Apr 18

KEJOHANAN PIALA ZAIN EDISI 2016

LUMUT, 14 Apr 16- Bertempat di Auditorium KDP jam 1400 pada hari ini telah berlangsung majlis perjumpaan Pegawai Memerintah, Kept Sharum bin Shaim TLDM bersama pemain pasukan bola sepak KD PELANDOK sempena Kejohanan Piala Zain Edisi 2016 yang berlangsung mulai 14 hingga 27 April. 

 

KDP1.jpg
Ucapan Semangat Kepada Para Pemain
KDP2.jpg
Para Pemain KDP Bergambar Kenangan
KDP3.jpg
Pelancaran Baju Sukan Untuk Tim


Serentak itu juga diadakan pelancaran baju sukan sempena kejohanan berprestij tersebut. Turut hadir Pegawai Laksana bersama Tim Pengurusan Pasukan. Dalam ucapan, Pegawai Memerintah mengingatkan para pemain untuk mempamerkan mutu permainan sukan bola sepak profesional serta semangat berpasukan yang tinggi. Di samping itu secara tidak langsung sebagai intensif penyuntik semangat buat Tim Pengurusan dan pemain dalam menaikkan moral dalam hasrat menjuarai Kejohanan Piala Zain Edisi 2016. Pegawai Memerintah juga turut memberikan kata-kata semangat kepada pemain untuk bermain dengan lebih bersemangat dan seterusnya mengharumkan nama KDP.Beliau juga suka mengingatkan kepada semua para pemain untuk sentiasa menerapkan nilai agama yang kukuh di dalam keperibadian setiap individu. Majlis berakhir sekitar jam 1500.


Rujukan: 150416/01

Sumber: MPPL
Artikel: Kapt Nor Roslinda binti Rozali PRO KD PELANDOK
Jurufoto: Seksyen Perhubungan Awam MPPL TLDM

Last modified on Monday, 18 April 2016 07:01

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 852

Yesterday 1056

Month 3007

All 971319

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE