu sama lain. Sentiasa berpandangan positif dalam melaksanakan amanah serta berkepimpinan yang berwibawa.

Rujukan : 300920/01
Sumber : Kelab Bintara Markas Tentera Laut
Artikel   : BM TLR Adik Muhammad Fikri bin Mohd Noh

WhatsApp Image 2020 09 22 at 3.33.06 PM 2 Panglima Tentera Laut menerima Buku Pelan Antirasuah
daripada Panglima Angkatan Tentera

KUALA LUMPUR 22 Sep – Perbarisan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-87 telah berlangsung dengan jayanya di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi. 

Acara disempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan dihadiri warga ATM termasuk Panglima-Panglima Perkhidmatan.

Perbarisan kali ini melibatkan 51 orang pegawai dan 901 orang anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga perkhidmatan dengan konsep perbarisan tempur statik. Acara turut menyaksikan terbang lintas hormat pesawat helikopter membawa bendera ATM, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Panglima Angkatan Tentera juga menyempurnakan penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara dan penyampaian Sijil Kepujian Panglima Angkatan Tentera kepada wakil petugas barisan hadapan ATM yang terlibat dalam Op Penawar dan Op Benteng. Beliau turut menyampaikan Buku Pelan Anti Rasuah kepada Panglima-Panglima Perkhidmatan sempena Pelancaran Pelan Antirasuah ATM.

Sumber : BHEA-J7
Artikel   : Lt Norzuhaira binti Ruhanie PSSTLDM
Foto      : LK TNL Mohamad Idris bin Suradi / LK PWP Muhamad Zul Akmal bin Ahmad 

Klik ke galeri


Pangkat UtamaWarga KDSM yang dinaikkan pangkat bergambar bersama PANGWILLA 2

SEMPORNA, 10 Ogos – Seramai 16 orang pegawai dan anggota KD SRI SEMPORNA telah dinaikkan pangkat pada majlis ringkas yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sabri bin Zali, Panglima Wilayah Laut 2.

YBhg Pangwilla 2 dalam ucapannya telah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga KDSM yang telah dinaikkan pangkat. YBhg Pangwilla 2 juga turut mengingatkan bahawa kenaikan pangkat turut diiringi dengan pertambahan tanggungjawab selain daripada memikul amanah yang lebih besar.

Disamping itu, beliau turut berpesan akan kesan daripada kegagalan merencanakan masa hadapan sekiranya kesemua anggota memilih untuk menamatkan perkhidmatan dengan tidak berpencen. Beliau mengingatkan agar keterampilan yang baik serta sifar permasalahan disiplin perlu dikekalkan oleh kesemua peringkat warga Navy People dalam memelihara imej organisasi TLDM khasnya dan ATM amnya.

Sekalung Tahniah, Rezeki Barakah

Sumber : Unit Perhubungan Raya KD SRI SEMPORNA – Unit 2 PASKAL
Artikel   : Lt Talhah bin Abd Karim TLDM
Foto      : LK TLR Ahmad Zaki bin Rail

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 759

Yesterday 875

Month 13450

All 1013073

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE