Oct 05

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

SANDAKAN, 5 Oktober 2018 – Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) telah menerima lawatan dari Sekolah Kebangsaan (SK) St Mary Labuk, Sandakan dengan kehadiran yang melibatkan seramai 178 orang pelajar termasuk ibu bapa serta guru pengiring pada hari ini.

GAMBAR 1Para pelajar, guru dan ibu bapa diberikan taklimat sebelum
sesi lawatan dimulakan

Lawatan yang telah dikoordinasikan oleh Ketua Bahagian Sekreteriat (N1), Lt Kdr Ishak bin Md Rasan TLDM ini dibahagikan kepada beberapa sesi aktiviti. Para pelajar telah dipecahkan mengikut beberapa kumpulan bagi membolehkan kesemua mereka dapat merasai pengalaman di dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti lawatan ke kapal di jeti, boat ride, lawatan ke Pusat Selam MAWILLA 2 serta pameran kerjaya yang turut disertai oleh anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) dari KD SRI SEMPORNA dan Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Sandakan.

Para pelajar, ibu bapa dan guru telah dibawa melawat ke sekitar Pangkalan TLDM Sandakan khasnya di kebuk mampatan selam atau diving chamber Pasukan Selam MAWILLA 2. Mereka turut dibawa melawat ke Kapal Diraja (KD) SRI TIGA dan KD PARI yang berada di Tambatan Pangkalan Sandakan. Keceriaan jelas terpampang di wajah para pelajar dan guru-guru apabila telah diberi kesempatan untuk menaiki Bot Tempur CB 90 dan Silver Breeze Boat. Kesemua mereka kelihatan teruja kerana dapat merasai pengalaman menaiki bot laju ini dan belayar di sekitar perairan Tambatan Pangkalan Sandakan. Pameran kerjaya juga dilaksanakan oleh PSTL Sandakan yang memperagakan uniform TLDM serta maklumat-maklumat bacaan berkaitan TLDM. Booth PASKAL paling mendapat perhatian para pelajar serta guru-guru dan ibu bapa dengan kehadiran beberapa anggota PASKAL yang lengkap berpakaian operasi mengikut tugas dan peranan tertentu.

GAMBAR 2Bergambar bersama di KD PARI
GAMBAR 3
Bergambar bersama Pengerusi BAKAT (L) MAWILLA 2 dan anggota PASKAL
GAMBAR 4
Memakai jaket keselamatan sebelum menaiki bot
GAMBAR 5
Pengalaman terindah menaiki Bot Tempur CB 90

Kesemua pelawat terutamanya para pelajar kelihatan begitu gembira dan seronok dengan lawatan ini memandangkan rata-rata mereka baru pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kapal dan aset TLDM. Sesungguhnya lawatan seperti ini merupakan salah satu inisiatif untuk mempromosikan kerjaya sebagai seorang anggota TLDM dan memupuk minat belia-belia dan bakal pemimpin masa hadapan untuk turut serta menyertai Angkatan Tentera Malaysia dan berbakti kepada negara yang tercinta ini. Semoga ada antara mereka yang berminat untuk menyarung seragam TLDM pada masa hadapan.

GAMBAR 6Sesi penyampaian cendera kenangan
GAMBAR 7
Bergambar bersama PANGWILLA 2
GAMBAR 8
Sehingga berjumpa lagi

 

Rujukan: 051018/06
Sumber: Cawangan Komunikasi Strategik MAWILLA 2
Artikel: LK TLS Nik Amirruddin Nik Par
Jurufoto: LK I PAP Muhammad Hazwan Hamimi Hamdan

Last modified on Friday, 05 October 2018 15:24

SOCIAL MEDIA

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari ini 352

Semalam 508

Bulan ini 8974

Keseluruhan 489813

Tarikh Akhir Kemaskini:

PENYATAAN

Langgan Berita TLDM

qrcode   Sertai kami dengan berita
   yang menarik dan terkini.
   Jadilah sebahagian daripada
   WARGA TLDM