Apr 18

PROGRAM INISIATIF BERTANYA KHABAR DI PULAU KETAM DAN TELOK GONG

Pelabuhan Klang, 15 Apr – Pendekatan TLDM melalui Program Inisiatif Bertanya Khabar (IBK) bersama masyarakat tempatan sedang giat dilaksanakan. Hari ini, TLDM telah mengadakan perjumpaan bersama penduduk Pulau Ketam bertujuan untuk mendekatkan warga TLDM bersama masyarakat di pulau tersebut. Sebelum pada ini, TLDM telah mengadakan pelancaran Program Rakan Maritim (RAKAM) di atas KD PERAK di Jeti Pending, Kuching Sarawak. Pelabuhan Klang, 15 Apr – Pendekatan TLDM melalui Program Inisiatif Bertanya Khabar (IBK) bersama masyarakat tempatan sedang giat dilaksanakan. Hari ini, TLDM telah mengadakan perjumpaan bersama penduduk Pulau Ketam bertujuan untuk mendekatkan warga TLDM bersama masyarakat di pulau tersebut. Sebelum pada ini, TLDM telah mengadakan pelancaran Program Rakan Maritim (RAKAM) di atas KD PERAK di Jeti Pending, Kuching Sarawak. Bagi memudahkan perhubungan secara terus antara nelayan dan agensi penguatkuasa, TLDM telah mengedarkancalling card yangmengandungi nombor telefon dan faks bilik operasi Markas Pemerintahan Armada.


1
Kept Chan Peng Cheong TLDM (Kiri) dan Kept Mohd Yusri TLDM (Kanan) bersama penduduk Pulau Ketam menunjukkan Kad  RAKAM yang diedarkan kepada penduduk
2
Kept Chan Peng Cheong TLDM memberi penerangan mengenai Kad RAKAM yang disediakan oleh pihak TLDM
3

4
Berkomunikasi dapat menjalinkan kerjasama di antara warga TLDM dengan masyarakat setempat
5

6
Program Jiwa Murni yang diadakan dapat memberi sesuatu  bermakna buat penduduk Pulau Ketam
7

8
Majlis Pelancaran RAKAM di Kampung Nelayan Telok Gong yang disempurnakan bersama Laksamana Muda Dato' Zaaim bin Hasan, Ketua Pengarah Hidrografi dan YB Datuk Seri Noh bin Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang
9

10
Acara derma darah turut diadakan bagi membantu pesakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang memerlukan darah

Kedua-dua bilik operasi ini beroperasi 24 jam sehari dan boleh dihubungi dengan pelbagai cara, termasuklahmelalui aplikasiWhatsapp. Melalui aplikasi ini, komuniti nelayan hanya perlu mengambil gambar sesuatu kejadian yang telah ataupun sedang berlaku dan mengirimkan kepada pihak berkuasa dengan memberi maklumat lokasi, tarikh dan masa kejadian. Dengan cara ini, perhubungan komunikasi antara komuniti maritim khususnya nelayan dengan agensi penguatkuasa menjadi lebih berkesan. Sempena program ini juga, TLDM telah mengadakan Projek Jiwa Murni iaitu mengecat semula Pintu Gerbang Pulau Ketam  serta menambahbaik Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Ketam yang dilaksanakan selama dua hari mulai 14 April 2016. Manakala pada sebelah petang, Majlis Pelancaran Program RAKAM di Kampung Nelayan Telok Gong telah berlangsung dengan jayanya.  Majlis tersebut telah disempurnakan bersama Laksamana Muda Dato' Zaaim bin Hasan, Ketua Pengarah Hidrografi dan YB Datuk Seri Noh bin Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang. Bagi memeriahkan lagi suasana, TLDM turut mengadakan pameran kerjaya bagi menyampaikan maklumat yang tepat kepada penduduk kampung serta menarik minat belia/beliawanis menyertai TLDM.  Selain itu juga, Program Derma Darah anjuran Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang turut diadakan.


Rujukan: 150416/01

Sumber: Sel Pr Mk TL
Artikel: P/PW II PNK Md Nasir Mohamed
Jurugambar: LK TNL Harirol Nizam & LK II PNK Hir Rahman

Last modified on Monday, 18 April 2016 08:16

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 353

Yesterday 739

Month 16219

All 1015842

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE