×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 2963
May 08

PROGRAM PERKHEMAHAN KOKURIKULUM KEPIMPINAN DAN JATIDIRI

Semporna, 7 Mei – Satu program Perkhemahan Kokurikulum Kepimpinan Dan Jatidiri “Kita Wira” telah berjaya dilaksanakan di Pangkalan TLDM, KD SRI SEMPORNA – Unit 2 PASKAL dari 5 hingga 7 Mei 2017. Penyertaan aktiviti perkhemahan ini melibatkan seramai 218 orang peserta yang terdiri daripada 20 orang pegawai/jurulatih dari KD SRI SEMPORNA, 15 orang guru pengiring dan 183 peserta membabitkan penyertaan tiga buah sekolah dari sekitar Daerah Semporna..Perkhemahan yang telah bermula sejak 5 Mei yang lalu bukan sahaja diadakan bersempena Hari Ulang Tahun TLDM yang ke 83 malah bertujuan untuk memupuk sifat kepimpinan yang tinggi dan tegas, para peserta perkhemahan turut dilatih untuk menyuntik semangat kerjasama dan tolong- menolong di antara satu sama lain. Sepanjang tiga hari dua malam berkampung di KD SRI SEMPORNA, para peserta telah didedahkan dengan aktiviti lasak seperti aktiviti Berkayak, Jalan Lasak, Kelas Ikhtiar Hidup, Memasak Ransum Tempur, Jungle Trekking dan Flying Fox turut diadakan.Menurut Pegawai Memerintah KD SRI SEMPORNA, Kepten Haji Muhammad Rodhi bin Ariffin TLDM, yang turut merasmikan majlis penutup berkata, program seumpama ini mampu menyokong usaha kerajaan bagi membentuk pelapis muda yang berwibawa dan mampu membina modal insan yang berkualiti untuk Negara pada masa hadapan.

1
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah menyampaiakan cenderahati kenangan
kepada Ketua Jurulatih Program Perkhemahan Lt Kdr Mohd Aswad bin Zakerya

2

3

4

5
Antara aksi peserta perkhemahan ketika menjalani aktiviti di bawah seliaan
Jurulatih yang terdiri Pegawai/Anggota KD SRI SEMPORNA

6
Peserta perkhemahan mengambil gambar kenangan bersama
Jurulatih yang terlibat serta guru-guru mereka

Ia juga merupakan usaha KD SRI SEMPORNA bersama Pejabat Pendidikan Daerah Semporna dalam melahirkan generasi muda yang dinamik dan berdisiplin.Adalah diharapkan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi oleh setiap peserta sepanjang perkhemahan ini akan menjadi pendorong kepada mereka bagi memupuk semangat patriotisme, setia kawan dan kerjasama dalam satu kumpulan serta merealisasikan matlamat negara yang berkonsepkan 1 Malaysia.

Rujukan: 080517/02
Sumber: Kd Sri Semporna
Artikel: Lt (Dr) Mohd Afiq bin Hishamuddin
Gambar: BK PKL Forman ak Dresa

Last modified on Monday, 08 May 2017 07:55

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 58

Yesterday 729

Month 2862

All 734542

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE