Print this page
Apr 18

SEMINAR PENTADBIR SISTEM DAN ROADSHOW SISTEM STRATEGIK COMMAND AND CONTROL (C2) ATM TAHUN 2016 DI KDSI I

Lumut, 14 Apr 16 (Khamis).   Seminar Pentadbir Sistem Dan Roadshow Sistem Strategik Command and Control (C2) ATM telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 11 Apr dan berakhir pada hari ini. Seminar telah dihadiri oleh 60 peserta yang terdiri daripada pegawai dari Tentera Darat, Laut dan Udara serta 11 pensyarah jemputan yang turut dihadiri oleh  Asisten Ketua Staf KOMLEK, YBhg Laksda Dato’ Aris Adi Tan bin Abdullah.

 

1
Pembukaan  Seminar Pentadbir Sistem Dan Roadshow Sistem Strategik Command and Control (C2) ATM
2
AKS KOMLEK menyampaikan hala tuju dan rancangan hadapan KOMLEK
3
Syarikat  SCS Sdn Bhd member penerangan kepada peserta yang hadir
4
Roadshow yang dijalankan mendapat perhatian semua pegawai seminar dan pegawai TLDM sekitar Lumut
5
Peserta mencuba sistem yang ada
6
Peserta Seminar bergambar bersama AKS KOMLEK

Seminar ini merupakan aktiviti tahunan Bahagian Komunikasi dan Elektronik (KOMLEK) Markas ATM yang bertujuan memberikan pendedahan kepada Pentadbir Sistem di penempatan P4 ATM tentang perkembangan terkini Sistem Strategik C2 ATM serta memperkenal dan memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota dari perkhidmatan Darat, Laut dan Udara tentang semua Sistem Strategik C2 yang dimiliki oleh ATM memandangkan sistem-sistem ini masih baru dalam perkhidmatan. Antara taklimat yang diadakan adalah berkenaan dengan Perkembangan Terkini Sistem P4 (PX2000 NC2 & C4ITacX),  Overview Network Centric Operations (NCO),  Komunikasi Satelit ATM,  Sistem Maklumat HRMIS dan Rancangan Hadapan KOMLEK. Bahagian KOMLEK juga mengadakan Roadshow Demonstrasi Sistem Strategik C2 ATM yang terkini iaitu Sistem P4 (PX2000 NC2 dan C4iTacX Version 2), (TC2),Sistem Network Centric Operations (NCO), Human Resource Management Information System (HRMIS) dan Sistem Satelit X-Band ATM.  Sepanjang aktiviti yang dijalankan, pelatih yang terdiri daripada kursus Pemerintahan Pegawai Muda, Kursus Peperangan Periuk Api, Kursus Aplikasi Graduan turut mengambil kesempatan meningkatkan pengetahuan dengan mendalami usaha ATM memperkukuhkan keupayaan dari segi komunikasi, informasi teknologi dan peperangan masa hadapan. Roadshow yang dilaksanakan oleh KOMLEK ini sangat penting dalam usaha memberi pendedahan kepada warga ATM dan TLDM khususnya untuk memperkasakan perintah dan kawalan serta komunikasi masa hadapan ATM dan diharapkan ia akan berterusan agar dapat memberikan pengetahuan terutama kepada pegawai-pegawai muda.


Sumber: Pejabat Teknologi Maklumat KDSI I
Artikel: Lt Nurul Huda binti Harun TLDM
Jurufoto: LK I TLR Mohd Asrul Nizam bin Mohd Yusof

Last modified on Monday, 18 April 2016 07:44