Dec 02

PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT MARKAS KEJURUTERAAN TLDM

Lumut, 30 Nov 16 - Pertandingan Inovasi Peringkat Markas Kejuruteraan TLDM Suku Tahun Keempat 2016 telah dilaksanakan pada 30 Nov 16 di Bilik Mesyuarat 1, Markas Kejuruteraan TLDM. Sebanyak 12 kumpulan dari unit bawah naungan dan semua Bahagian Markas telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Panel penilai pertandingan terdiri daripada Kept Ir. Ow Kiat Bin TLDM, Ketua Staf Markas Kejuruteraan TLDM, Kdr Choong Chin Aun TLDM, Ketua Skuadron Bantuan, Depot Senggara Armada dan Kdr Norparidan bin Mat Noh TLDM, Ketua Pasukan Bantuan Korvet Depot Senggara Armada. Sepanjang pertandingan berlangsung, para panel penilai telah memberikan banyak cadangan yang membina bagi perserta meningkatkan lagi kualiti projek yang bakal dipersembahkan untuk masa yang akan datang.

1
Sesi pembentangan projek oleh kumpulan KKI

2
Panel penilai semasa pembentangan projek KKI

Semua kumpulan telah memberikan persembahan yang mantap dan projek yang berimpak tinggi. Daripada 12 kumpulan yang bertanding, 3 kumpulan telah dipilih sebagai kumpulan yang terbaik untuk dimajukan ke peringkat seterusnya iaitu Markas Pemerintahan Bantuan TLDM. Kumpulan tersebut ialah kumpulan SKYPE dari Depot Senggara Armada dengan tajuk Portable Firing Control Panel, kumpulan REOTECH dari Flotila Ronda, Markas Kejuruteraan TLDM dengan tajuk Kebocoran Underwater Hull/Valve dan kumpulan SILENCER dari Pusat Penyeyap Kapal TLDM dengan tajuk Sistem Pemantauan Mudah Alih. Pada 2 Dis 16 semasa Perbarisan Pagi Jumaat Markas, Panglima Kejuruteraan TLDM telah menyampaikan hadiah berupa hamper beserta sijil penghargaan kepada semua pemenang. Penyampaian hadiah dan sijil adalah sebagai pemangkin dan dorongan bagi memastikan projek yang mewakili Markas adalah yang terbaik dan berdaya saing.

3
Acara penyampaian hadiah oleh
Panglima Kejuruteraan TLDM kepada para pemenang

4
Acara bergambar Panglima Kejuruteraan TLDM
bersama para pemenang

Dengan adanya pertandingan sebegini, cetusan idea dan golongan pemikir kreatif dan kritis dapat diketengahkan untuk menyumbang kepada penambahbaikan organisasi TLDM. Di samping itu, pertandingan ini memberi peluang kepada pegawai dan anggota TLDM membuktikan daya kreativiti yang dimiliki mampu memberi sumbangan yang besar terhadap Negara.

Rujukan:021216/03
Sumber :Perhubungan Awam Markas Pangkalan Lumut
Artikel :BM TLR Sylvester Daka Tinsai
Jurufoto :LK I TLR Remugam anak Nisit

Read 1173 times Last modified on Friday, 02 December 2016 09:45

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 484

Yesterday 434

Month 13488

All 728001

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE