Jul 27

HARI INOVASI TLDM 2018

KUALA LUMPUR, 27 Jul - Kreativiti dan inovasi warga Navy People diraikan melalui sambutan Hari Inovasi TLDM bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan . Majlis dirasmikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman. Matlamat utama majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada Navy People yang telah menyumbang usaha dalam merealisasikan transformasi TLDM ke arah kecemerlangan melalui penghasilan inovasi bagi meningkatkan mutu dan produktiviti kerja dalam perkhidmatan TLDM.

Gambar 1 27 Jul
Hari Inovasi TLDM meraikan budaya inovasi
dan kreativiti warga Navy People

Tema 'Transformasi Pemacu Kecemerlangan' dipilih selaras dengan Program Tarnsformasi 15 ke 5 TLDM yang sedang giat dilaksanakan. Program Transformasi yang mengandungi 3 teras iaitu Teras Sumber Manusia, Teras Armada serta Teras Pengurusan dan Struktur Organisasi adalah satu pendekatan yang holistik dan terancang. Ia bakal menjadikan TLDM sebuah institusi lebih kredibel, versatil dan diyakini rakyat dalam mempertahankan kepentingan serta kedaulatan perairan negara. Sejumlah empat kategori telah dipertandingkan bagi dua Kumpulan Inovatif & Kreatif iaitu Kumpulan Primer dan Kumpulan Hibrid dalam Anugerah Inovasi Tentera Laut bagi tahun 2018. Secara keseluruhannya, sebanyak 37 penyertaan telah disenarai pendek untuk dipertandingkan di mana pemenang bakal dipilih untuk mewakili TLDM ke peringkat Kementerian Pertahanan dan Kebangsaan.

Gambar 2 27 Jul
Pengiktirafan EKSA oleh MAMPU kepada Markas Selam dan
Peperangan Periuk Api satu kebanggaan kepada TLDM

Gambar 3 27 Jul
Penganugerahan Provisional Certificate LCCF kepada Pangkalan TLDM Lumut
memperkasakan komitmen untuk mengurangkan
pembebasan karbon atau Gas Rumah Hijau

Dalam pada itu, TLDM turut menerima pengiktirafan Provisional Certificate Low Carbon City Framework daripada Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim di mana Pangkalan TLDM Lumut telah terpilih. Penganugerahan sijil ini merupakan komitmen Pangkalan TLDM Lumut dalam melaksanakan usaha pengurangkan pembebasan karbon atau Gas Rumah Hijau yang menjejaskan alam sekitar dan TLDM merupakan perkhidmatan pertama dipilih dibawah Angkatan Tentera Malaysia. Di dalam majlis yang sama, penyampaian sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada Markas Selam dan Peperangan Periuk Api oleh MAMPU dan pengiktirafan kepada Pusat Hidrografi Negara kerana menerima Anugerah Geospatial Kebangsaan 2018 dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar turut dilaksanakan. Amat membanggakan kerana TLDM menjadi agensi Kerajaan pertama di peringkat ATM yang menerima pengiktirafan EKSA oleh MAMPU.

Pautan media sosial:
Twitter : https://twitter.com/tldm_rasmi/status/1022662983422377984?s=19

Rujukan : 270718/03
Sumber : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Artikel : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut
Jurufoto : Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut

Read 808 times Last modified on Friday, 27 July 2018 16:27

SOCIAL MEDIA

VISITOR STATISTICS

Today 113

Yesterday 729

Month 2917

All 734597

Last Updated:

Statement

Subscribe to RMN

qrcode   Join us with exciting
   and latest news.
   Be part of 
   NAVY PEOPLE